Wednesday, 24 August 2016

Durian 3D Cake & Creampuff Durian 2016..

Salam semuanya rasanya sudah lama kami tidak menulis blog kan.  Terlalu sibuk dari bulan Mei lagi sampai lah menjelang Ramadhan, Hari Raya dan bulan merdeka ni hehe. Ada saja tempahan, alhamdulillah.Apabila kami menerima panggilan pada awal bulan Ogos ni seorang  pelanggan dari Putrajaya nak menempak kek kahwin dan doorgift untuk perkahwinan nya di Sandakan. Cik tu kata dia dapat tahu tentang kami melalui blog kami. Alhamdulillah selesai deal dengan pelanggan ni, baik orang nya siap datang rumah bersama ibu dan adiknya dan kami pun beri tester hehe.

2 minggu kemudian ada lagi kami terima whatsapp pula dari seorang wanita nak tempah kek tapi dia area Beluran, kami minta maaf ya kami tidak hantar sampai ke area Beluran sebab sangat jauh. Lepas beberapa hari kemudian, ada lagi menelefon dengan kami tanya tentang katering area Bukit Garam. Semua mereka dapat tahu kami dari enjin carian Google dan Google location. Tidak sangka jugalah blog kami berada dalam enjin carian Google syukurlah alhamdulillah. Sesiapa yang baru ketahui mengenai blog kami jangan lupa share kan pada teman-teman atau keluarga ya. 
Ok panjang sangat cerita kami ni, kami nak share gambar tempahan kami yang terkini ya. DURIAN 3D CAKE & CREAMPUFF DURIAN. Sebenarnya ada lagi sekali dengan tempahan Sandakan Ufo Tat. Tempahan ini di tempah oleh Kak Haslinda Azrul dari Taman Merpati. Alhamdulillah feedback pun bagus dan ramai yang LIKE gambar kami di facebook kami. Jom tengok ya..

Durian 3D cake versi depan.. luar ada buah, dalam pun ada buah dikisar bersama krim..


Durian 3D cake versi belakang.. nyummm tu tangan kazen tengah pegang kertas hehe..


Sandakan Ufo Tat tempahan si kak Haslinda sekali ..



Creampuff Durian 12 biji/1 box tengok lah isi kastad tu bukan sekadar kastad tapi di gaul sekali dengan isi buah durian juga hehe..



Facebook page: 

Thursday, 14 April 2016

The Sweets Cakes

Salam sayang semua..
Waduh punya lama kami tidak online sini kan hehe. Yalah sibuk memanjang saja. Kami ingat juga blog ni tapi maklum lah sendirian berhad saja😊
Sepanjang kami tiada update ni sudah agak banyak juga tempahan yang kami buat. Kami cuba untuk memuat naik gambar-gambar tempahan disini ya mana lah tahu ada yang berkenan. Boleh juga follow kami di Instagram.
Ig kami: zaracakedankatering. Whatsapp: 012-8440271 Kak Marina. Tempahan perlu 3-4 hari dari tarikh dikehendaki ya. Selepas payment baru tempahan akan dibuat. Dan kami terima full payment saja ya tiada deposit. Ini memudahkan kami untuk membuat persiapan awal. Jangan risau selepas pembayaran diterima, kami akan hantar alamat penuh kami sebagai bukti trusted seller. πŸ˜ŠπŸ˜‰
kek pertunangan Red Velvet krim Buttercream tempahan pelanggan dari Tmn Mawar Fasa 7.

Kek Coklat Cheese tempahan pelanggan dari Tmn Permata, batu 8. 

kek perkahwinan full fondant hantar di Dewan Smk Merpati, batu 7. 


Monday, 5 October 2015

Helo Oktober 2015..


Salam sejahtera, wah lama nya kami tidak keudara disini ya. Macam 2 bulan jua kan. Tapi jangan risau, kalau kami tidak update di sini, kami sentiasa update juga di facebook page. Boleh lihat di tepi blog kami ini ya. Kami sentiasa aktif berniaga hingga kan tidak ada masa nak update laman blog kami ini. Namun pada hari ini 5hb Oktober 2015 bersaman hari Isnin (wah lengkap tarikh nya hehe) kami kembali beraksi di blog. Hehe. Ni pun pakai desktop, selalu nya kami guna Ipad tapi susah sikit nak update guna Ipad sebab gambar susah nak resize. Kalau desktop nah puas hati bilang orang hehe.

