Showing posts with label chocolate. Show all posts
Showing posts with label chocolate. Show all posts

Monday, 9 June 2014

Segala Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Isu DNA Babi Dalam Coklat Cadbury.

Rakyat Malaysia digemparkan dengan berita DNA babi yang terdapat dalam dua produk coklat Cadbury iaitu Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond.

[TERKINI] "Dulu Halal. Kini Halal. Esok Dan Seterusnya Halal," Kata Cadbury
Pengeluar coklat Cadbury Malaysia mengiklankan khidmat pesanan masyarakat (PSA) di kebanyakan akhbar arus perdana berbahasa Melayu untuk mendapatkan semula keyakinan umat Islam terhadap produk keluaran mereka.

Segalanya baik sudah, adakah sudah mencukupi? Terpulang bagi diri kita masing-masing. Kalau kak, berdasarkan dari keputusan Jakim sahaja, habis cerita :-)
Selain Itu, Cadbury Juga Mengeluarkan Tagline "Segalanya Baik. Kembali Ceria Bersama Kami." Di Dalam Iklan Akhbar Tempatan. Begitulah mesej yang disampaikan oleh pengeluar coklat Cadbury Malaysia yang terpampang di dada akhbar-akhbar utama Malaysia dalam usaha mereka menawan kembali hati pelanggan. 

Cadbury Malaysia Turut Mengeluarkan Hebahan Media (Press Release) Bagi Meyakinkan Pengguna Terhadap Integriti Dan Ketelusan Mereka Dalam Menyediakan Produk Yang Halal Untuk Dimakan. 

PELUANG TERAKHIR ANDA UNTUK DAPATKAN FREE SEAT DARI AIRASIA

Ada lagi kak nampak dari facebook mereka. Boleh lihat pada gambar dibawah: 

Baca ini, Sangat penting ..
Menurut laporan berita yang lain, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Dr Maszlee Malik seorang pensyarah Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) antara yang menyeru umat Islam di Malaysia supaya yakin dengan autoriti yang telah diberikan kepada JAKIM yang merupakan pihak berkuasa dalam hal seumpama ini di Malaysia. Kementerian Kesihatan tidak menolak kemungkinan berlaku pencemaran terhadap kedua-dua sampel coklat Cadbury yang diambil di pasaran untuk dianalisis di makmal sebelum ini. Bagi pendapat kakak, kak ikut arahan dari Jakim, kalau kata mereka halal, memang halal lah tu, tidak kan pula mereka mahu bohong kita kan. Insyallah coklat Cadbury halal & selamat untuk di makan. 

p/s: coklat kegemaran kakak ialah Cadbury Crunchy, sedap :-) simbut sala .. 

Monday, 5 May 2014

Kek Exo (Kpop Birthday Cake) ..

BERITA BAIK BAGI PENGGEMAR AISKRIM, DAPATKAN AISKRIM PERCUMA DARI F&N. KLIK DISINI CEPAT. Tertakluk pada terma&syarat.

Salam,
Buat apa sekarang? Hehe saja tanya. Ok tanpa banyak bertanya dengan pembaca sekalian, ini kak ada buat kek coklat tempahan pelanggan dari Whatsapp. Alah kak lupa lah nama dia. Pelanggan ini tinggal di Taman Mesra, batu 4. Baik orang nya ramah dan senang berbicara. Kek yang ditempah ialah kek coklat moist dengam logo menggunakan buttercream iaitu logo dari kumpulan Exo. Kak pun tanya lah pada sepupu kakak yang merupakan babysitter pada anak kakak juga. Kebetulan dia pun minat Kpop juga hehe. Rupanya Exo ni sekumpulan penyanyi lelaki. Kak kurang kenal sebab yang biasa kak dengar ialah kumpulan Bigbang dan penyanyi solo lelaki iaitu Bi Rain. Kak minat sangat dengan Bi Rain tapi bukan la peminat tegar, minat biasa-biasa saja, lagu baru nya Lalala hehe tidak ingat sudah kak tajuknya. Ia selalu berkumandang di saluran Mtv. Ok pertama kali la kak buat kek yang ada logo kpop ni. Mulanya risau juga nak terima tapi kak pernah buat logo bola untuk kek sebelum ini. Fungsinya sama saja beza cuma corak nya. Kak cabar diri untuk buat, akhirnya dapat juga di buat. Alhamdulillah. 



Kalau tidak cantik hehe maaflah, akan cuba buat yang terbaik lagi masa akan datang. Maklumlah bab corak-mencorak logo ni masih kurang sikit. Tapi bukan beerti kak tidak pandai langsung pula. Hehe. 

Untuk para remaja atau adik/abang/kakak di luar sana, jangan malu, jangan lah segan, kalau nak menempah kek berunsurkan kpop, boleh saja bah. Asal hubungi kak awal, kita bincang, setuju nanti boleh booking tarikh dan buat pembayaran awal. Terima kasih daun keladi pada pelanggan kak yang dari Taman Mesra ini. Sampaikan sepupu kak kata ada juga kek kumpulan Exo ya kak hehe. Kak saja tambah krim fresh cream tu sikit agar nampak kemas & padat. 

Untuk tempahan, boleh la drop komen pada kotak biru Cbox di sebelah kanan anda. Atau paling afdal ialah Whatsapp/sms kak di 012-8440271 Kak Marina. Boleh juga chat dengan kak melalui WeChat iaitu ID: zaracakedankatering atau ke fb page kakak iaitu: The Zara Shopz .