Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Monday, 12 January 2015

Resepi Pie Ayam Mudah.


Salam,
Alhamdulillah terima kasih kerana menempah pada minggu yang lalu. Barulah ada masa update blog ni. Maklumlah kalau sibuk sangat maka tiada lah masa nya. Disini saya ada berikan resepi pie ayam, selalu nya jumpa resepi yang susah & banyak guna bahan kan. Nah yang ni simple jak ni. Tidak banyak bahan cuma resepi ni tidak guna pastri ya. Nama nya juga simple.


Saya selalu buat pie ayam guna resepi mudah ini untuk anak saya. Cuma anak saya kadangkala suka tukar selera. Kejap pie ayam, kejap buat piza, kejap funfries (kentang goreng). Begitulah kerenah anak-anak kena sabar hehe. Untuk resepi ini, saya tiada ambil gambar ya. Sebab lepas buat terus bagi anak. Ada pun gambar pie lapis pastri saja.
Bah cubalah insyallah kalau sedap, share kan saja. Klik share di fb anda, menggunakan button Fb di bawah entri ini ya. Thank you. 

Tempahan atau pertanyaan, sila whatsapp ke 012-8440271 Marina ya. 

Pie Ayam versi lapis pastri



Resepi Pie Ayam

Bahan-bahan:
3 biji kentang
1/4 kiub ayam
1/4 cawan susu segar
1 tiup ayam kisar ramly 1/2 botol sos speghetti adabi
2 sudu cili sos Garam & serbuk lada sulah secukupnya
1/2 bawang holland@bwg besar Mozarella cheese secukupnya.lebih bnyk lg sedap.


Cara-cara:
1.Rebus kentang,lenyek+kiub+lada sulah+susu segar.ketepikan.
2.Goreng bawang+ayam kisar+sos speghetti & sos cili+garam secukup rasa.
3.Masukan ayam ke dlm loyang.Ratakan kentang diatasnya.tabur cheese.
4.Bakar hingga cheese cair sahaja.Tak perlu lama sgt sbb semua bhn dh dimasak knn.. Hidang.



Wednesday, 11 June 2014

Resepi Sambal Tumis Telur Yang Lazat.

Salam pembaca, 
Hari ini kak masak masakan telur pula. Sebab orang rumah sudah bosan masak telur dadar sahaja jadi kakak pun teringatlah resepi yang beliau kakak ajar dulu masa kak masih sekolah menengah. Sedap dan menyelerakan. Apa lagi kami sekeluarga ni memang jenis suka belacan juga. 
Oh ya, kak nak masak Sambal Tumis Telur. Resepi ini boleh di cari dimana-mana dalam Google. Kalau terjumpa resepi kakak ni, alhamdulillah. :-) Boleh kongsikan dengan rakan-rakan di Facebook, Twitter, WeChat atau Line anda. Jadi pada adik-adik di luar sana, terutama yang masih sekolah tu, kalau bosan asyik masak telur mata, telur hancur atau telur dadar. Apa kata cuba resepi kakak ni ya. Jangan lupa share kan tau :-)

Separuh sudah kena kaut, nasib masih sempat di gambar :-)


Sambal Tumis Telur 

Bahan bahan 
5 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih 
1 biji bawang besar - hiris 
3-4 sudu besar cili kisar (cili kisar ini maksudnya cili kering yang di kisar, rendam dengan air panas atau rebus dulu, biar cili kering itu lembut, kemudian barulah dikisar. Kalau ada cili boh, boleh terus guna cili boh. Jimat masa juga) 
Sedikit belacan (terpulang pada anda, bagi kakak, kak letak belacan tu sebesar sudu kfc yang paling kecil itu & kak bancuh bersama air asam jawa, ikut cara masing-masinglah mahu letak macam mana)
Garam 
Gula (ini terpulang dari kita mahu letak atau tidak, kakak letak sedikit gula konon supaya tumisan itu berwarna merah. Memang betul fungsi nya begitu) 
Air asam jawa (bancuh sikit sahaja, kasi agak-agak ya, bancuh banyak nanti berbuang pula. Agak-agak untuk pakai 2 sudu makan ya)
Telur - rebus, kupas & goreng (goreng begitu sahaja, tidak perlu salut tepung kah segala, tidak perlu letak garam, nanti telur ni akan di gaul ke sambal tumis juga)

Cara cara 
Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih yang di kisar/potong sehingga garing dan wangi.

Masukkan cili kisar dan goreng dengan api perlahan sehingga betul betul garing. Masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal berwarna merah cantik. Masukkan garam, belacan dan air asam jawa. Kalau terlalu pekat, tambahkan air sedikit demi sedikit. 
Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris. Akhir sekali masukkan telur rebus yang telah digoreng. Sesuaikan rasa dan kepekatan. 

Angkat dan hidangkan panas-panas dengan nasi putih. Sebenarnya kakak malas sudah mahu masak nasi kuning sebab lapar sangat terhidukan lagi bau sambal nya masa menumis, perut pun masa tu sudah berkeroncong hehe. Lauk ni sesuai juga dihidangkan bersama nasi kuning, nasi lemak atau nasi minyak ya. Cubalah, lepas cuba, bagi feedback pada kakak pada rungan komen di bawah atau drop saja komen di di kotak berwarna biru disebelah kanan blog ini :-). Selamat mencuba. 

Nak tempah kek: 
Whatsapp/sms: 012-8440271 Kak Marina




Thursday, 24 April 2014

Resepi Udang Goreng Nestum Zara:-)

Maaf lewat sikit kak pos resepi yang diminta. Maklum lah kak sibuk dengan tempahan. Pada adik Zara Lela & juga sis Kasut Pink. Boleh lah cuba resepi kak ni ya. Boleh juga anda share kan entri kak ni di fb kalian & kalau anda jadi follower di blog kak lagi memudahkan, boleh dapat update yang cepat tentang tips-tips atau resepi. Untuk resepi lain yang mengiurkan, boleh klik sini ya>>  Koleksi Resepi Lazat & Bengkel Masakan





UDANG GORENG NESTUM

20 ekor udang yang agak besar
10 helai daun kari
3 ulas bawang putih dicincang halus
3 sudu besar butter
3 biji cili api dihiris kasar
1 sudu kecil serbuk stok ayam
1/2 cawan nestum ( nak lebih pun, boleh juga tapi kena tambah butter)
minyak untuk menggoreng udang

Udang digaul dengan sedikit garam.  Panaskan minyak dan goreng jangan sampai garing. Angkat dan toskan.
Panaskan butter. Masukkan bawang putih, daun kari dan cili api. Masak sehingga berbau wangi.

Cubalah dirumah, mesti sedap apatah lagi air tangan anda sendiri dari hasil usaha si tukang masak. :-)

Kongsikanlah dengan menekan butang Share untuk share di fb, twitter atau google+ :-)