Saturday 27 December 2014

Kenangan Tempahan Kek Bulan Disember 2014..


Salam sayang semua,
Baru saya dapat kemaskini blog pada kali ini. Ok hari ini sudah 27hb Disember 2014 bersamaan dengan hari Sabtu, esok pula 28hb Disember emm, tidak lama lagi kita meninggalkan tahun 2014 kan. Suka duka 2014 sentiasa terpahat dalam ingatan aiseh. Hehe. Ok berikut antara tempahan pada bulan ini. Ada yang terakhir iaitu tempahan kek kahwin fondant 2 tingkat dari bakal pengantin, Cik Sheena Sharmaine yang akan menjadi Puan esok pada 28hb. Apapun Selamat Pengantin Baru, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat bersama insan tercinta. Terima kasih ya sis ku. 

Gambar kek nya akan dimuatnaik selepas kek di hantar ke Dewan SRJK Chi Wha ya. Terima kasih kepada semua kerana memberi sokongan dan kepercayaan kepada kami sepanjang tahun ini untuk memeriahkan majlis anda, alhamdulillah. Terima kasih sekali lagi, semoga anda semua berezeki hendaknya, amin ya rabbil alamin :-)



Kek Snow Cheese
1/2kg
Tempahan Puan Faranisa dari Tmn Megah Jaya untuk birthday baby nya yang ke 1 bulan. So sweet, thank you my friend 


Kek Coklat KitKat
2kg
Juga tempahan Cikgu Norismah dari Tmn Sejati, sekaligus tempah kek cheese mango sekali. Terima kasih cikgu 

Kek Cheese Mango 
1kg
Tempahan Cikgu Norismah dari Tmn Sejati, terima kasih sekali lagi, tempah 2 biji kek sekaligus 


Kek Hot Wheels Vanila + Coklat
Krim: buttercream
1kg
Tempahan Kak Dg. Norhafizah dari Tmn Merpati, untuk birthday Faris yang ke 6 tahun. Terima kasih kak 


Cupcake Fondant Tema Bola
Perisa: Coklat Moist + Red Velvet.
Tempahan Kak Lia dari Tmn Fajar Perdana, Sandakan. Thank you to you kak 

Kek Kahwin Full Fondant
3 tier
Perisa: Coklat Moist
Tempahan Kak Lia dari Tmn Fajar Perdana, Sandakan untuk perkahwinan adik lelakinya. Terima kasih ya kak 


Tempahan dari Kak June, Apartment Sri Gaya, batu 7,Sandakan.
Kek Coklat KitKat, Kek Cheese Mango & Kek Red Velvet Cream Cheese. Terima kasih kak June..









Tempahan atau pertanyaan harga, boleh lah whatsapp saya di 012-8440271 Kak Marina. Sebelum itu anda perlu lah membaca syarat & terma di sini untuk keterangan yang lebih lanjut lagi: Cara Membuat Tempahan & Pembayaran .














Selamat Hari Natal / Merry X-Mas 2014..

Salam 1 Malaysia,
Hehe terus 1 Malaysia kan. Yalah untuk pembaca semua. Tim kami ingin mengucapkan selamat menyambut hari natal pada yang beragama kristian dan selamat bercuti pada semua ya. Maklum lah kita semakin menghampiri hari-hari terakhir bulan Disember sebelum menuju ke bulan Januari 2015. Punyalah cepat masa berlalu kan. Ok di sini saya sertakan gambar Gingerbread House sempena krismas tahun ini tempahan Antie Jo dari Tmn Mawar, batu 5, Sandakan. Terima kasih ya bagi kepercayaan kepada saya buat gingerbread ni. Ini pertama kali saya buat pada krismas tahun ini kerana tahun yang lalu saya tidak berkesempatan membuat nya. Masa itu sibuk dengan tempahan di penghujung tahun.

Bah jom tengok.. :-)
Gingerbread House 1kg

Tempahan atau pertanyaan harga, sila whatsapp saya ke 012-8440271 Kak Marina ya. Tempahan haruslah dibuat 3 hari sebelum tarikh dikehendaki itupun selepas pembayaran diterima ya.
Boleh baca syarat & terma di sini bagi memudahkan anda: Cara Membuat Tempahan & Pembayaran

Tuesday 2 December 2014

::KEK GULUNG SERUNDING AYAM::

Mana-mana kedai bakeri pun pasti ada kek ni. Kebiasaan nya di jual dalam bentuk slice atau saiz yang kecil. Kek ni lembut & sangat sedap. Kerana ianya digulung dengan mayonis dan serunding ayam. 

