Sunday, 26 October 2014

Kemeriahan Tempahan Bulan Oktober 2014

Salam semua, terima kasih sebab sudi lawat blog kami dan sudi membaca entri ini. Maaflah kami agak sibuk juga sepanjang bukan oktober ini. Terutamanya selepas perayaan Hari Raya Aidiladha, banyak sangat tempahan, tidak menang tangan. Apapun terima kasih pada yang menempah. Tidak kira sama ada di Whatsapp, sms, facebook page atau WeChat. Semoga Allah swt menderaskan rezeki kalian semua. Amin-amin. 

Ok la, disini ada beberapa gambar tempahan terkini pada bulan ini. Kalau ada sesiapa yang berminat ingin kan kek atau kuih seperti pada gambar-gambar dibawah, jangan segan silu. Whatsapp sahaja pada saya ke 012-8440271 Marina. Seperti biasa, tempahan perlu ditempah awal ya. Untuk yang inginkan gambar edible (edible image), harus tempah 2 minggu atau 1 minggu lebih adalah paling afdal sebab memudahkan kami membuat persediaan untuk membuat & mencetak gambar edible. Lagi awal, lagi bagus. :-) kalau tempahan kek kahwin sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum majlis ya dan pembayaran penuh perlu dibuat 2 minggu sebelum tarikh kek di kehendaki. Ini bagi memudahkan kami membuat persiapan awal & tidak kelam kabut. 
Bah apapun jom cuci mata. :-)


tempahan pelanggan dari Whatsapp..

kek vanila-pandan dengan fresh cream tema Dragon Ball, tempahan pelanggan dari Apartment Sri Gaya, batu 7.

Cupcake Elmo Red Velvet buttercream, tempahan pelancong, hantar di airport..

Kuih Tat Ufo bersama cupcake Elmo

Kek Buah, fresh cream tempahan pelanggan dari Whatsapp

Kek Cheese Meleleh 1/2 kg tempahan pelanggan dari WeChat

Kek Rainbow tema Frozen dengan 10 biji cupcake coklat moist fresh cream tempahan pelanggan dari Kg. Sim-Sim Jambatan 18. 

Muka depan kek Rainbow tema Elsa Frozen tempahan pelanggan dari Kg. Sim-Sim Jambatan 18. 

Gambar kek kahwin 3 tingkat iaitu kek coklat+stawberi+span biasa dengan krim cheese tempahan pelanggan dari Kg. Sim-Sim Jambatan 18 tidak ada dalam entri ini kerana kami masih belum mendapat gambar tersebut dari pelanggan. 

Kek fondant Iphone tempahan pelanggan dari Whatsapp akan di update di sini nanti ya. 













Jom tempah Kuih Tat UFO Yang Terkenal Di Sandakan, Sabah.

Salam semua,
Ini lah kuih Tat Ufo yang terkenal di Sandakan, biasanya boleh didapati di kedai-kedai kopi Cina. Kali ini anda boleh dapatkan nya secara online. Hanya tempah di facebook page kami, WeChat atau Whatsapp/sms sahaja.

Untuk tempahan atas talian (online) kami tidak jual satu-satu ya. Kecuali jika ada readymade di restoran kami. Harga di restoran ialah Rm1.50/1 biji. Jika tempahan online, dijual pada harga Rm30/25 biji ya. Tempahan perlu dibuat sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh di kehendaki namun jika tempahan yang banyak untuk majlis atau untuk dijual.

Anda perlu menempah 1 minggu sebelum majlis ya. Seperti biasa, pembayaran penuh perlu dibuat 3 hari atau 1 minggu sebelum tarikh dikehendaki bagi memudahkan kami membuat persiapan awal. Pembayaran boleh dibuat secara transfer/bank in ke akaun Cimb kami atau by hand terus ke restoran kami. 

gambar ialah kuih Tat Ufo tempahan pelanggan kami, kastad yang lazat dan creamy berserta krim meringue (putih telur) yang menyelerakan. 

