Showing posts with label snow cheese. Show all posts
Showing posts with label snow cheese. Show all posts

Tuesday, 7 April 2015

Fesyen Cheese Cake Salji..

Salam semua, hai lama benar saya tidak update blog, ada pun update guna ipad sekejap saja tu pun tunggang tebalik nak menaip. Hehe, disini saya sertakan beberapa gambar hasil tangan saya pada anda semua. Mungkin tidaklah secantik seperti bakers lain kat Sandakan ni tapi syukurlah dapat juga memenuhi permintaan pelanggan tersayang.

Sekarang ni ada pelbagai fesyen sudah kek Cheese Salji ni kan atau orang biasa panggil Snow Cheese Cake. Dulu buat yang plain saja, tiada fesyen langsung, sekarang boleh hias pelbagai cara. Kita ni bukan lah peminat fesyen sangat tapi sekurang-kurangnya biarlah cantik mata memandang kan hehe. Jom tengok, mana tahu lah nak tempah, hanya whatsapp saya ke 012-8440271 Marina. Boleh lihat facebook page di sini>> The Zara Shopz .

Kek Snow Cheese tema Exo.. ingat lagunya Exo, Exo hehe..
Tempahan Cik Shelljianah dari Kolej Kejururawatan Sandakan, terima kasih sis.. 
Kek Cheese Leleh, 1/2kg
Tempahan Puan Pamela dari Tmn Mawar, fasa 1. Thanks again sis, order 2 biji kek sekaligus. Sis Pamela ni merupakan pelanggan tetap saya, sebab tu tidak perlu bank in terus, dia order dari whatsapp, saya terus buat saja. Pelanggan tetap sejak 2013 lagi, harap tidak berubah-rubah lah ya hehe. Saya suka sis Pamela ni tidak cerewet, sweet orang nya. Terima kasih ya sis. 
yang ini tempahan terkini sis Pamela masa 5hb Mac tu, kek Snow Cheese Nips. Kalau tengok sekali macam hiasan candy crush kan hehe tapi ini coklat telur-telur kata sis Pamela.

Yang ni pula kek Snow Cheese berat sekilo, saya tidak berapa ingat nama sis ni, tapi suka cara dia chat dengan saya kat whatsapp, macam kawan lama. Thansk sis ku. 





Wednesday, 25 March 2015

Resepi Kek Snow Cheese Zara

Salam semua,
Sebenarnya entri ni lama sudah kami nak publish, tapi kekangan masa menyebabkan kami jarang update blog. Insyallah, resepi yang tersedia ni, jika di ikuti dengan betul, kek akan menjadi. Ada masa boleh belajar dan buat sendiri, namun jika tiada masa, sibuk bekerja atau penat/letih yalah kan mana tahu penat masak lagi, sediakan makanan lauk pauk untuk tetamu semasa majlis lagi, jadi boleh lah tempah dengan kami ya. Whatsapp ke 012-8440271. Kami area Sandakan, Sabah. 

Resepi Snow Cheese Cake (sangat sedap) 
1 cawan tepung hongkong (boleh dibeli dikedai yang menjual bahan biskut/kek) 
1/2 cawan tepung jagung 
3/4 cawan gula kastor 
1 sudu teh baking powder 
2 sudu besar ovalette 
6 biji telur (dari 6 biji telur tadi, 2 biji dibuang putihnya) 
1/4 cawan air dari peti sejuk  
1/3 cawan mentega (dicairkan) 

Cara: 
1. Satukan semua bahan (kecuali mentega cair) dan dipukul dengan kelajuan sederhana hingga  gebu dan putih anggaran 5 - 7 minit.  
2.  Masukkan mentega cair dan dipukul lagi anggaran 3 - 5 minit. 
3. Alaskan loyang dengan kertas minyak. Tuangkan adunan tadi.  
4. Panaskan ketuhar terlebih dulu. Bakar  pada suhu 150'C selama 50 minit. 
5. Sejukkan kek. 

Bahan Cream: 250g Cream Cheese (saya gunakan jenama Tatura) 1 cawan susu pekat manis. Satukan bahan krim di atas dan dipukul dengan kelajuan sederhana hingga pekat dan kental. 

Bahan Hiasan: 1 buku (250g) cheddar cheese diparut halus. 