Kek Gulung Serunding Ayam 

Ada beberapa kali Hamid Trading & supermarket Chau Sui Teck call suruh hantar kek ni tapi saya selalu tiada masa. Sebab sibuk dengan urusan luar & anak kurang sihat. Cuaca kita di Sandakan tidak menentu sekarang ni, kejap panas, kejap hujan. 

Bagi yang mahu merasa kelazatan kek ni, boleh Whatsapp saya ke 012-8440271, nama saya Marina. 
Kalau tempah dengan kami, insyallah fresh lagi sebab kek akan dibuat dekat-dekat tarikh di kehendaki. Maklumlah mengandungi mayonis kan, jadi mestilah segar dan moist. Kalau di kedai bakeri ada juga, cuma kena hati-hati memilih, kawan saya pernah beli, katanya mayonis sudah masam. Mungkin kerana disimpan terlalu lama. Biasalah nama pun sudah kedai. Ok la sampai di sini sahaja. Insyallah ada apa-apa, whatsapp saja ya. Saya online hingga jam 9 malam sahaja ya. :-)

Sunday 26 October 2014

Kemeriahan Tempahan Bulan Oktober 2014

Salam semua, terima kasih sebab sudi lawat blog kami dan sudi membaca entri ini. Maaflah kami agak sibuk juga sepanjang bukan oktober ini. Terutamanya selepas perayaan Hari Raya Aidiladha, banyak sangat tempahan, tidak menang tangan. Apapun terima kasih pada yang menempah. Tidak kira sama ada di Whatsapp, sms, facebook page atau WeChat. Semoga Allah swt menderaskan rezeki kalian semua. Amin-amin. 

Ok la, disini ada beberapa gambar tempahan terkini pada bulan ini. Kalau ada sesiapa yang berminat ingin kan kek atau kuih seperti pada gambar-gambar dibawah, jangan segan silu. Whatsapp sahaja pada saya ke 012-8440271 Marina. Seperti biasa, tempahan perlu ditempah awal ya. Untuk yang inginkan gambar edible (edible image), harus tempah 2 minggu atau 1 minggu lebih adalah paling afdal sebab memudahkan kami membuat persediaan untuk membuat & mencetak gambar edible. Lagi awal, lagi bagus. :-) kalau tempahan kek kahwin sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum majlis ya dan pembayaran penuh perlu dibuat 2 minggu sebelum tarikh kek di kehendaki. Ini bagi memudahkan kami membuat persiapan awal & tidak kelam kabut. 
Bah apapun jom cuci mata. :-)


tempahan pelanggan dari Whatsapp..

kek vanila-pandan dengan fresh cream tema Dragon Ball, tempahan pelanggan dari Apartment Sri Gaya, batu 7.

Cupcake Elmo Red Velvet buttercream, tempahan pelancong, hantar di airport..

Kuih Tat Ufo bersama cupcake Elmo

Kek Buah, fresh cream tempahan pelanggan dari Whatsapp

Kek Cheese Meleleh 1/2 kg tempahan pelanggan dari WeChat

Kek Rainbow tema Frozen dengan 10 biji cupcake coklat moist fresh cream tempahan pelanggan dari Kg. Sim-Sim Jambatan 18. 

Muka depan kek Rainbow tema Elsa Frozen tempahan pelanggan dari Kg. Sim-Sim Jambatan 18. 

Gambar kek kahwin 3 tingkat iaitu kek coklat+stawberi+span biasa dengan krim cheese tempahan pelanggan dari Kg. Sim-Sim Jambatan 18 tidak ada dalam entri ini kerana kami masih belum mendapat gambar tersebut dari pelanggan. 

Kek fondant Iphone tempahan pelanggan dari Whatsapp akan di update di sini nanti ya. 













Jom tempah Kuih Tat UFO Yang Terkenal Di Sandakan, Sabah.

Salam semua,
Ini lah kuih Tat Ufo yang terkenal di Sandakan, biasanya boleh didapati di kedai-kedai kopi Cina. Kali ini anda boleh dapatkan nya secara online. Hanya tempah di facebook page kami, WeChat atau Whatsapp/sms sahaja.

