Wednesday 22 January 2014

Belajar Buat Kek ??

Salam,
Anda ingin belajar buat kek?
Tak tahu nak berguru dengan siapa?
Pada pendapat saya jika nak belajar kita kena rujuk pada yang pakar. Carilah mereka yang benar-benar pakar dalam bidang masing-masing. Pasti banyak ilmu yang bermanfaat yang bakal anda perolehi. Kebiasannya mereka yang pakar ni lebih bijak dan cerdik kerana mereka sudah melalui pengalaman dalam bidang masing-masing bertahun lamanya. Tanyalah apa sahaja yang anda tidak tahu dan kurang pasti, pasti mereka akan mengajar dengan telus dan ikhlas.

Kemunculan kelas-kelas mengajar membuat kek sekarang ni tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Banyak sangat kelas dengan pelbagai jenis kek dan tawaran harga yang kadang kala ianya tak masuk akal. Kebanyakkan daripada mereka pergi belajar dan balik terus pula buat kelas dan mengajar. Saya ibaratkan mereka ini bagaikan mesin fotostat. Jadi apa yang anda dapat adalah bahan copy sahaja. Kelas yang macam gini saya tak berapa galakkan untuk anda pilih sebab anda tak dapat banyak ilmu, kerana mereka yang mengajar ni pun kadang kala kurang mahir. Mereka hanya sampaikan apa yang mereka belajar sahaja. Saya pernah dengar dari pelanggan saya sendiri, katanya ada juga di Sandakan ni yang buat kelas mengajar secara personal. Itu saya memang tahu, dia juga pernah ajar rakan fb saya dahulu. Bukan mau provoke tapi ada baiknya belajar dari chef yang memang betul-betul pakar dalam bidang ini. Tepuk dada tanya selera anda sendiri, saya pun tak berani nak cakap panjang lebar, nanti saya di anggap menjatuhkan bisnes orang pula.

Untuk pengetahuan, saya tidak mengajar buat kek, buat personal class pun jauh sekali. Saya bukan lah chef yang hebat. Ada perbezaan antara chef dan penjual kek. Chef ialah orang yang berpuluh tahun pengalaman & cukup ilmunya. Mereka bukan sahaja sekadar menerima tempahan kuih muih & kek, mereka juga dikenali ramai sebagai guru malahan mereka pakar dalam bidang kulinari. Jauh beza pula dengan penjual kek, membuat dan menerima tempahan kek mengikut kek yang dikehendaki pelanggan, biasanya kebanyakan bakers atau penjual kek home made ini bukan lah lulusan dari bidang kulinari. Mereka belajar juga dari kursus yang disampaikan oleh chef dan belajar dari pengalaman sendiri.

Baru-baru ini saya terlupa bagi tips tentang kek kerana terlalu sibuk dengan tempahan, layan mesej atau chat bakal pelanggan, mencari design kek yang pelanggan mahu tengok, buat promosi katering dan sebagainya. Bila tidak sibuk online,  saya sibuk pula jaga baby, menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu dirumah. Hingga hampir terlupa orang minta tips dari kita. Tidak perlu melontar ayat pedas mahu kenakan orang, apa salahnya ingatkan kita semula. Tapi kalau tidak sabar & mahu cepat dapat ilmu dan tips berguna, cari lah chef yang betul-betul pakar. Simpan wang yang secukupnya, saya pernah dengar rakan saya belajar buat bunga untuk kek pun yuran nya RM500.00, jadi bersyukurlah kita bagi tips pun tanpa bayaran walau terlambat. Bukan bayaran yang kita minta, cukuplah kebaikan yang diberi, sudah memadai. Bagi yang belajar dengan chef, tahniah, anda bijak memilih dan tahu menilai ilmu yang berharga dari chef yang unik dan tidak dimiliki oleh orang lain.


Menuntut ilmu adalah taqwa
Menyampaikan ilmu adalah ibadah
Mengulang-ngulang ilmu adalah zikir
Mencari ilmu adalah jihad
~ Al Ghazali


Tuesday 21 January 2014

::KEK CHEESE MELELEH:: Yam Cheese Nestum

Salam, sekarang kami ada jual kek cheese meleleh perisa Yam, kalau berminat. Satu kontena berharga RM10.00.
Boleh komen pada kotak biru disebelah kanan blog kami ini atau di page kami Zara Cake & Katering Sandakan (The Zara Shopz) ,

Dua kontena sudah di booking, tinggal dua lagi masih available ya. Siapa cepat dia dapat, buat tidak banyak sebab kami ada tempahan katering :-) Kena datang ambil sendiri ya, sebab kenderaan kami bermasalah buat masa ini, jadi tidak dapat delivery.

Perisa Yam/Keladi
RM10.00


RM10.00

Sunday 12 January 2014

Tempahan Minggu Lalu.. :-)

PROMO: Dapatkan RM50 rebat untuk iTunes & aplikasi Google Play dengan akaun CIMB Bank Kwik


Kek Snow Cheese Meleleh tempahan daripada Cik Kamalia (NurNovelea) dari fb kami. Dalam dan luar kek ialah full cheese mengikut permintaan. Berat 1kg. Terima kasih pada Cik Kamalia untuk tempahan buat kali ke-2 :-)


Kek Cheese Meleleh  1kg-RM45.00 :-)

----------------------------------->>>>>>>>>>>>>>>>>

Kek Snow Cheese dan Kek Coklat Moist. Setiap berat kek ialah 1kg iaitu tempahan Encik Jahiri. Untuk tempahan kek dalam 2kg dan keatas, akan menerima *cupcake mini (saiz S) percuma dari kami. :-) terima kasih Encik Jahiri yang datang ambil sendiri ke rumah :-)



Kek Snow Cheese Meleleh 1kg - RM45.00


Kek Coklat Moist dengan Coklat M&M 1kg - RM45.00


*selagi stok masih ada & untuk tempahan awal sahaja.

