Monday 19 May 2014

Tempahan Kek Hari Guru 2014 dari Kak Haslinda.

Salam semua pembaca,
Apa khabar? Kak pun baru online hari ini itupun sudah tengah malam. Kak agak sibuk sikit pada minggu lepas. Sebab ada tempahan kek sempena sambutan hari guru yang di adakan di Sk Pulau Libaran sebanyak 4 biji & selain itu juga ada menerima tempahan yang lain. Terima kasih pada kak Haslinda dari Tmn Merpati, batu 7, Sandakan. Terima kasih banyak-banyak sebab selalu repeat order. 
Ok sebelum tu kak mahu beritahu, pada sesiapa yang nak ikut bengkel masakan yang dikendalikan oleh selebriti chef iaitu Dato' Fazlee Yakob, anda boleh menyertai nya dengan mendaftar secara solo atau berkumpulan di sini: Bengkel Masakan bersama Dato' Fazlee Yakob . 

Kak bagi link tersebut bagi memudahkan anda semua mengetahui info nya dan untuk mendaftar. Anda akan di ajar cara-cara membuat aiskrim, reka resepi baru menggunakan aiskrim dan pelbagai lagi aktiviti lain. Bahagian Sabah, mereka akan buat di Kota Kinabalu, bertempat di Giant Putatan.  Jom lah ikut bersama kami. Jangan lepaskan peluang, bukan senang nak berjumpa dengan pemenang Masterchef Selebriti musim pertama tu :-) 

Ok la pembaca sekalian, jom layan gambar dibawah. Tempahan hari guru pada minggu yang lalu. Kalau berminat nak menempah, jangan malu jangan segan. Boleh hubungi kakak melalui sms atau whatsapp kak saja ok :-) Whatsapp/sms: 012-8440271 Kak Marina, inbox/pm di facebook page: Zara Cake & Katering Sandakan . 
Atau hantar saja komen di cbox berwarna biru sebelah kanan blog ini. Insyallah, kak akan balas punya. Kan kak tiap hari online juga :-)


Kek Snow Cheese


Kek Red Velvet


Kek Coklat Oreo



Kek Mango Cheese



4 biji kek sekaligus tempahan kak Haslinda, terima kasih selalu repeat order ya kak :-)



Siap-siap untuk dihantar :-)


Tuesday 13 May 2014

Tempahan Minggu Yang Lalu: Kek Hari Lahir :-)

Salam sejahtera, apa khabar, harap pembaca sihat & baik-baik semuanya.
Kali ni kak nak upload gambar-gambar kek kakak tempahan pada minggu yang lalu. Minggu pertama dalam bulan Mei 2014. Terima kasih kerana percayakan kakak ya. Pada yang berusia dari kakak, boleh lah panggil adik atau nama saja pun boleh hehe. Saya bahaskan diri sebagai kakak sebab ada pelanggan-pelanggan saya yang remaja & pelajar sekolah menengah juga. Sudah biasa berurusan dengan golongan muda jadi bahaskan diri sebagai kakak lagi baik berbanding sebagai panggilan Puan, macam segan saya heheh. 

Ok gambar-gambar kek dibawah ini ialah hasil sentuhan kakak dari tempahan pelanggan :-) Nom tengok, mana tahu berminat, boleh lah selitkan order. :-) Whatsapp/sms: 012-8440271 Kak Marina atau layari facebook page kakak ya, klik sini saja>> Zara Cake & Katering Sandakan .   

Kek Pecan Butterscoth tempahan pelanggan dari Whatsapp











Untuk gambar kek-kek Hari ibu ini, ada gambar nya setiap sebiji kek namun gambar-gambar tersebut berada di telefon & bukan di tablet, nanti kak upload ya :-) 









Monday 12 May 2014

::PROMOSI SEMPENA HARI GURU 2014::






Terma & Syarat:

-Tetapan tarikh tempahan dari anda akan masuk dalam list kami selepas bayaran diterima, kami akan mendahulukan para pelanggan yang membayar awal sahaja. Kek harus ditempah 3 hari sebelum tarikh diambil. TIDAK BOLEH DIHANTAR/DI AMBIL DULU BARU BAYAR. 

-Harga yang dipaparkan ialah harga promosi, selepas promosi, harga kek kembali kepada harga asal. 