Untuk tempahan atas talian (online) kami tidak jual satu-satu ya. Kecuali jika ada readymade di restoran kami. Harga di restoran ialah Rm1.50/1 biji. Jika tempahan online, dijual pada harga Rm30/25 biji ya. Tempahan perlu dibuat sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh di kehendaki namun jika tempahan yang banyak untuk majlis atau untuk dijual.

Anda perlu menempah 1 minggu sebelum majlis ya. Seperti biasa, pembayaran penuh perlu dibuat 3 hari atau 1 minggu sebelum tarikh dikehendaki bagi memudahkan kami membuat persiapan awal. Pembayaran boleh dibuat secara transfer/bank in ke akaun Cimb kami atau by hand terus ke restoran kami. 

gambar ialah kuih Tat Ufo tempahan pelanggan kami, kastad yang lazat dan creamy berserta krim meringue (putih telur) yang menyelerakan. 

Semestinya hala, homemade & buatan Muslim. :-)

Untuk tempahan, sila Whtasapp/sms ke 012-8440271 Marina atau inbox/pm di facebook page kami: Zara Cake & Katering Sandakan . Jika anda ingin sarapan pagi atau minum petang di restoran kami, anda boleh menelefon ke Restoran Nurmarina melalui 013-8916531 Kak Rohamah untuk pertanyaan kerana kuih Tat Ufo kami adalah terhad & bukan di buat setiap hari. :-)

Tuesday 16 September 2014

Tempahan Sekitar Akhir Bulan Ogos & Awal Bulan September..

Salam pembaca & juga pelanggan di kasihi,

Kami baru sahaja online malam ini. Nasib belum jauh ketinggalan memandangkan hari ini pun sudah 16hb September 2014 bersamaan hari Selasa. Kami agak sibuk dengan projek perkahwinan, tempahan creampuff dan kek serta membuat biskut untuk Aidiladha. Banyak gambar tidak upload lagi. Alhamdulillah dapat juga kami mencuri sedikit masa unutk update blog ini.

Berikut gambar-gambar tempahan seperti di bawah. Kalau nak cuba, untuk majlis anda atau nak happy-happy makan sendiri bersama keluarga, boleh Whatsapp/sms ke 012-8440271 cari Kak Marina ya. Jika mahu inbox/pm di facebook page pun boleh, klik di sini>> Zara Cake & Katering Sandakan .Jom tengok.. :-)


Kek Snow Cheese 1kg-1kg dengan Kek Asam Manis 8" inci (tiada dalam gambar) tempahan Cikgu Doreen dari WeChat, terima kasih.. 

Kek Princess Elsa Frozen tempahan pelanggan dari Whatsapp, terima kasih ya sis, sudi datang ambil di restoran kami kat bandar..

Kek Coklat Moist 2kg, tempahan Encik Nordin dari Balai Polis Batu 1 setengah, Sandakan. Terima kasih encik :-)

Kek Snow Cheese
Tempahan Puan Anie dari Kg. Batu Putih, batu 7 untuk birthday husband  thank you ya puan 

Kek Snow Cheese
Tempahan Puan Wendy dari Cozy Bridal, batu 6. Thank you sis 

Creampuff Kastad Creamy
150 biji
Tempahan Puan Darma, thank you kak..


Jom Belajar Buat Kek & Biskut di Rumah..

Salam sayang pembaca,
Kami ada dapat panggilan juga ada terima mesej dari facebook page kami untuk mengikuti kursus buat kek juga membuat biskut. Maaf ya buat masa ini, kami tidak menganjurkan apa-apa kursus yang berkaitan lagi. Kami cuma menerima tempahan kek, biskut, kuih dan katering sahaja. Tetapi jangan risau, anda boleh belajar sendiri dirumah melalui dvd yang sudah sedia ada. Untuk melihat kandungan web atau ingin menempah dvd, anda boleh klik di page kami di sini>> Panduan Membuat Kek & Biskut Popular.. .

Moga ilmu yang dipelajari dapat memberi manfaat kepada anda sama ada anda pelajarinya khas untuk diri sendiri, untuk keluarga atau untuk perniagaan bakeri anda. Selamat belajar :-)


Monday 18 August 2014

Jom Klik Si Tanda Biru..