Berikut kami senaraikan gamabr-gambar tempahan kami disini ya. Tidak lah semua nya tapi boleh lah sikit-sikit untuk tatapan anda. Selebihnya ada banyak di facebook page kami ya, boleh lihat di sini>> The Zara Shopz . Kalau berminat nak menempah kuih muih/kek/cupcake/roti jala dan lain-lain produk keluaran kami. Di alu-alukan lah whatsapp saya ke 012-8440271 Kak Marina. Insyallah saya akan balas whatsapp anda secepat yang mampu. Pelanggan bukan seorang dua nak dilayan kadangkala ada jua lah yang terlambat sikit nak balas whatsapp tapi alhamdulillah. Pelanggan menunggu juga. Terima kasih ya, sayang anda semua. Kami cuba buat yang terbaik, dari segi layanan, produk dan juga servis penghantaran. Di facebook juga, ada orang telah menubuhkan group Food Delivery In Sandakan. Kami memang ada menyertai nya namun jarang sekali mempromosi disana. Adalah lebih baik, kita whatsapp saja. Cepat, tangkas dan laju hehehe. 
Ok jom cuci mata, mana lah tahu ada yang berkenan di hati bah kan. Salam perpisahan, nanti kita berjumpa lagi di entri yang lain, insyallah. Stay tune ..


Kek Elsa
Full fondant/Red Velvet
Tempahan Puan Sulinah Tan dari batu 11. Terima kasih..
Kek Cinderella
Full fondant..
Tempahan Puan Sharifah dari Tmn Indah Jaya, thank you so much sis.
Boleh follow & lihat di Instagram kami, ig: zaracakekatering
Kek Buah Fresh Cream tema COC
Tempahan Puan Diana dari Summerjoy, Bandar Indah, batu 4.

Kek Ps2 full fondant..
Tempahan Kak June juga, thanks ya kak

Kek Durian Fresh Cream..
Tema Aeroplane
Tempahan Kak June, terima kasih kak

Kek Coklat Moist + Vanila fresh cream. 
Dengan Cupcake Oreo buttercream. 
Tempahan Ms. Eva, datang ambil dirumah petang tadi, terima kasih. πŸ˜Š
Kek Iphone..
1kg
Perisa: Coklat Moist, krim buttercream. 
Tempahan pelanggan dari Kolej Kejuruwatan Sandakan. Terima kasih 
πŸ˜ŠπŸ˜‰


Cupcake tema Superman..
Terima kasih sis ku πŸ˜‰
#manofsteel #supermancupcake 
Kek Kahwin Red Velvet Buttercream..
Tempahan pelanggan dari Rancangan batu 12. Terima kasih sis dan tunang kerumah kami untuk menempah tempoh hari😊 Selamat pengantin baru..

Cupcake Ulangtahun.. 
Tempahan pelanggan dari semenanjung untuk dihantar ke Restoran Resepi Mama, bandar Letat, batu 5. Terima kasih pada penempah yaπŸ˜‰









Monday, 20 July 2015

Penangan Kuih Tat Ufo di Sandakan (Sandakan Ufo Tart/Cow Dung Pile)

::KLIK PAUTAN DI BAWAH INI::


Salam Syawal semua pembaca, alhamdulillah akhirnya sampai juga nafas kami di bulan Syawal, syukur Allah swt masih memanjangkan umur kita semua. Tidak sangka bulan Ramadhan yang mulia begitu cepat meninggalkan kita kan. Sebelum menjelang puasa hingga lah ke hari raya kedua, kami terlalu sibuk dengan tempahan biskut raya & kek. Cuma raya tahun ini kami tidak ambil tempahan kek kahwin sebab risau juga nanti kami tidak dapat fokus memandangkan kami kekurangan kakitangan. Ada yang cuti awal untuk berehat, ada yang balik kampung.

Tidak sangka juga raya tahun ni ramai sangat yang menempah kuih Tat Ufo ni tapi oleh kerana terlalu sibuk, kami tidak sempat nak ambil gambar kuih. Maklum lah kejar masa, siapkan tempahan, hantar tempahan. Jom tengok-tengok sebahagian gambar kuih Tat Ufo yang menjadi kegemaran ramai, bukan sahaja di Sandakan malahan di seluruh Sabah juga. Jika ada sesiapa yang datang dari semenanjung dan nak merasa kuih Tat Ufo kami, sila lah whatsapp kami awal-awal di 012-8440271 Kak Marina ya. Halal juga, muslim homemade fresh lagi. Kalau beli di kedai bakeri, tidak tahu sudah berapa lama mereka simpan kan.