Semestinya hala, homemade & buatan Muslim. :-)

Untuk tempahan, sila Whtasapp/sms ke 012-8440271 Marina atau inbox/pm di facebook page kami: Zara Cake & Katering Sandakan . Jika anda ingin sarapan pagi atau minum petang di restoran kami, anda boleh menelefon ke Restoran Nurmarina melalui 013-8916531 Kak Rohamah untuk pertanyaan kerana kuih Tat Ufo kami adalah terhad & bukan di buat setiap hari. :-)

Tuesday, 16 September 2014

Tempahan Sekitar Akhir Bulan Ogos & Awal Bulan September..

Salam pembaca & juga pelanggan di kasihi,

Kami baru sahaja online malam ini. Nasib belum jauh ketinggalan memandangkan hari ini pun sudah 16hb September 2014 bersamaan hari Selasa. Kami agak sibuk dengan projek perkahwinan, tempahan creampuff dan kek serta membuat biskut untuk Aidiladha. Banyak gambar tidak upload lagi. Alhamdulillah dapat juga kami mencuri sedikit masa unutk update blog ini.

Berikut gambar-gambar tempahan seperti di bawah. Kalau nak cuba, untuk majlis anda atau nak happy-happy makan sendiri bersama keluarga, boleh Whatsapp/sms ke 012-8440271 cari Kak Marina ya. Jika mahu inbox/pm di facebook page pun boleh, klik di sini>> Zara Cake & Katering Sandakan .Jom tengok.. :-)


Kek Snow Cheese 1kg-1kg dengan Kek Asam Manis 8" inci (tiada dalam gambar) tempahan Cikgu Doreen dari WeChat, terima kasih.. 

Kek Princess Elsa Frozen tempahan pelanggan dari Whatsapp, terima kasih ya sis, sudi datang ambil di restoran kami kat bandar..

Kek Coklat Moist 2kg, tempahan Encik Nordin dari Balai Polis Batu 1 setengah, Sandakan. Terima kasih encik :-)

Kek Snow Cheese
Tempahan Puan Anie dari Kg. Batu Putih, batu 7 untuk birthday husband  thank you ya puan 

Kek Snow Cheese
Tempahan Puan Wendy dari Cozy Bridal, batu 6. Thank you sis 

Creampuff Kastad Creamy
150 biji
Tempahan Puan Darma, thank you kak..


Jom Belajar Buat Kek & Biskut di Rumah..

Salam sayang pembaca,
Kami ada dapat panggilan juga ada terima mesej dari facebook page kami untuk mengikuti kursus buat kek juga membuat biskut. Maaf ya buat masa ini, kami tidak menganjurkan apa-apa kursus yang berkaitan lagi. Kami cuma menerima tempahan kek, biskut, kuih dan katering sahaja. Tetapi jangan risau, anda boleh belajar sendiri dirumah melalui dvd yang sudah sedia ada. Untuk melihat kandungan web atau ingin menempah dvd, anda boleh klik di page kami di sini>> Panduan Membuat Kek & Biskut Popular.. .

Moga ilmu yang dipelajari dapat memberi manfaat kepada anda sama ada anda pelajarinya khas untuk diri sendiri, untuk keluarga atau untuk perniagaan bakeri anda. Selamat belajar :-)


Monday, 18 August 2014

Jom Klik Si Tanda Biru..

Salam pembaca, saya ada jumpa satu website, mungkin ini di kira baru sebab mereka meminta link mereka untuk di promosikan. Website ini khas untuk wanita boleh juga pada lelaki, terdapat pelbagai tips dapur, resepi, kesihatan, gaya hidup, kecantikan & pengurusan kewangan di dalam web ini. Bagus juga ni untuk bacaan kita di masa lapang, kalau asyik buka facebook pun bosan juga kan. Bah, jom klik yang bertanda biru di bawah ini ya:
Subscriber Page

Lepas klik, jangan lupa daftar, ada dapat bonus audio bernilai RM500 tau dengan ebook-ebook percuma, confirm anda suka kan nya. Siapalah yang tidak mahu benda percuma kan :-)

Salam selamat malam, jumpa lagi di entri yang lain.

Sunday, 17 August 2014

Tips Menjaga Berat Badan Cara Percuma & Kek Yang Tidak Menggemukkan :-)

Salam,
Hari ni hari Isnin, hari mula bekerja, hehe. Tapi saya macam biasa, kerja kemas rumah, cuci baju, bagi makan baby sebab pembantu masih sakit lagi. Harap sembuhlah dia cepat, bukan orang lain juga, pembantu saya ni sepupu saya juga. Mujurlah minggu ni tidak banyak tempahan, mahu ambil banyak pun tapi keadaan kesihatan sepupu saya masih belum stabil lagi. Sabar sahaja lah, harap cepat lah dia pulih. Amin2x..