Salam pembaca, saya ada jumpa satu website, mungkin ini di kira baru sebab mereka meminta link mereka untuk di promosikan. Website ini khas untuk wanita boleh juga pada lelaki, terdapat pelbagai tips dapur, resepi, kesihatan, gaya hidup, kecantikan & pengurusan kewangan di dalam web ini. Bagus juga ni untuk bacaan kita di masa lapang, kalau asyik buka facebook pun bosan juga kan. Bah, jom klik yang bertanda biru di bawah ini ya:
Subscriber Page

Lepas klik, jangan lupa daftar, ada dapat bonus audio bernilai RM500 tau dengan ebook-ebook percuma, confirm anda suka kan nya. Siapalah yang tidak mahu benda percuma kan :-)

Salam selamat malam, jumpa lagi di entri yang lain.

Sunday 17 August 2014

Tips Menjaga Berat Badan Cara Percuma & Kek Yang Tidak Menggemukkan :-)

Salam,
Hari ni hari Isnin, hari mula bekerja, hehe. Tapi saya macam biasa, kerja kemas rumah, cuci baju, bagi makan baby sebab pembantu masih sakit lagi. Harap sembuhlah dia cepat, bukan orang lain juga, pembantu saya ni sepupu saya juga. Mujurlah minggu ni tidak banyak tempahan, mahu ambil banyak pun tapi keadaan kesihatan sepupu saya masih belum stabil lagi. Sabar sahaja lah, harap cepat lah dia pulih. Amin2x..

Bagus juga buat kerja-kerja rumah sendiri ni, boleh bantu turunkan berat badan ni hehe. Mahu makan ubat, baby masih susu badan. Jadi senaman & jaga pemakanan sahaja lah jawabnya, kos yang yang percuma kan. Sejak ada baby, saya jarang sudah keluar rumah, keluar pun kalau hantar tempahan kek atau beli bahan-bahan kuih. Sudah lama rasanya tidak lepak di kedai mamak pekena teh tarik. Sedapnya teh tarik apatah lagi kalau di tambah halia kan.

Salah satu cara kurus kan badan juga tu. Halia kan pembakar lemak. Cuba buat teh tarik sendiri dirumah dan letak halia, atau kalau mahu minum halia sahaja & letak 1 sudu gula (tapi pedas la lidah kan kalau guna teknik ni jadi bagus tambahkan teh bergula atau teh tarik kan). Amalkan setiap hari, di ikuti dengan pemakanan yang betul, insyallah, boleh berjaya kurang berat badan itu. Tapi jikalau tidak biasa, tidak perlu lah ambil halia, masih ada alternatif lain untuk kurus.

Gambar di ambil dari blog: http://kisahcintanasilemak.blogspot.com/

Saya pernah tanya doktor apakah cara nak sihat sambil turunkan berat badan, adakah memakan kek boleh cepat kasi naik berat badan? Atau dalam erti kata lain, cepat kasi gemuk? Sebab ada sesetengah orang berkata kek ni boleh kasi gemuk lah, banyak lemak lah (padahal ayam & daging lagi tinggi lemaknya) , takut makan krim aising tu nanti gemuk lah.

Jawapan doktor:

Sebetulnya kek tidak lah menggemuk kan, kerana ia bukan seperti makanan ruji kita iaitu nasi yang di perlu di makan setiap hari siang & malam. Pengambilan nasi yang harus di titikberatkan kerana bukan sahaja membantu menaikkan berat badan malahan boleh mengakibatkan kencing manis. Selain itu, kalau mahu masak, contohnya nak tumis sayur, gunalah minyak masak bermutu tinggi seperti minyak jagung atau minyak zaitun berbanding minyak murah tetapi diperbuat dari minyak sawit yang berlemak tinggi. Amalkan cara hidup sihat seperti bersenam. Kek bukan di makan setiap hari pun walaupun kandungan krim aising nya manis & berminyak. Betul juga, lagipun tidak pernah lagi ada dengar orang meninggal dunia akibat kemanisan kek, biasa nya mesti pasal nasi atau lauk pauk yang berminyak & berlemak hingga boleh menyebabkan kencing manis atau arteri tersumbat (kes sakit jantung).

Bila ada majlis sahaja atau nak sangat makan kek, barulah kita beli kek kan. Kalau mahu tempah kek kami pun, jangan risau, beritahu awal-awal, minta yang kurang gula atau kurang manis, boleh sahaja. Kena request awal tau: Zara Cake & Katering Sandakan . Itulah bagus nya homemade kek, boleh request kurang manis hehe pada adunan kek atau kurang manis pada krim.

