Wednesday, 11 December 2013

Salam kembali wahai blog..

Bagaimana cerita kejayaan CEO dan artis Malaysia yang anda dengar sebelum ini? Klik disini, anda pasti terkejut. 

Assalamualaikum wbt,
Syukur pada Allah swt kerana masih memberikan nafas dan nyawa pada kami. Alhamdulillah. Begitu lama kami tidak update blog ini, ada juga sedikit pembaharuan dilakukan disini. Maklumlah, ada maklumat yang sudah lama perlu di delete kan. Selama ini, kami hanya update di facebook page dan personal facebook sahaja. Anda boleh lihat Facebook page kami di sini ya>> Zara Cake & Katering Sandakan (The Zara Shopz) .

Kadangkala kami padat dengan tempahan, kadangkala bila sudah bercuti, itulah kesempatan untuk berehat. Ada masa-masa tertentu untuk rehat kerana selama ini bekerja siang & malam untuk memastikan yang terbaik pada pelanggan. Terlalu banyak tempahan semasa bulan Oktober & November 2013 yang lalu. Banyak gambar kek kami juga beberapa gambar katering hanya di facebook page kami. Anda boleh klik disini untuk melihat>> Tempahan Pelanggan vol.2 & Cheese Cake Corner .
Insyallah, jikalau ada kesempatan. Gambar-gambar kek pada bulan Disember ini akan kami muatnaik disini. Jutaan terima kasih kepada yang menempah. Jika ada sampel makanan, insyallah kami akan berikan secara percuma kepada pelanggan yang sudah pernah membeli dengan kami. Insyallah.

Tidak sangka juga, masa begitu cepat berlalu. Tup tap tup, sudah masuk bulan Disember 2013.
Ada beberapa minggu lagi kita akan menutup tirai 2013 kan. Pada yang merancang untuk berkahwin atau bertunang/berhantar pada tahun hadapan (2014) dan ingin mencari kek & katering, boleh lah rujuk pada kami. Insyallah, anda boleh cuba best seller food kami iaitu nasi minyak dengan daging dendeng, setiap kali katering, pasti pelanggan kami akan menempah nasi minyak kami. Menggunakan beras Basmathi, berbentuk panjang. Tidak rugi jika anda menempah katering kami kerana kami juga akan menyediakan kek percuma untuk bakal pengantin yang ingin berkahwin dan cupcake doorgift untuk tetamu pengantin yang bertandang. Anda boleh food tasting jika benar-benar mahukan katering kami, tetapi haruslah membuat janji temu agar kami dapat membuat persediaan. Ok lah sampai disini sahaja, salam dan jumpa lagi di entri lain ya :-)

Jangan lupa untuk klik Promosi Sempena Krismas & Diskaun Sebelum 2014.  anda pasti teruja.

Sunday, 15 September 2013

Selamat Hari Malaysia ke- 50..

KLIK SINI, PASTI BEST !!!!




Salam hormat semua, 
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan salam Hari Malaysia untuk semua warga Malaysia. Seperti kita sedia maklum, esok 16 September 2013 adalah hari kebangsaan untuk negara kita.


Setiap tahun pada tanggal ini, kita akan menyambutnya dan sudah pasti esok juga adalah cuti umum.
Ramai yang mengambil peluang bercuti untuk pulang ke kampung atau melancong. Cuti ni saya tidak kemana-mana, sebab saya buat kek tempahan pelanggan dan biasanya cuti sebegini saya suka manfaatkan dengan menambah ilmu pengetahuan dari pembacaan buku, ebook, berniaga internet dan sebagainya.


Sekiranya anda masih belum mendapatkan Simkad ToneExcel dan buku Panduan Buat Duit Online Dengan Prepaid, sila dapatkannya segera dengan klik di sini Jana Pendapatan Sampingan Dengan Telefon Anda


Ianya menguntungkan, tidak rugi beli simkad ToneExcel ini, sebab bila kita top up, point akan masuk, bila point kita terkumpul, boleh tukarkan nya ke tiket AirAsia secara percuma. Sebenarnya banyak lagi faedahnya selain mendapat tiket percuma dari AirAsia. Anda boleh rujuk di pages ini Jana Pendapatan Lumayan & Berterusan Dengan Prepaid . 
Maka amat digalakkan untuk anda mendapatkannya segera.


Gunakan lah perniagaan prepaid ini untuk menambah pendapatan anda sama ada secara separuh masa atau tetap itupun bergantung pada diri anda. Rezeki ada dimana-mana. Hanya kita sendiri yang berusaha mencarinya. Dalam ketika cuti sebegini lagi paling sesuai buat duit secara online daripada membazirkan masa dengan perkara yang kurang berfaedah. Betul tak? :-)


Sekali lagi, ini pautannya: Jana Pendapatan Sampingan Dengan Telefon Anda


Selamat bercuti dan selamat menambah pendapatan secara online :-)

Saturday, 7 September 2013

Tips Jimat Minyak Kereta, Jom Baca Sini..