Tempahan perlu diterima sekurang-kurang nya 3 hari sebelum tarikh dikehendaki, jangan risau kami boleh hantarkan. Kuih akan dibuat selepas pembayaran diterima melalui transfer online atau bank in. Boleh rujuk nombor akaun kami di sebelah kanan blog ini ya. Minimum tempah ialah 30 biji. Setiap satu kami jual Rm1.20. Ok jom tengok, jangan sahaja kecur liur ya hihihi..

Kuih Tat Ufo tempahan Puan Faridah dari Tmn Wijaya. Terima kasih puan. 

100 biji
Tempahan pelanggan dari Segaliud untuk majlis perkahwinan kakak nya, thanks sis..

30 biji
Tempahan kak Anne Zain dari Tmn Indah Jaya, terima kasih kak..

60 biji
Tempahan pelanggan dari Tmn Mutiara, batu 4. Terima kasih sis ..

Tempahan Kak Sabaryati dari JHEAINS, pejabat persekutuan, batu 7. Terima kasih sis.
Kuih Tat Ufo 100 biji 
Dihantar ke Tmn Merpati, batu 7 semalam. Terima kasih sis Husnidah, selamat bertunang..

Kuih Tat Ufo 
50 biji
Tempahan pelanggan dihantar ke Flat Guru Sk Muhibbah, terima kasih cikgu.


Zara Cake & Katering Sandakan
Whatsapp: 012-8440271 Kak Marina

Album penuh di sini: Cupcake & Dessert Part 2










Sunday, 12 July 2015

Ramadhan, Biskut Raya & Tempahan Anda :-)

Salam ramadhan semua, alhamdulillah sampai juga puasa kita semua kan. Kalau yang uzur atau sakit tu jangan lah paksa berpuasa sebab sekarang di Sandakan ini tidak menentu cuaca nya kejap hujan kejap panas lagi lepas tu berangin pula di waktu malam. Suami saya pun demam selesma sakit tekak lagi. Suara pun mahu hilang-hilang. Banyakkan minum air sahaja. Serta makan ubat mengikut penyakit yang di hidapi, insyallah dengan izin Allah swt harap yang sakit akan sembuh juga. 
Sekarang jam 12.25 pagi & kami masih menyusun biskut raya. Ada juga yang kami hantar ke Chau Sui Teck, BDC. 

Disana mereka kira 1 balang Rm25.50 tetapi jumlah tidak menentu. Jika direct pada kami, anda boleh membeli mengikut kepada berapa biji yang anda kehendaki. Boleh delivery juga. Cuma tempahan biskut raya kami buka sehingga 15hb Julai pada hari Rabu minggu hadapan sahaja. 

Tempahan kek pula akan kami buka semula pada minggu kedua di hari raya. Apapun anda boleh whatsapp saya di 012-8440271. Setakat ini tempahan kek kami masih dibuka lagi, ada yang ambil pada 14hb Julai, pada malam takbir & pada pagi hari raya kedua. Jika berminat nak buat majlis hari lahir atau untuk makan-makan sekeluarga, boleh lah tempah awal melalui whatsapp di 012-8440271ya, nama saya kak Marina. CEPAT SEBELUM TERLAMBAT :-)

::Ada Instagram kah::
Boleh FOLLOW kami di Instagram, sila cari ig: zaracakekatering 
Terima kasih. 

Tuesday, 7 April 2015

Fesyen Cheese Cake Salji..

Salam semua, hai lama benar saya tidak update blog, ada pun update guna ipad sekejap saja tu pun tunggang tebalik nak menaip. Hehe, disini saya sertakan beberapa gambar hasil tangan saya pada anda semua. Mungkin tidaklah secantik seperti bakers lain kat Sandakan ni tapi syukurlah dapat juga memenuhi permintaan pelanggan tersayang.