Tips Untuk Yang Malas Bersenam..
Saya ni kalau bersenam, tunggu datang rajin baru lah dapat bersenam, kalau malas, saya ganti kan dengan membuat kerja-kerja di rumah seperti vakum bilik atau ruang tamu (confirm berpeluh sebab banyak guna tenaga dari lemak dalam badan), mencuci baju guna tangan (kalau ada masa terluang, kalau kejar masa, guna mesin basuh lah), mengemas dapur dan apa jua asal kan ada buat kerja & berpeluh. Kalau asyik tidur siang sahaja bila tiada tempahan, susah juga. Cukuplah tiada makan ubat atau ambil supplemen, kena lah berpantang. Ini lah dikatakan menjaga berat badan tanpa ubat, kos percuma hehe.

p/s: semua yang saya taip di atas adalah berdasarkan pengalaman saya bertanya kepada doktor & pengalaman saya menjaga berata badan dengan cara saya sendiri. Jika pembaca rasa ada yang tidak ngam atau kurang sesuai, maaf lah, mungkin ada cara terbaik lagi di luar sana dalam cara menjaga berat badan atau cara nak kurus. Maklum lah kos juga kalau beli ubat atau supllemen yang berharga ratusan ringgit ni. Muka & kulit pun mahu jaga juga. Kita perempuan ni banyak sangat nak di jaga, kecuali yang sanggup labur wang, kalau banyak duit lain lah ceritanya hehe. Tapi jikalau mahu pakai krim sapu 7 beli supplemen untuk kurus, bagus juga, lagi cepat turun berat badan. Kalau mahu cara percuma, macam yang saya taip di atas tadi. Apapun terpulang lah pada individu masing-masing. Nak baca tips lain, sila klik di sini ya: Cara Diet Yang Betul Tanpa Risiko .

sekian.. jumpa lagi di entri lain ya.

Kek Snow Cheese Taman Sejati Ujana & Panduan Belajar Buat Kek Cheese.

Salam sayang pembaca,
Selamat berhujung minggu ya, kan hari ni hari ahad, saya tidak kemana-mana hari ini, kebetulan sepupu pun tidak sihat. Memandangkan juga tiada tempahan pada hari ini & esok Isnin 18hb Ogos, maka saya pun ambil kesempatan kemas sikit dapur, bersihkan peralatan, cuci baju, kasut sekolah adik dan segala macam kerja. Maklum lah minggu depan ada tempahan Durian Cheese cake & kek perkahwinan 2 tingkat. Alhamdulillah, tahun ini banyak dapat tawaran buat kek kahwin, berbanding tahun lalu sebab tahun lalu orang belum berapa kenal sangat dengan kami, tahun ini alhamdulillah orang mulai tahu kewujudan kami. 

Selama ini kami berniaga offline sahaja iaitu Restoran Nurmarina, berpusat di bandar, belakang Milimewa, tingkat 1, di atas Novelty. Bangunan yang berdekatan dengan stesen bas-bas mini di Sandakan ini. Ada juga terima tempahan kek, kuih, cupcake tetapi masa itu kami cuma berniaga offline bukan online.

Ok kali ini saya buat kek Snow Cheese tempahan Puan Nany dari Taman Sejati Ujana, batu 7. Semestinya di Sandakan, Sabah ya. Maklumlah ada yang fikir saya ni blogger dari semenanjung, tidak lah, saya orang Sandakan yang asli. Nama pun Zara Cake & Katering Sandakan. :-) Apapun terima kasih Puan Nany, mulanya dia mahu tempah creampuff namun saya terpaksa tolak, sebab saya risau keadaan kesihatan sepupu saya nanti tidak boleh jaga baby saya pula, tapi Puan Nany gantikan juga ke kek Snow Cheese. Saya hantar siap bagi biskut raya percuma lagi sebagai kudapan. Terima kasih puan :-) 

2 biji kek Snow Cheese tempahan Puan Nany dari Tmn Sejati Ujana, batu 7.

sempat lagi snap muka sebelum di packing..
Ada yang masih tertanya-tanya dengan saya mengenai panduan cara buat kek cheese. Sebenarnya saya pun tidak tahu lagi resepi kek cheese yang di tawarkan dalam dvd yang saya promosi kan, maka nya jikalau kita hendak menuntut ilmu, tidak seharusnya mahu ilmu percuma sahaja, adakalanya kena juga perolehi ilmu yang berbayar. Untuk menuntut apa jua ilmu, kena lah berusaha lebih sikit. Kami pun masa mula-mula berminat dengan bidang bakeri, kami bukan sekadar "Google search" sahaja, tetapi kami juga membeli ebook, dvd serta mengikuti kursus yang di anjurkan oleh pihak tertentu yang berkaitan dengan bidang bakeri. 

