Friday 30 January 2015

Lagi Tempahan Sandakan Ufo Tart/Kuih Tat Ufo ..

Salam sejahtera, baru dapat update blog ni.
Sekali lagi saya selit kan kuih Tat kesukaan ramai di Sandakan juga di Sabah lah kata kan. Kuih Tat Ufo. Kami ada jual online Rm1.20 sebiji cuma kena perlu tempah lah ya. Tiada jual satu persatu. Buat masa ini kami belum ada jual satu persatu lagi kerana kekangan masa dan setakat ni hanya terima order online sahaja. Minimum tempah ialah 30 biji ya.

Gambar dibawah ialah tempahan pelanggan dari Rumah Warga Tua, batu 5, Sandakan. Terima kasih Cik Nurhuda, sekaligus dia tempah kek Red Velvet dengan Piza Cheezy Ayam tau. Terima kasih ya sis ku. Ok jom tengok gambar, kalau mengghairahkan sampai berliur rasa macam nak makan sahaja, jom lah cuba. Halal, bumiputra homemade tau. Fresh lah berbanding di kedai bakeri yang kita tidak tahu berapa lama sudah berada diluar. Kalau dah tempah, sampai saja depan rumah ada pelanggan kami yang terus tungap (bahasa Sabah) kuih ni.

ini tempahan Cik Nurhuda..



1 sahaja gambar saya upload ya. Kalau nak lihat lagi gambar jualan kami, boleh klik disini: Zara Cake & Katering Sandakan . Terima kasih sebab sudi baca entri saya ini, untuk order jangan segan silu boleh whatsapp saya ke 012-8440271 ya :-)
Untuk mengetahui, cara membuat tempahan & pembayaran, sila klik sini: Cara Membuat Tempahan & Pembayaran .




::TEMPAHAN PIZA TELAH DI BUKA::

Salam sayang orang Sandakan,
Kami sudah buka tempahan piza, piza kami ada 3 jenis perisa ya iaitu Piza Cheezy Ayam, Piza Seafood & Piza Mix. Kami ni di area Tmn Grandview, jadi yang sebelah bandar atau tinggal di Sim-Sim kah area Bandar Maju atau yang berdekatan dengan kami. Boleh lah order piza kami ni ya. Insyallah murah berbanding Pizza Hut gitu. Dengan saiz 10' inci, berbaloi makan potongan 8 potong. Nak order, senang saja, hanya Whastapp saya ke 012-8440271 ya. Boleh juga ambil di Restoran Nurmarina, itu restoran kami di bandar ala yang di belakang Milimewa tu, tingkat 1, atas Novelty tu ya.



Ini adalah tempahan pelanggan dari Sim-Sim, Piza Cheezy Ayam..thank you sis..




Monday 12 January 2015

Resepi Pie Ayam Mudah.


Salam,
Alhamdulillah terima kasih kerana menempah pada minggu yang lalu. Barulah ada masa update blog ni. Maklumlah kalau sibuk sangat maka tiada lah masa nya. Disini saya ada berikan resepi pie ayam, selalu nya jumpa resepi yang susah & banyak guna bahan kan. Nah yang ni simple jak ni. Tidak banyak bahan cuma resepi ni tidak guna pastri ya. Nama nya juga simple.


Saya selalu buat pie ayam guna resepi mudah ini untuk anak saya. Cuma anak saya kadangkala suka tukar selera. Kejap pie ayam, kejap buat piza, kejap funfries (kentang goreng). Begitulah kerenah anak-anak kena sabar hehe. Untuk resepi ini, saya tiada ambil gambar ya. Sebab lepas buat terus bagi anak. Ada pun gambar pie lapis pastri saja.
Bah cubalah insyallah kalau sedap, share kan saja. Klik share di fb anda, menggunakan button Fb di bawah entri ini ya. Thank you. 

Tempahan atau pertanyaan, sila whatsapp ke 012-8440271 Marina ya. 

Pie Ayam versi lapis pastri



Resepi Pie Ayam

Bahan-bahan:
3 biji kentang
1/4 kiub ayam
1/4 cawan susu segar
1 tiup ayam kisar ramly 1/2 botol sos speghetti adabi
2 sudu cili sos Garam & serbuk lada sulah secukupnya
1/2 bawang holland@bwg besar Mozarella cheese secukupnya.lebih bnyk lg sedap.


Cara-cara:
1.Rebus kentang,lenyek+kiub+lada sulah+susu segar.ketepikan.
2.Goreng bawang+ayam kisar+sos speghetti & sos cili+garam secukup rasa.
3.Masukan ayam ke dlm loyang.Ratakan kentang diatasnya.tabur cheese.
4.Bakar hingga cheese cair sahaja.Tak perlu lama sgt sbb semua bhn dh dimasak knn.. Hidang.



Wednesday 7 January 2015

Happy New Year 2015 !!

Assalamualaikum, masih belum terlewat nak ucapkan selamat tahun baru 2015 pada semua pelanggan, rakan-rakan, keluarga dan semua yang mengenali diri kami. Alhamdulillah, kini Zara Cake & Katering (ZCK) sudah mencapai usia 4 tahun. Bermula dari 2012 p, from zero to hero aiseh ada lagi bah kan haha.



Ok kuih Tat Ufo dibawah ini merupakan tempahan pertama pada tahun ini. Tempahan dari Cik Juliana, di ambil dirumah dan dibawa ke Kota Kinabalu (KK). Terima kasih sis juga sanabat ku. Tempah 30 biji kuih Tat Ufo yang disukai ramai. Tempahan seterusnya pada minggu ini. Maka itulah dapat kemaskini blog sekejap saja sebab sibuk dengan tempahan. Nanti kan resepi kami Pie Ayam paling mudah & tidak banyak bahan tapi lazat dan menyelerakan. 



Tunggu juga kemunculan produk terbaru kami ya.... Farah Quinn kata "apa ya", kata Fazura "oh my gucci".. Zara Piza. Insyallah sedap & murah. Apapun untuk senarai perisa piza, anda boleh lihat di WeChat kami ya: zaracakedankatering . 



Stuffed Crust Piza by ZaraCakeKatering