Salam sejahtera kepada pembaca blog The Zara Shopz. Moga semuanya sihat walafiat dan baik-baik selalu. Selain promosi jualan kami, gambar-gambar kuih muih & kek serta resepi. Di sini saya ingin kongsikan juga kepada anda semua iaitu Tips Jimat Minyak. Untuk pengetahuan, baru-baru ini kita semua dikejutkan dengan kenaikan harga minyak sebanyak RM0.20, mungkin bagi sesetengah orang, tidak lah mereka kisah sangat kerana sekadar naik RM0.20 sahaja, sehingga hal ini menjadi pertengkaran di Facebook. 

Mungkin lain orang, lain lah pendapat nya. Namun, kerajaan sudah tentukan nya, kita sebagai rakyat harus akur dengan apa yang berlaku. Semua pun akan terasa, adil la bagi kita semua. Bila minyak sudah naik harga. Lepas ni semua barang pun akan naik harga. Pasti ada yang terfikir juga untuk mencari sumber pendapatan sampingan. 

Apa kata anda cuba bisnes online? Untuk info, klik di sini>> Peluang Buat Duit Dengan Handphone.. Ianya mudah dan hanya buat di rumah. Belum cuba belum tahu. Dalam diam, saya ikuti bisnes ini. Ia membantu saya menambah pendapatan hingga ratusan ringgit. Saya pernah dengar yang orang lain sudah sampai ribuan ringgit. Mana lah tahu, anda juga seperti kami. Bila lagi nak rebut peluang kan :-) . Tips jimat minyak ini saya dapat dari emel saya yang dikirimkan oleh Encik Umar iaitu pengasas Bengkel Usahawan Super Mudah.my. Selamat membaca & moga memberi manfaat pada semua. :-)

1. Penuhkan minyak
Apabila tangki minyak penuh, ruang untuk udara menjadi kurang. Minyak meruap dengan pantas. Isi minyak dengan perlahan. Jangan tekan nozzle tu kuat sangat. Minyak yang bercampur dengan udara akan lebih cepat terbakar.

2. Kurangkan laju
Bawa dengan kelajuan yang konsisten. Kalau 70, cuba kekal 70 saja. Jangan tekan minyak selalu secara mendadak.

3. Tayar
Bila kita gunakan tayar yang saiznya lebih lebar, lebih minyak akan digunakan. Ini kerana lebih tenaga diperlukan untuk menggolek rintangan tayar yang lebar.

4. Letakkan kereta di tempat teduh
Kereta akan mudah kembali sejuk selepas kita mulakan pemanduan.

5. Angin tayar
Selalu periksa angin tayar. Kapisiti angin yang betul akan melancarkan putaran tayar dan mengurangkan penggunaan minyak.

6. Kurangkan beban
Bersihkan kereta. Apa saja barang yang tak diperlukan keluarkan daripada kereta. Tahukah Rina bebanan sebanyak 50 kg akan menggunakan 2% minyak?

7. Naik basikal
Anda akan lebih sihat dan bertenaga.

Kongsikan tips jimat minyak ini kepada keluarga dan rakan-rakan anda ya. Jangan lupa untuk menyokong blog kami ini dengan menjadi follower kami ataupun LIKE Facebook page kami dengan klik di link ini >> Zara Cake House Sandakan (The Zara Shopz) . 



Tuesday, 3 September 2013

Jualan Kek Sempena Merdeka..

Cara nak dapatkan panggilan PERCUMA dan lebih masa online di Facebook
Hadiah Bernilai RMXXX Istimewa Buat Anda

Salam dan hai,
Pada penghujung bulan Ogos 2013 yang lalu hingga pertengahan bulan September 2013 ini, kami mengadakan jualan kek sempena bulan Merdeka. Juga bersempena dengan negeri Sabah masuk Malaysia  pada 16hb September. Kek yang kami sertakan pada kali ini adalah merupakan best seller dari online bakeri kami. Ingin menempah dengan kami, boleh klik pada link berikut->> Zara Cake House Sandakan (The Zara Shopz)

Cepat ianya terhad, nanti selepas 16hb September, harga-harga kek akan kembali seperti biasa. :-)









Tuesday, 27 August 2013

Kek Minggu Ini: Rainbow Cake.. :-)

Ingin Baucer Percuma? Klik disini: Shoppers & Fashionista! Sertai untuk peluang menang RM500 baucar shopping!

Hai & salam semua,
Minggu ini ialah minggu terakhir pada bulan Ogos 2013. Begitu cepat masa berlalu, kita sudah pun ke pertengahan tahun.
Kami baru siapkan beberapa tempahan, tetapi kali ini kami masuk kan gambar kek yang best seller. Kata customer, sangat sedap. Terima kasih. Kek ini adalah tempahan saudari Shiela Masbah dari facebook page kami. Ia ditempah sempena hari lahirnya yang ke-25. Terima kasih ya sebab kata sedap.

Rainbow cake with fresh cream
Tempahan Cik Shiela Masbah
1kg
RM80.00

Ini adalah Rainbow cake dengan fresh cream. Fresh cream sememangnya lazat, kiranya krim yang lazat selepas cream cheese (krim keju). Berminat boleh tempah dengan kami di facebook page kami.. Zara Cake House Sandakan (The Zara Shopz) . Atau klik disini untuk melihat senarai harganya.. Rainbow Cake .