Panduan & tips percuma tetap diberikan, tetapi kalau ingin belajar dengan lebih mendalam, kena lah usaha sikit: Panduan Percuma Buat Kek Cheese .
Rajin usaha, tangga kejayaan. Yang bagus nya dalam link yang saya berikan di atas, bukan sahaja mereka ajar langkah demi langkah cara buat kek cheese, tetapi mereka juga mengajar anda melalui ebook bagaimana memasarkan produk makanan dalam internet. Boleh klik di sini ya: Panduan Percuma Buat Kek Cheese .

Saturday 16 August 2014

Selamat Hari Lahir Bapa 10hb Ogos 2014..

Entri kali ini peribadi sikit, biasanya saya pos entri yang berkaitan dengan tempahan, promosi & tips kan. Kali ini mengenai sambutan hari lahir bapa kami heehe. Ini lah bapa kami yang menyambut hari lahir nya yang ke 56 tahun. Tapi kata orang nampak muda masih hehe. Awal kahwin kan zaman dulu biasa lah. Itu la kami semua besar panjang, kahwin beranak pinak. Si bapa pun sudah bergelar datuk dan ada cucu. Ok kali ini, kitaorang buat kek Mangga, kebetulan si beliau ni pun suka kek buah yang guna fresh cream, jadi kita buat lah kek Mangga dengan krim segar bugar :-)

Kek Mangga lazat..

Nyum..nyum..

Selamat Hari Lahir Bapa 10hb Ogos 2014..

Lepas sahaja selesai pemotongan kek, apa lagi di gasak lah oleh adik, anak saya & pakcik, kebetulan masa tu ada pakcik datang dari Sukau, Kinabatangan. Makanlah kek kami yang simple dimple ini. Kalau mahu selit tempahan macam kek di atas, Whatsapp/sms sahaja Marina ke 012-8440271. Tempahan kek atau melihat gambar-gambar kek, cupcake, kuih, creampuff dan lain-lain, boleh klik sini: Zara Cake & Katering Sandakan .
Untuk katering, boleh hubungi Kak Rohamah di talian 013-8916531. Kami ada restoran jual bermacam jenis masakan yang lazat. Terletak di belakang bangunan Milimewa di pusat bandar Sandakan. Kami di tingkat 1, menghadap laut. Senang cari, kami di atas kedai bakeri Novelty itu. :-) 


menu baru pertengahan tahun 2014

Menu ni ikut hari, nanti akan di beritahu kelak hari bila akan ada. Ramai yang bertanya namun kami tidak buat setiap hari. Kata pelanggan kami yang pernah makan di restoran berkata.. "terlampau sedap, tak cukup sepiring" hehe. Hubungi sahaja Kak Rohamah di 013-8916531  ya, untuk pertanyaan mengenai katering atau menu di atas bila lagi ada bilang hehehe nanti jumpa lagi di lain entri ya, selamat berhujung minggu & terima kasih jadi pembaca setia kami. Salam.. 





Wednesday 13 August 2014

Nikmati Kelazatan Durian Dalam Bakeri Kami..

Salam hormat pembaca dikasihi,
Sekarang ini musim durian, sama ada durian merah mahupun durian putih. Lazatnya di nikmati begitu sahaja. Kali ini kami paparkan kuih muih kami yang di adun dengan durian. Sangat lazat, lihat sahaja pasti tidak mencukupi. Apa kata anda mencuba kelazatan durian dalam bakeri kami. Kami menawarkan kek Durian Delight, Kek Durian Cheese, Durian Crepe & produk terbaru dari kami iaitu Durian Puff & Durian Popiah. Durian Puff ini adalah seperti Creampuff juga, sangat lazt dengan inti durian yang sebenar.