Untuk tempahan, sila hubungi kami di facebook page: Zara Cake & Katering Sandakan (The Zara Shopz)
Atau hubungi nombor telefon Puan Marina: 012-8440271. 



Tuesday 7 January 2014

Kek Snow Cheese Tempahan Encik Pg. Rahim dari Mahkamah Sandakan.


Salam dan selamat petang semua, harap anda semua sihat selalu. 
Kali ini Kek Snow Cheese tempahan Encik Pg. Rahim dari Mahkamah Sandakan kelmarin. Berat 1kg setiap satu biji kek. Kek cawan Coklat Moist dengan buttercream bersaiz S ialah percuma. Terima kasih Encik Pg. Rahim kerana menempah kami. Anda inginkan cupcake percuma? Sila tinggalkan komen pada kotak biru cbox disebelah kanan blog kami ini ya. (silabaca syarat dibawah) 

Kek Snow Cheese: 1kg - RM45.00 , 1/2kg - RM28.00










*Untuk mendapatkan cupcake percuma, pembelian haruslah 2kg dan keatas, tidak kira anda beli sekilo-sekilo (seperti gambar dibawah) atau genap 2kg dalam sebiji. Anda harus menempah 1 minggu sebelum tarikh dikehendaki. Cupcake percuma akan diberikan untuk yang datang ambil sendiri sahaja. Deposit atau bayaran penuh adalah perlu untuk memudahkan urusan. Tanpa deposit atau bayaran penuh, tempahan tidak akan dilayan. Harap maklum. :-)


Monday 6 January 2014

1hb Januari 2014, tempahan Cik Nur Azella dari Facebook page.


Terima kasih kepada Cik Nur Azella yang berada di Kota Kinabalu kerana memilih kami untuk menyediakan kek hari lahir kedua ibubapanya. Unik sekali kedua-dua ibubapa nya yang tinggal  di Taman Nasalim, Sandakan telah menyambut hari lahir mereka pada tarikh yang sama. Happy birthday bagi pihak kami ya, so sweet.


Terima kasih Cik Nur Azella dengan order nya ya :-)

Lepas baca, jom klik di sini>> Promosi & Diskaun Makanan Sempena Tahun Baru Cina 2014 .

Kek Tempahan Puan Dija Untuk Majlis Hari Lahir..

::PROMOSI:: Promosi & Diskaun Makanan Sempena Tahun Baru Cina 2014 .


Terima kasih kepada Puan Dija dari Taman Nasalim, Sandakan kerana menempah kek sempena Hari Lahir anak-anaknya Aryan dan Syasya. Ianya kek Rainbow dengan krim keju dan cupcake Red velvet dengan buttercream. Warna-warni ialah warna ceria sesuai pada kanak-kanak. Berikut ialah gambar dibawah..



Happy birthday !!


Berminat untuk menempah, boleh hubungi kami melalui cbox kotak biru disebelah kanan blog kami ini. 
Klik disini juga ya>> Cara Membuat Tempahan & Pembayaran .


Tempahan Kek Sempena Sambutan Tahun Baru 2014.

Salam, baru malam ni kami dapat update blog. Banyak gambar-gambar yang akan diselitkan nanti. Sekarang ialah kek Rainbow bersama 100 biji cupcake Oreo & 100 biji cupcake Red Velvet tempahan dari Cik Shiela. Kek Rainbow seberat 2kg dan cupcake saiz S. Semuanya ialah fresh cream.

Sebelum ini, ada juga tempahan nya iaitu kek hari lahir nya yang kami buat iaitu kek Rainbow dengan fresh cream. Terima kasih pada Cik Shiela dan rakan-rakan nya. Semoga anda dan rakan diberkati Allah swt. Amin. Terima kasih sebab repeat order ya ;-)

Gambar dibawah kami cantumkan untuk memudahkan anda melihat ;-)


Untuk tempahan kek atau katering, boleh tinggalkan komen anda di kotak biru sebelah kanan blog iaitu cbox ya. Insyalah kami akan melayani anda secepat mungkin :-)
Untuk cara menempah, boleh klik disini ya>> Cara Membuat Tempahan & Pembayaran

Selamat Tahun Baru 2014 !!

 


Salam, masih sempat lagi untuk kami ucapkan Selamat Tahun Baru 2014 pada pelanggan setia kami juga pada bakal pelanggan dan juga pada semua rakan-rakan di Facebook kami, Twitter, WeChat, Facebook page dan di blog kami ini. Meninggalkan masa lalu 2013 yang begitu banyak kenangan pahit juga manis nya. Penghujung tahun lalu sekitar hujung Disember 2013, kami banyak juga menerima tempahan kek untuk majlis perkahwinan, majlis hari lahir juga untuk sambutan tahun baru para pelanggan kami. Sebab itulah baru kali ini kami dapat update blog kami pada hari ini. 

Terima kasih kerana menyokong kami selama ini walaupun kami hanya berniaga secara online. Kepercayaan anda semua amat kami hargai. Moga tahun baru ini memberi keberkatan kepada kita semua. Insyallah. Amin. :-)