Apa itu Cinta 20 sen? Filem Aaron Aziz dan Neelofa atau drama di Tv3? Menjadi tanda tanya bagi anda? Jom klik disini, apakah ia  Cinta 20sen [2013] .

Tuesday, 20 August 2013

Salam Raya 2013..

Tersentuh melihat video ini, klik disini untuk melihat: Without saying a word this PETRONAS Merdeka video has just proven that all Malaysians are essentially the same inside.
Pertama di Malaysia. Jom tengok disini: MPV Hybrid pertama dan satu-satunya di Malaysia. Dah tengok?

Salam sejahtera,
Wah lama saya tidak update blog. Maklumlah seminggu sebelum raya, saya sudah sibuk dengan tempahan raya. Biskut-biskut perlu di packing, tempahan kek perlu di siapkan. Snow Cheese cake boleh la dikatakan best seller kek untuk raya 2013 tahun ini sebab kebanyakan pelanggan saya menempah Snow Cheese cake dan selebihnya Horlicks Cheese cake. Mujurlah semua pelanggan yang dikasihi telah mengambil tempahan mereka dirumah.

Bila sudah menjelang raya, raya pertama pula sibuk dengan rumah terbuka secara kecil-kecilan dirumah suami saya di Taman Mawar. Kemudian pada petangnya pula saya beraya di rumah-rumah keluarga sebelah suami di sekitar Kg. Karamunting.

Selepas beraya, saya bergegas lagi pulang ke rumah ibubapa saya di Taman Grandview kerana nak buat kek untuk dihidang pada tetamu. Kata rakan bakeri saya dalam online, Puan Shida, masa raya ni lah kita nak bagi rasa dan promosi kek kita pada tetamu yang datang bertandang ke rumah. Alhamdulillah mereka bagi feedback yang baik. Ada yang ingin menempah pada bulan seterusnya, ada pula yang minta laman sesawang Facebook page saya iaitu Zara Cake House Sandakan (The Zara Shopz) .

Pada malam raya kedua pula, saya bergegas kembali ke Taman Mawar sebab esoknya iaitu raya ketiga ialah rumah terbuka dirumah suami. Sebenarnya rumah terbuka kami ialah dua kali. Raya pertama untuk keluarga sahaja, raya ketiga untuk keluarga yang tak sempat datang raya pertama dan juga kawan-kawan suami saya serta kawan ipar saya. Saya mahu juga mengundang pelanggan-pelanggan tetap saya, tapi keadaan tak mengizinkan. Sangat sibuk dengan persiapan raya, kek dan anak perempuan saya yang berusia setahun 4 bulan.

Apapun, selamat hari raya aidilfitri. Masih belum terlambat untuk saya ucapkan, kan kita masih dalam bulan Syawal juga. :-) Maaf segala salah silap saya sepanjang anda berurusan dengan saya, manalah tahu ada yang mesej di Facebook page saya tapi saya tak balas. Ada pula yang saya tolak tempahan nya. Maklumlah saya tak berani ambil tempahan sekitar raya pertama hingga raya ketiga sebab masa itu lah saya sibuk yang amat sangat. Maaf banyak-banyak ya.

Ok bagi yang berminat nak belajar buat kek coklat tapi tak ada masa nak ikut kursus, boleh klik disini  Belajar Buat Kek Coklat .
Ingin belajar buat biskut penyet iaitu seperti biskut ala Famous Amos, ada beberapa jenis biskut yang boleh anda pelajari disini Resepi Biskut Famous Amos & Ketahui Rahsia Perniagaannya .
Nak belajar buat coklat handmade yang sedap dan cantik, untuk dijadikan hadiah pada orang tersayang atau untuk hantaran pertunangan mahupun perkahwinan, pelajarilah cara buat coklat handmade atau dalam bahasa Melayu, coklat buatan tangan disini Rahsia Coklat Buatan Tangan .

Thursday, 1 August 2013

Desa Fresh Mart kini dibuka di Taman Mawar, Sandakan.

WIN RM1,111.00!! CLICK HERE ON HOW TO WIN!

Salam semua,
Sesiapa yang tinggal di Taman Mawar memang cukup beruntung kerana selain Chau Sui Teck supermarket, kini Desa Fresh Mart sudah dibuka di Taman Mawar. Rasanya tidak lah jauh sangat nak berbelanja. Selain menjual daging dan ayam, mereka juga ada jual daging kambing, yang best nya ayam pun sudah kena potong-potong sedia. Boleh pilih sama ada nak drumstick kah, sayap ayam kah atau sebagainya. Selain susu UHT putih dan coklat juga ada susu kambing dan madu keluaran Desa. Cukup cantik dan menarik. Kelebihan Desa Fresh Mart ini ialah ianya halal.
Ok saya sertakan sedikit gambar dibawah untuk tatapan kalian.






Susu kambing yang bahagian atas rak itu..









::TOPIK TERHANGAT::