 Ingin mencuba keenakan nya, boleh hubungi kami melalui Whatsapp/sms di 012-8440271 Kak Marina. Atau inbox/pm kami di facebook page kami : Zara Cake & Katering Sandakan

Tempahan 1 minggu sebelum tarikh ambil kuih muih amat di galak kan. Tempahan lewat tidak diterima ya. Maklum lah kami tempah durian lazat ini dari perkampungan Kinabatangan. Ianya sangat lazat & manis, serta lemak berkrim. Nyummm.

Jom terjah.... :-)

Durian Crepe RM10/6 pcs (minimum tempah ialah 2 pek RM20)

Produk baru kami: Durian Puff untuk harga, sila Whatsapp/sms kami ya di talian tertera di atas.

Kek Durian Delight, lazat, dengan buah durian lemak berkrim serta krim segar.Untuk hari lahir, ulangtahun, hadiah pada keluarga atau teman juga sesuai untuk makan-makan sendiri.

Durian Popiah, sangat lazat, garing bila di makan, boleh di dapati di restoran kami sahaja, untuk tempahan sila Whatsapp/sms ya.

Kek Durian Cheese, harga boleh tanya kami melalui Whastapp/sms ya.Atau inbox/pm di facebook page kami seperti yang tertera di atas.





Monday 11 August 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014 dari kami :-)

Salam hormat pada pembaca semua,
Mungkin ada yang rasa pelik sikit kenapa kami baru nak ucapkan selamat hari raya pada anda semua di minggu ketiga dalam bulan raya ini. Sebenarnya kami amat sibuk sepanjang bulan puasa. Hinggalah hari-hari terkahir ramadhan di saat menjelang perayaan kami amat sibuk menyiap dan mengaturkan tempahan para pelanggan tercinta. Pada raya kedua pula, kami menyiapkan tempahan kek perkahwinan tempahan Encik Nonoi untuk majlis perkahwinan adik perempuan yang bertempat di SMK Merpati, batu 7, Sandakan. Selepas minggu pertama raya, minggu kedua pula saya di serang sakit. Doktor suruh berehat, mungkin juga gara-gara kurang masa rehat sepanjang bulan ramadhan hingga saat-saat akhir menjelang nya perayaan. 

Baru lah kali ini, saya sihat tetapi pembantu (babysitter) sakit pula. Macam berganti saja. Mujurlah tiada lagi tempahan kek mingggu ini. Apapun selamat hari raya aidilfitri kami ucapkan tahun ini. Mesti seronok raya pembaca sekalian pada kali ini, juga kami gembira kerana biskut-biskut kami habis di jual. Terima kasih kepada para pembeli, mudahan Allah swt deraskan rezeki anda semua, termasuklah yang tengah baca entri saya ini, insyallah amin-amin. 

Ok disini saya selitkan tempahan kek perkahwinan yang ditempah khas oleh Encik Nonoi untuk majlis perkahwinan adik perempuan nya. Encik Nonoi tempah masa awal bulan puasa itu lagi. Ini ialah kek blueberi fresh cream. Untuk pertanyaan harga, boleh klik facebook page kami di sini: Zara Cake & Katering Sandakan .
Atau Whatsapp/sms: Kak Marina di 012-8440271 ya. Untuk katering kahwin/bertunang/berhantar/hari lahir/kenduri-kendara atau sarapan/minum petang pejabat, boleh hubungi Puan Rohamah di 013-8916531 (Call sahaja, sms tidak di layani kerana di khuatiri sibuk dan tidak terbaca)

Alhamdulillah selesai juga dengan jayanya. Terima kasih juga pada abang ipar saya, abang Ahmad Pg. Abdullah & suami saya Azmain Matnor kerana menjayakan projek kek kahwin ini :-)


kek bahagian atas

bahagian atas

di kawasan majlis kahwin

tema pink hijau..

Terima kasih pada pengantin baru, selamat menjalani kehidupan yang baru :-)







Friday 18 July 2014

Al-Fatihah MH17




Takziah Dari Kami


Negara diuji sekali lagi dengan tragedi pesawat MAS MH17 yang ditembak dan terhempas di Ukraine tengah malam semalam ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Mengorbankan kesemua 295 penumpang dan anak kapal. Sama-sama kita doa dan sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang beragama Islam semoga mereka diletakkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah. #PRAYFORMH17

Sesiapa yang berminat untuk mempelajari cara membuat kek cheese, jangan ketinggalan untuk dapatkan panduan disini ya: Panduan Buat Kek Cheese . Selamat belajar :-) 