Sekarang ni ada pelbagai fesyen sudah kek Cheese Salji ni kan atau orang biasa panggil Snow Cheese Cake. Dulu buat yang plain saja, tiada fesyen langsung, sekarang boleh hias pelbagai cara. Kita ni bukan lah peminat fesyen sangat tapi sekurang-kurangnya biarlah cantik mata memandang kan hehe. Jom tengok, mana tahu lah nak tempah, hanya whatsapp saya ke 012-8440271 Marina. Boleh lihat facebook page di sini>> The Zara Shopz .

Kek Snow Cheese tema Exo.. ingat lagunya Exo, Exo hehe..
Tempahan Cik Shelljianah dari Kolej Kejururawatan Sandakan, terima kasih sis.. 
Kek Cheese Leleh, 1/2kg
Tempahan Puan Pamela dari Tmn Mawar, fasa 1. Thanks again sis, order 2 biji kek sekaligus. Sis Pamela ni merupakan pelanggan tetap saya, sebab tu tidak perlu bank in terus, dia order dari whatsapp, saya terus buat saja. Pelanggan tetap sejak 2013 lagi, harap tidak berubah-rubah lah ya hehe. Saya suka sis Pamela ni tidak cerewet, sweet orang nya. Terima kasih ya sis. 
yang ini tempahan terkini sis Pamela masa 5hb Mac tu, kek Snow Cheese Nips. Kalau tengok sekali macam hiasan candy crush kan hehe tapi ini coklat telur-telur kata sis Pamela.

Yang ni pula kek Snow Cheese berat sekilo, saya tidak berapa ingat nama sis ni, tapi suka cara dia chat dengan saya kat whatsapp, macam kawan lama. Thansk sis ku. 





Wednesday, 25 March 2015

Resepi Kek Snow Cheese Zara

Salam semua,
Sebenarnya entri ni lama sudah kami nak publish, tapi kekangan masa menyebabkan kami jarang update blog. Insyallah, resepi yang tersedia ni, jika di ikuti dengan betul, kek akan menjadi. Ada masa boleh belajar dan buat sendiri, namun jika tiada masa, sibuk bekerja atau penat/letih yalah kan mana tahu penat masak lagi, sediakan makanan lauk pauk untuk tetamu semasa majlis lagi, jadi boleh lah tempah dengan kami ya. Whatsapp ke 012-8440271. Kami area Sandakan, Sabah. 

Resepi Snow Cheese Cake (sangat sedap) 
1 cawan tepung hongkong (boleh dibeli dikedai yang menjual bahan biskut/kek) 
1/2 cawan tepung jagung 
3/4 cawan gula kastor 
1 sudu teh baking powder 
2 sudu besar ovalette 
6 biji telur (dari 6 biji telur tadi, 2 biji dibuang putihnya) 
1/4 cawan air dari peti sejuk  
1/3 cawan mentega (dicairkan) 

Cara: 
1. Satukan semua bahan (kecuali mentega cair) dan dipukul dengan kelajuan sederhana hingga  gebu dan putih anggaran 5 - 7 minit.  
2.  Masukkan mentega cair dan dipukul lagi anggaran 3 - 5 minit. 
3. Alaskan loyang dengan kertas minyak. Tuangkan adunan tadi.  
4. Panaskan ketuhar terlebih dulu. Bakar  pada suhu 150'C selama 50 minit. 
5. Sejukkan kek. 

Bahan Cream: 250g Cream Cheese (saya gunakan jenama Tatura) 1 cawan susu pekat manis. Satukan bahan krim di atas dan dipukul dengan kelajuan sederhana hingga pekat dan kental. 

Bahan Hiasan: 1 buku (250g) cheddar cheese diparut halus. 

Cara penyediaan: 1. Sejukkan kek terlebih dahulu selepas dibakar, potong kek menjadi dua lapisan. 
2. Sapukan cream cheese diatas lapisan pertama.   
3. Lapiskan dengan bahagian kek yang lagi satu , sapukan baki cream cheese melitupi keseluruhan kek. 
4. Parutkan cheddar cheese dan tabur sepenuhnya pada kek. 
5. Sejukkan dalam peti ais selama 1 - 2 jam sebelum dipotong. Sangat sedap dan mudah membuatnya. Selamat mencuba. 

Bagi anda yang ingin mempelajari lebih mendalam lagi seperti kek Marble Cheese, Kek Cheese Momento atau kek Cheese Meleleh dalam kontena, boleh lah klik disini ya>> Tips & Panduan Membuat Kek Cheese Kesukaan Ramai .