-Harga yang dinyatakan ialah pada kek dan hiasan kek seperti dalam gambar sahaja TIDAK TERMASUK
lain-lain caj seperti penghantaran, tambahan hiasan buah, gula-gula kartun, hiasan bunga, fondant nama & lain-lain. Caj tambahan akan dikenakan jika ada tambahan lain seperti yang dinyatakan tadi. 

-Plat plastik "Happy Mothers day" akan kami gantikan dengan fondant & ditulis menggunakan buttercream, sila rujuk contoh pada gambar A2.

Untuk tempahan, hubungi Kak Marina di 012-8440271 (nombor ini boleh terima Whatsapp)
WeChat ID: zaracakedankatering


Sunday 11 May 2014

::UNTUK PENGETAHUAN ANDA::

Salam rakan-rakan Zara, mungkin masih ada yang keliru tentang kami. Yang kedai kek di Taman Mawar berdepan pasar (kini pindah ke depan kedai ayam TSJ) itu bukanlah kami. Kami menjual secara online iaitu Zara Cake & Katering Sandakan juga secara offline iaitu yang bernama Restoran Nurmarina bertempat di pusat bandar, berdekatan dengan stesen bas-bas mini, tingkat 1, paling senang cari restoran kami berada di atas Novelty sahaja. Pemilik kedai kek berdepan dengan kedai ayam TSJ tu ialah non muslim. Kami beragama Islam jadi jangan risau kerana kami penjual kek online muslim yang menitikberatkan makanan yang halal, suci & bersih. Kami juga tidak ada memelihara haiwan peliharaan yang haram seperti anjing juga haiwan peliharaan yang lain. Harap kekeliruan ini dapat kami jelaskan ya. Terima kasih kerana menempah dengan kami, moga Allah swt deraskan rezeki anda semua. Amin ya rabbil alamin. 


Pada rakan bakeri yang lain, walaupun anda non muslim tapi jangan lah pelihara haiwan peliharaan yang haram bagi muslim, apatah lagi ada ramai juga pelanggan-pelanggan muslim membeli produk anda. Kena lah hormat pelanggan anda. Kak bukan mau becakap yang kurang elok tentang perniagaan orang lain, jauh sekali untuk menjatuhkan, tapi suami kak pernah berurusan datang ke rumah nya (depan pagar saja) rakan bakeri pemilik kedai kek di pasar Taman Mawar ini untuk membeli fresh cream dan kotak kek, depan pagarnya ada letak plat "Awas Anjing Garang". Lagi pula sepupu kakak pun tinggal berdepan saja dengan rumah nya. Rumah sepupu kakak ni corner, berdepan saja. Jadi tahu la memang ada pelihara anjing. Suci & bersih itu penting. Tapi terpulang lah pada pelanggan, nak membeli dimana pun atau menempah online. Customer is always right ya. Jika anda mementingkan produk yang halal, suci dan bersih, anda boleh fikirkan sendiri mana yang terbaik bagi anda. Tidak semestinya menempah dengan kami, ada ramai lagi rakan bakeri yang muslim & halal di Sandakan ini, ya tak? :-) 


Oh ya, memandangkan bulan puasa semakin hampir, insyallah kami akan mengeluarkan produk biskut kami seperti biasa. Sudah 22 tahun kami menjual biskut raya bermula secara offline mengambil tempahan ahli keluarga dan rakan-rakan hinggalah ke era zaman IT seperti hari ini dimana produk perniagaan kini boleh juga dijual secara online. Kami berterima kasih pada pelanggan-pelanggan yang membeli biskut-biskut raya kami pada bulan puasa tahun lalu (2013). Rekod anda seperti nama dan nombor telefon anda akan kami semak semula untuk diberikan sampel biskut raya kami yang terbaru kali ini pula. Insyallah. 



Monday 5 May 2014

Kek Exo (Kpop Birthday Cake) ..

BERITA BAIK BAGI PENGGEMAR AISKRIM, DAPATKAN AISKRIM PERCUMA DARI F&N. KLIK DISINI CEPAT. Tertakluk pada terma&syarat.

