Wednesday 24 August 2016

5 Tier Wedding Cake with Eiffel Tower theme..


Assalamualaikum wbt & hello everybody all Sandakan people & pembaca blog dimana saja anda berada hehe, salam pagi semua. Jom cuci mata tengok gambar kek perkahwinan fondant 5 tingkat ni. Tema tu Eiffel Tower wow menara Paris gitu hehe. Kek ini ditempah oleh Cik Moonyra Moi untuk adik perempuan nya yang merupakan pengantin pada malam party itu. Cik Moonyra menempah melalui facebook page kami: Zara Cake Katering Sandakan . 

Dan dihantar ke Dewan SMK Merpati, batu 7, Sandakan. Kata Cik Moonyra, para jemputan akan berkumpul pada jam 7 malam, jadi kek perlu berdiri pada jam 6.30 malam. Jadi kami pun bergegas lah ke dewan tersebut tepat pada jam 5 petang bergerak dari Taman Mawar, batu 5. 

Bunga tu kami guna bunga seribu dan bunga carnation & warna mengikut permintaan pelanggan iaitu hot pink. Alhamdulillah siap juga akhirnya dengan bantuan pakar hiasan dari Sim-Sim, si antie Shela syukur alhamdulillah. Kek ni berperisa butter cake, coklat moist cake dan red velvet cake. Campur-campur perisa. 

Kalau ada yang berminat nak menempah kek sebegini jangan segan silu ya sila whatsapp pada kak Marina di 012-8440271. Tempahan perlu awal tau, sekurang-kurang nya 1-2 bulan sebelum tarikh dikehendaki. Kalau 2-3 minggu sebelum pun whatsapp saja, mana tahu insyallah kami ada masa juga untuk buat. Mungkin bergantung kepada keadaan juga lah ya. Jika tiada tempahan lain masa tu insyallah akan diterima. 

Intro..

5 Tier Wedding Cake with Eiffel Tower theme..








sempat lagi kami bergambar di bawah pelaminan nya, ni kali tema Menara Paris juga Eiffel Tower hehe. Smart juga kreatif andaman nya ni. 


Mango Cake Fresh Cream Ke Hospital Duchess Of Kent, Sandakan.

Salam pagi, hari ni kami awal sikit berblogging. Yalah kan selesai big bos jalan pergi kerja & anak pun sudah ke sekolah. Namun kami tidak boleh lama menaip sebab nak bergegas ke kedai bakeri lagi, almaklumlah nak beli bahan-bahan buat kek. Ok la jom layan gambar Mango Cake. Hehe

Mango cake ni ditempah oleh pelanggan dari hospital, kami disuruh hantar ke Unit Promosi Kesihatan, alhamdulillah. Namun masa tu kenderaan tiada, sebab bos bawa pergi kerja jadi kami pun naik bas lah. Agak lama juga kami tidak naik bas. Bertahun rasanya.Terima kasih kepada customer yang sudi menempah kek kami.

Mango Cake ni guna mangga epal sebab masa tu tiada buah mangga manila, so sad sebab mangga manila paling sedap dan berasa, mangga lain sedap juga namun nombor 1 lagi mangga manila bah kan..

Durian 3D Cake & Creampuff Durian 2016..

Salam semuanya rasanya sudah lama kami tidak menulis blog kan.  Terlalu sibuk dari bulan Mei lagi sampai lah menjelang Ramadhan, Hari Raya dan bulan merdeka ni hehe. Ada saja tempahan, alhamdulillah.Apabila kami menerima panggilan pada awal bulan Ogos ni seorang  pelanggan dari Putrajaya nak menempak kek kahwin dan doorgift untuk perkahwinan nya di Sandakan. Cik tu kata dia dapat tahu tentang kami melalui blog kami. Alhamdulillah selesai deal dengan pelanggan ni, baik orang nya siap datang rumah bersama ibu dan adiknya dan kami pun beri tester hehe.

2 minggu kemudian ada lagi kami terima whatsapp pula dari seorang wanita nak tempah kek tapi dia area Beluran, kami minta maaf ya kami tidak hantar sampai ke area Beluran sebab sangat jauh. Lepas beberapa hari kemudian, ada lagi menelefon dengan kami tanya tentang katering area Bukit Garam. Semua mereka dapat tahu kami dari enjin carian Google dan Google location. Tidak sangka jugalah blog kami berada dalam enjin carian Google syukurlah alhamdulillah. Sesiapa yang baru ketahui mengenai blog kami jangan lupa share kan pada teman-teman atau keluarga ya. 
Ok panjang sangat cerita kami ni, kami nak share gambar tempahan kami yang terkini ya. DURIAN 3D CAKE & CREAMPUFF DURIAN. Sebenarnya ada lagi sekali dengan tempahan Sandakan Ufo Tat. Tempahan ini di tempah oleh Kak Haslinda Azrul dari Taman Merpati. Alhamdulillah feedback pun bagus dan ramai yang LIKE gambar kami di facebook kami. Jom tengok ya..

Durian 3D cake versi depan.. luar ada buah, dalam pun ada buah dikisar bersama krim..


Durian 3D cake versi belakang.. nyummm tu tangan kazen tengah pegang kertas hehe..


Sandakan Ufo Tat tempahan si kak Haslinda sekali ..



Creampuff Durian 12 biji/1 box tengok lah isi kastad tu bukan sekadar kastad tapi di gaul sekali dengan isi buah durian juga hehe..



Facebook page: 

Thursday 14 April 2016

The Sweets Cakes

Salam sayang semua..
Waduh punya lama kami tidak online sini kan hehe. Yalah sibuk memanjang saja. Kami ingat juga blog ni tapi maklum lah sendirian berhad saja😊
Sepanjang kami tiada update ni sudah agak banyak juga tempahan yang kami buat. Kami cuba untuk memuat naik gambar-gambar tempahan disini ya mana lah tahu ada yang berkenan. Boleh juga follow kami di Instagram.
Ig kami: zaracakedankatering. Whatsapp: 012-8440271 Kak Marina. Tempahan perlu 3-4 hari dari tarikh dikehendaki ya. Selepas payment baru tempahan akan dibuat. Dan kami terima full payment saja ya tiada deposit. Ini memudahkan kami untuk membuat persiapan awal. Jangan risau selepas pembayaran diterima, kami akan hantar alamat penuh kami sebagai bukti trusted seller. 😊😉
kek pertunangan Red Velvet krim Buttercream tempahan pelanggan dari Tmn Mawar Fasa 7.

Kek Coklat Cheese tempahan pelanggan dari Tmn Permata, batu 8. 

kek perkahwinan full fondant hantar di Dewan Smk Merpati, batu 7.