Cara penyediaan: 1. Sejukkan kek terlebih dahulu selepas dibakar, potong kek menjadi dua lapisan. 
2. Sapukan cream cheese diatas lapisan pertama.   
3. Lapiskan dengan bahagian kek yang lagi satu , sapukan baki cream cheese melitupi keseluruhan kek. 
4. Parutkan cheddar cheese dan tabur sepenuhnya pada kek. 
5. Sejukkan dalam peti ais selama 1 - 2 jam sebelum dipotong. Sangat sedap dan mudah membuatnya. Selamat mencuba. 

Bagi anda yang ingin mempelajari lebih mendalam lagi seperti kek Marble Cheese, Kek Cheese Momento atau kek Cheese Meleleh dalam kontena, boleh lah klik disini ya>> Tips & Panduan Membuat Kek Cheese Kesukaan Ramai .

Sunday, 17 August 2014

Kek Snow Cheese Taman Sejati Ujana & Panduan Belajar Buat Kek Cheese.

Salam sayang pembaca,
Selamat berhujung minggu ya, kan hari ni hari ahad, saya tidak kemana-mana hari ini, kebetulan sepupu pun tidak sihat. Memandangkan juga tiada tempahan pada hari ini & esok Isnin 18hb Ogos, maka saya pun ambil kesempatan kemas sikit dapur, bersihkan peralatan, cuci baju, kasut sekolah adik dan segala macam kerja. Maklum lah minggu depan ada tempahan Durian Cheese cake & kek perkahwinan 2 tingkat. Alhamdulillah, tahun ini banyak dapat tawaran buat kek kahwin, berbanding tahun lalu sebab tahun lalu orang belum berapa kenal sangat dengan kami, tahun ini alhamdulillah orang mulai tahu kewujudan kami. 

Selama ini kami berniaga offline sahaja iaitu Restoran Nurmarina, berpusat di bandar, belakang Milimewa, tingkat 1, di atas Novelty. Bangunan yang berdekatan dengan stesen bas-bas mini di Sandakan ini. Ada juga terima tempahan kek, kuih, cupcake tetapi masa itu kami cuma berniaga offline bukan online.

Ok kali ini saya buat kek Snow Cheese tempahan Puan Nany dari Taman Sejati Ujana, batu 7. Semestinya di Sandakan, Sabah ya. Maklumlah ada yang fikir saya ni blogger dari semenanjung, tidak lah, saya orang Sandakan yang asli. Nama pun Zara Cake & Katering Sandakan. :-) Apapun terima kasih Puan Nany, mulanya dia mahu tempah creampuff namun saya terpaksa tolak, sebab saya risau keadaan kesihatan sepupu saya nanti tidak boleh jaga baby saya pula, tapi Puan Nany gantikan juga ke kek Snow Cheese. Saya hantar siap bagi biskut raya percuma lagi sebagai kudapan. Terima kasih puan :-) 

2 biji kek Snow Cheese tempahan Puan Nany dari Tmn Sejati Ujana, batu 7.

sempat lagi snap muka sebelum di packing..
Ada yang masih tertanya-tanya dengan saya mengenai panduan cara buat kek cheese. Sebenarnya saya pun tidak tahu lagi resepi kek cheese yang di tawarkan dalam dvd yang saya promosi kan, maka nya jikalau kita hendak menuntut ilmu, tidak seharusnya mahu ilmu percuma sahaja, adakalanya kena juga perolehi ilmu yang berbayar. Untuk menuntut apa jua ilmu, kena lah berusaha lebih sikit. Kami pun masa mula-mula berminat dengan bidang bakeri, kami bukan sekadar "Google search" sahaja, tetapi kami juga membeli ebook, dvd serta mengikuti kursus yang di anjurkan oleh pihak tertentu yang berkaitan dengan bidang bakeri. 

Panduan & tips percuma tetap diberikan, tetapi kalau ingin belajar dengan lebih mendalam, kena lah usaha sikit: Panduan Percuma Buat Kek Cheese .
Rajin usaha, tangga kejayaan. Yang bagus nya dalam link yang saya berikan di atas, bukan sahaja mereka ajar langkah demi langkah cara buat kek cheese, tetapi mereka juga mengajar anda melalui ebook bagaimana memasarkan produk makanan dalam internet. Boleh klik di sini ya: Panduan Percuma Buat Kek Cheese .

Monday, 2 June 2014

Tempahan Penutupan Kek Hari Guru Mei 2014.