Salam,
Buat apa sekarang? Hehe saja tanya. Ok tanpa banyak bertanya dengan pembaca sekalian, ini kak ada buat kek coklat tempahan pelanggan dari Whatsapp. Alah kak lupa lah nama dia. Pelanggan ini tinggal di Taman Mesra, batu 4. Baik orang nya ramah dan senang berbicara. Kek yang ditempah ialah kek coklat moist dengam logo menggunakan buttercream iaitu logo dari kumpulan Exo. Kak pun tanya lah pada sepupu kakak yang merupakan babysitter pada anak kakak juga. Kebetulan dia pun minat Kpop juga hehe. Rupanya Exo ni sekumpulan penyanyi lelaki. Kak kurang kenal sebab yang biasa kak dengar ialah kumpulan Bigbang dan penyanyi solo lelaki iaitu Bi Rain. Kak minat sangat dengan Bi Rain tapi bukan la peminat tegar, minat biasa-biasa saja, lagu baru nya Lalala hehe tidak ingat sudah kak tajuknya. Ia selalu berkumandang di saluran Mtv. Ok pertama kali la kak buat kek yang ada logo kpop ni. Mulanya risau juga nak terima tapi kak pernah buat logo bola untuk kek sebelum ini. Fungsinya sama saja beza cuma corak nya. Kak cabar diri untuk buat, akhirnya dapat juga di buat. Alhamdulillah. 



Kalau tidak cantik hehe maaflah, akan cuba buat yang terbaik lagi masa akan datang. Maklumlah bab corak-mencorak logo ni masih kurang sikit. Tapi bukan beerti kak tidak pandai langsung pula. Hehe. 

Untuk para remaja atau adik/abang/kakak di luar sana, jangan malu, jangan lah segan, kalau nak menempah kek berunsurkan kpop, boleh saja bah. Asal hubungi kak awal, kita bincang, setuju nanti boleh booking tarikh dan buat pembayaran awal. Terima kasih daun keladi pada pelanggan kak yang dari Taman Mesra ini. Sampaikan sepupu kak kata ada juga kek kumpulan Exo ya kak hehe. Kak saja tambah krim fresh cream tu sikit agar nampak kemas & padat. 

Untuk tempahan, boleh la drop komen pada kotak biru Cbox di sebelah kanan anda. Atau paling afdal ialah Whatsapp/sms kak di 012-8440271 Kak Marina. Boleh juga chat dengan kak melalui WeChat iaitu ID: zaracakedankatering atau ke fb page kakak iaitu: The Zara Shopz .



::TEMPAHAN HARI IBU 2014::

BERITA BAIK BAGI PENGGEMAR AISKRIM, DAPATKAN AISKRIM PERCUMA DARI F&N. KLIK DISINI. Tertakluk pada terma & syarat.

Salam sejahtera,
Kak nak beritahu ya mengenai tempahan kek Hari Ibu. Bagi yang sudah bayar awal, terima kasih ya.
Bagi yang belum kami terima bayaran, mohon untuk buat pembayaran awal ya bagi memudahkan kami untuk buat persediaan awal. Persediaan awal memudahkan kami menyiapkan tempahan dengan cepat. Pembayaran diterima sehingga hari Selasa 6hb Mei ini sahaja ya. Selepas dari tarikh itu, kami akan tutup tempahan. Kak tidak boleh terima terlalu banyak tempahan, kerana tempahan secara offline pun ada sebab itu lah tutup awal. :-) 

Sunday 4 May 2014

Kek Tema Bola ..

Peraduan Anjuran Sotflan:
::HANTARKAN GAMBAR KREATIF ANDA DAN MENANG RM20,000.00. MAKLUMAT LANJUT, KLIK SINI CEPAT-CEPAT.

Salam,
Jam sudah menunjukkan pukul 1.45 pagi. Baru kali ini kak berkesempatan menulis. Tajuk kali ini kek tema bola & peraduan terkini. Pasal peraduan nanti kak ceritakan. 
Kali ni kek tema bola tempahan pelanggan. Mulanya kak tidak mahu ambil sebab risau nanti lain pula kejadian nya, maklum lah jarang benar kak buat logo atau mencorak guna buttercream. Berkat keberanian dan kepakaran terdahulu, alhamdulillah menjadi juga :-) Kek yang bertema kan bola ini ialah kek tempahan pelanggan dari fb page. Kek perisa coklat moist dengan krim nya ialah buttercream. 




Promosi Percuma:

Ini pula kek Snow Cheese tempahan Puan Zarith untuk hari lahir adiknya, Iman. Selain kek ini, ada juga tempahan Puan Zarith seperti kek kontena dan kek hari lahir ibunya, tetapi baru kali ini saya upload gambar kek nya. Terima kasih Puan Zarith, customer terbaik kakak :-)



Kak mahu upload lagi gambar kek yang lain tetapi masa tidak mencukupi. Insyallah nanti kak upload lagi ya, mata pun sudah mengantuk, esok ada tempahan lagi perlu disiapkan :-)