Friday 27 December 2013

Tempahan Katering Untuk Majlis Hari Lahir di Karamunting.

Salam, kali ni barulah dapat masukkan gambar ini. Katering Nasi Minyak kami dengan tambahan Mee Goreng Mamak. Boleh rujuk sini untuk tempahan>>Katering Esklusif & Katering Bajet. .
Terima kasih pada Puan Norhaini atas tempahan makanan dan kek Red velvet untuk majlis hari lahir anak perempuan nya yang ke- 7 tahun. :-)

Red Velvet
-Fresh Cream dengan fondant Hello Kitty
Sila tinggalkan komen di cbox untuk pertanyaan atau tempahan

::Katering Bajet::
Nasi Minyak dengan 2 lauk 1 sayur
+
Mee Goreng Mamak

Jom tempah Soto Banjar dengan kami..

Salam, apa khabar semua?
Kali ni saya sediakan Soto Banjar dan buat sambal nya sekali. Masa raya tahun lepas (2012) & raya tahun ini (2013) kami ada buat Soto Banjar sebagai hidangan untuk para tetamu. Kami ada juga katering Soto Banjar jika anda mahu tempah. Rasa nya sedap dan lazat disertakan dengan sambal sekali.
Sudah ramai customer kami yang tempah coto dari kami. Soto Banjar berbeza dengan coto biasa. Kuah Soto Banjar ini tiada kacang ya seperti kuah coto dan soto ini ada suhun dalam resepinya. Anda boleh juga tempah Coto daging atau Coto ayam dengan kami. Kuah coto pula memang berkacang. Coto seperti yang biasa anda jumap di bandar itu.
Untuk tempahan, anda boleh hubungi kami melalui nombor yang tertera diatas atau melalui facebook page kami: Zara Cake & Katering Sandakan (The Zara Shopz) .
Jom lihat gambar-gambar dibawah, kalau berminat, contact saja ya. Simbut sala kata orang Sungai :-)



Soto Banjar



Sedap kena dengan sambalnya.. sangat lazat



Sambal

Jom jadi followers kami, jangan lupa tinggalkan jejak anda di kotak biru cbox sebelah kanan ya.



Wednesday 11 December 2013

Salam kembali wahai blog..

Bagaimana cerita kejayaan CEO dan artis Malaysia yang anda dengar sebelum ini? Klik disini, anda pasti terkejut. 

Assalamualaikum wbt,
Syukur pada Allah swt kerana masih memberikan nafas dan nyawa pada kami. Alhamdulillah. Begitu lama kami tidak update blog ini, ada juga sedikit pembaharuan dilakukan disini. Maklumlah, ada maklumat yang sudah lama perlu di delete kan. Selama ini, kami hanya update di facebook page dan personal facebook sahaja. Anda boleh lihat Facebook page kami di sini ya>> Zara Cake & Katering Sandakan (The Zara Shopz) .

Kadangkala kami padat dengan tempahan, kadangkala bila sudah bercuti, itulah kesempatan untuk berehat. Ada masa-masa tertentu untuk rehat kerana selama ini bekerja siang & malam untuk memastikan yang terbaik pada pelanggan. Terlalu banyak tempahan semasa bulan Oktober & November 2013 yang lalu. Banyak gambar kek kami juga beberapa gambar katering hanya di facebook page kami. Anda boleh klik disini untuk melihat>> Tempahan Pelanggan vol.2 & Cheese Cake Corner .
Insyallah, jikalau ada kesempatan. Gambar-gambar kek pada bulan Disember ini akan kami muatnaik disini. Jutaan terima kasih kepada yang menempah. Jika ada sampel makanan, insyallah kami akan berikan secara percuma kepada pelanggan yang sudah pernah membeli dengan kami. Insyallah.

Tidak sangka juga, masa begitu cepat berlalu. Tup tap tup, sudah masuk bulan Disember 2013.
Ada beberapa minggu lagi kita akan menutup tirai 2013 kan. Pada yang merancang untuk berkahwin atau bertunang/berhantar pada tahun hadapan (2014) dan ingin mencari kek & katering, boleh lah rujuk pada kami. Insyallah, anda boleh cuba best seller food kami iaitu nasi minyak dengan daging dendeng, setiap kali katering, pasti pelanggan kami akan menempah nasi minyak kami. Menggunakan beras Basmathi, berbentuk panjang. Tidak rugi jika anda menempah katering kami kerana kami juga akan menyediakan kek percuma untuk bakal pengantin yang ingin berkahwin dan cupcake doorgift untuk tetamu pengantin yang bertandang. Anda boleh food tasting jika benar-benar mahukan katering kami, tetapi haruslah membuat janji temu agar kami dapat membuat persediaan. Ok lah sampai disini sahaja, salam dan jumpa lagi di entri lain ya :-)

Jangan lupa untuk klik Promosi Sempena Krismas & Diskaun Sebelum 2014.  anda pasti teruja.