Salam pembaca, sama ada followers atau pembaca yang baru singgah disini. :-)
Kak pun baru saja online disini, maklumlah sibuk buat tempahan, reply mesej-mesej pelanggan tersayang & upload gambar-gambar tempahan. Lepas tu ada break dalam 3-4 hari (lama juga break kan hehe), masa tu kemas rumah, kemas dapur, barang-barang katering & ajar adik sepupu buat roti buku serta roti keju.

Ada juga rakan fb kakak yang pm/inbox kakak, tapi kak sempat baca sekejap saja lepas tu log out sebab nak menguruskan beberapa perkara masa itu. Maaf ya rakan-rakan kakak, insyallah nanti kakak balas mesej kalian. :-) 

Ok ini gambar kek coklat cheese. Kek nya ialah kek coklat moist & krim nya ialah keim keju. Ini adalah permintaan pelanggan dari Whatsapp, kak pun tidak ingat nama nya tapi terima kasih ya sebab sudi menempah dengan kakak. Ini ialah kek terkahir kakak buat sempena sambutan hari Guru 2014. Kak maksudkan terkahir sebab ianya kek terakhir untuk acara hari guru. Kalau mahu tempah kek seperti gambar dibawah, inbox/pm sahaja kakak di facebook page: Zara Cake & Katering Sandakan atau Whatsapp/sms kakak di 012-8440271 ya. WeChat pun ada juga, cari ID kakak iaitu zaracakedankatering, Twitter: @thezarashopz atau Instagram: zaracakekatering. Ok ;-)

Kek Coklat Moist dengan krim keju/cream cheese


Tempahan-tempahan yang lain sekitar bulan Mei yang lepas...

Tempahan Cik Nurazilah di WeChat dari semenanjung untuk encik tunang yang bertugas sebagai navy di KD Sri Sandakan. Terima kasih sis ;-)

thanks sis, order dari semenanjung untuk insan tersayang di Sandakan. 



Kek Buah fresh cream, tempahan pelanggan dari Whatsapp, maaf tidak ingat nama nya. Untuk birthday anak tersayang, dari ari flat Karamunting, terima kasih sis kerana sudi datang ambil di restoran Nurmarina :-)


Kek Keladi buttercream, tempahan si Kak Sayang dari PTS Sibuga, batu 5.


terima kasih kak Sayang :-)


Kek Red Velvet 1/2kg tempahan pelanggan dari fb untuk teman nya yang mengidam kan kek. Terima kasih sis, Ada juga dia tempah Kek Coklat Oreo tapi tidak sempat kak nak ambil gambarnya, sori ya sis..


Kek Coklat Oreo tempahan pelanggan dari Whatsapp, thanks sis :-)


Cupcake Red Velvet sebanyak 20 biji (4 biji di kotak lain sebab tidak muat) sebahagian tempahan dari Puan Norhaini dari Tmn Fajar.


Cupcake Rainbow 15 biji & 4 biji cupcake Red Velvet, sebahagian tempahan dari Puan Norhaini..

Cupcake Snow Cheese 15 biji, sebahagian tempahan 50 biji cupcake dari Puan Norhaini dari Tmn Fajar, terima kasih ya sis sudi repeat order.











Monday, 12 May 2014

::PROMOSI SEMPENA HARI GURU 2014::






Terma & Syarat:

-Tetapan tarikh tempahan dari anda akan masuk dalam list kami selepas bayaran diterima, kami akan mendahulukan para pelanggan yang membayar awal sahaja. Kek harus ditempah 3 hari sebelum tarikh diambil. TIDAK BOLEH DIHANTAR/DI AMBIL DULU BARU BAYAR. 

-Harga yang dipaparkan ialah harga promosi, selepas promosi, harga kek kembali kepada harga asal. 

-Harga yang dinyatakan ialah pada kek dan hiasan kek seperti dalam gambar sahaja TIDAK TERMASUK
lain-lain caj seperti penghantaran, tambahan hiasan buah, gula-gula kartun, hiasan bunga, fondant nama & lain-lain. Caj tambahan akan dikenakan jika ada tambahan lain seperti yang dinyatakan tadi. 

-Plat plastik "Happy Mothers day" akan kami gantikan dengan fondant & ditulis menggunakan buttercream, sila rujuk contoh pada gambar A2.

Untuk tempahan, hubungi Kak Marina di 012-8440271 (nombor ini boleh terima Whatsapp)
WeChat ID: zaracakedankatering