Wednesday 2 July 2014

::TEMPAHAN BISKUT RAYA 2014 KINI DIBUKA::

Tempahan Biskut Raya 2014 kini dibuka. Sedap, berkualiti, rangup & yang penting 100% Halal sebab kami ialah bakers/caterer Muslim. Homemade biskut raya dari Mama's Delight ini ada beberapa jenis iaitu: 


Sebahagian dari gambar-gambar biskut raya kami


~Biskut Tat Gulung : 45sen sebiji
~Biskut Tat Marie : 45sen sebiji
~Biskut Cerelec : 45sen sebiji
~Biskut Almond London : 45sen sebiji
~Biskut Nuget Oren : 45sen sebiji
~Biskut Nestum Inti Buah : 50sen sebiji
~Biskut Red Velvet : 45sen sebiji
~Biskut Bawang : 45sen sebiji
~Kuih Makmur Nespray : 45sen sebiji

Tahun lalu terjual sebanyak 700 balang di area Sandakan & luar dari daerah Sandakan. Itupun belum masuk tempahan online. Pelanggan kata sedap & rangup. Untuk penghantaran, minimum tempahan ialah 100 biji, jika 100 biji kebawah, pelanggan harus datang ambil sendiri ya. Booking & bayar awal lagi bagus bagi memudahkan kami menyediakan tempahan anda.

Untuk menempah, hubungi Puan Rohamah di talian 013-8916531 ( call sahaja, sms tidak di layani ) atau tempah online di facebook page kami: The Zara Shopz
WeChat ID: zaracakedankatering
Twitter: @thezarashopz
Instagram: zaracakekatering
Atau saya, Kak Marina di 012-8440271 (boleh terima Whatsapp/sms juga). 

Monday 23 June 2014

Kek Fondant Mickey Club House, Kek Hantaran Hello Kitty & Biskut Raya2014.

Salam & hai semua,
Nah kali ni kak nak upload gambar kek fondant pula tempahan Puan Sheryl dari Indah Jaya, Batu 4. Agak berbulan juga kak tidak menguli fondant ini. Mula-mula kak risau juga & hampir tidak mahu terima, maklumlah takut tangan keras pula nak menguli kan sudah berbulan namun kak yakin boleh buat juga. Jadi terhasil lah air tangan kakak sendiri. Kek fondant Mickey Mouse Club House. Perisa kek ialah kek Hazelnut. Anak kakak pun minat Mickey Club House, selalu dia tengok di Disney Junior ch. 613 kat Astro. Kek ini seberat 1kg lebih gitu. Hari lahir Baby Niyaz yang ke- 1 tahun :-)


Kek fondant Mickey Club House 1kg tempahan Puan Sheryl 


Kek fondant Mickey Club House yang kedua pula ialah seberat 2kg iaitu tempahan dari adik Puan Sheryl pula. Kami hantar kek ni ke McDonalds IJM, batu 6 sebab pelanggan nak buat majlis hari lahir disana. Happy birthday Nursherilyn yang ke- 11 tahun :-) Ramai yang birthday bulan Jun, termasuk anak buah kakak sekali iaitu si Fadhil :-) 


kek 2kg tempahan dari adik Puan Sheryl, sambut birthday di McD, IJM batu 6. 


Lepas tu, minggu yang sama. Kak ambil tempahan kek Snow Cheese pula dari saudari Rahana di WeChat kemudian kami beralih chat ke Whatsapp. Di permukaan kek, saudari ini minta letak Hello Kitty fondant head & warna tema ialah unggu. Tahniah pada Encik Nazri & Cik Nana yang telah melangsungkan pertunangan pada minggu yang lalu ya. Moga Allah swt berkati kedua insan ini :-) 


terima kasih sis, ini kek Snow Cheese yang diwarnakan unggu mengikut tema majlis mereka






Kak tetap buka tempahan kek pada bulan Ramadhan ini juga, berkenaan pula restoran kami dibandar ditutup untuk 1 bulan selama puasa ini. Tahun lalu kami buka restoran untuk berjual setengah hari tapi sukar mahu bagi komitmen pada biskut, jadi tahun ini kami bercadang kasi tutup dulu. Kalau mahu tempah kek atau biskut raya, boleh Whatsapp/sms kak di 012-8440271 ya. Atau WeChat ID: zaracakedankatering. Boleh juga inbox atau pm kak di facebook page: Zara Cake & Katering Sandakan .