Bagus juga buat kerja-kerja rumah sendiri ni, boleh bantu turunkan berat badan ni hehe. Mahu makan ubat, baby masih susu badan. Jadi senaman & jaga pemakanan sahaja lah jawabnya, kos yang yang percuma kan. Sejak ada baby, saya jarang sudah keluar rumah, keluar pun kalau hantar tempahan kek atau beli bahan-bahan kuih. Sudah lama rasanya tidak lepak di kedai mamak pekena teh tarik. Sedapnya teh tarik apatah lagi kalau di tambah halia kan.

Salah satu cara kurus kan badan juga tu. Halia kan pembakar lemak. Cuba buat teh tarik sendiri dirumah dan letak halia, atau kalau mahu minum halia sahaja & letak 1 sudu gula (tapi pedas la lidah kan kalau guna teknik ni jadi bagus tambahkan teh bergula atau teh tarik kan). Amalkan setiap hari, di ikuti dengan pemakanan yang betul, insyallah, boleh berjaya kurang berat badan itu. Tapi jikalau tidak biasa, tidak perlu lah ambil halia, masih ada alternatif lain untuk kurus.

Gambar di ambil dari blog: http://kisahcintanasilemak.blogspot.com/

Saya pernah tanya doktor apakah cara nak sihat sambil turunkan berat badan, adakah memakan kek boleh cepat kasi naik berat badan? Atau dalam erti kata lain, cepat kasi gemuk? Sebab ada sesetengah orang berkata kek ni boleh kasi gemuk lah, banyak lemak lah (padahal ayam & daging lagi tinggi lemaknya) , takut makan krim aising tu nanti gemuk lah.

Jawapan doktor:

Sebetulnya kek tidak lah menggemuk kan, kerana ia bukan seperti makanan ruji kita iaitu nasi yang di perlu di makan setiap hari siang & malam. Pengambilan nasi yang harus di titikberatkan kerana bukan sahaja membantu menaikkan berat badan malahan boleh mengakibatkan kencing manis. Selain itu, kalau mahu masak, contohnya nak tumis sayur, gunalah minyak masak bermutu tinggi seperti minyak jagung atau minyak zaitun berbanding minyak murah tetapi diperbuat dari minyak sawit yang berlemak tinggi. Amalkan cara hidup sihat seperti bersenam. Kek bukan di makan setiap hari pun walaupun kandungan krim aising nya manis & berminyak. Betul juga, lagipun tidak pernah lagi ada dengar orang meninggal dunia akibat kemanisan kek, biasa nya mesti pasal nasi atau lauk pauk yang berminyak & berlemak hingga boleh menyebabkan kencing manis atau arteri tersumbat (kes sakit jantung).

Bila ada majlis sahaja atau nak sangat makan kek, barulah kita beli kek kan. Kalau mahu tempah kek kami pun, jangan risau, beritahu awal-awal, minta yang kurang gula atau kurang manis, boleh sahaja. Kena request awal tau: Zara Cake & Katering Sandakan . Itulah bagus nya homemade kek, boleh request kurang manis hehe pada adunan kek atau kurang manis pada krim.

Tips Untuk Yang Malas Bersenam..
Saya ni kalau bersenam, tunggu datang rajin baru lah dapat bersenam, kalau malas, saya ganti kan dengan membuat kerja-kerja di rumah seperti vakum bilik atau ruang tamu (confirm berpeluh sebab banyak guna tenaga dari lemak dalam badan), mencuci baju guna tangan (kalau ada masa terluang, kalau kejar masa, guna mesin basuh lah), mengemas dapur dan apa jua asal kan ada buat kerja & berpeluh. Kalau asyik tidur siang sahaja bila tiada tempahan, susah juga. Cukuplah tiada makan ubat atau ambil supplemen, kena lah berpantang. Ini lah dikatakan menjaga berat badan tanpa ubat, kos percuma hehe.

p/s: semua yang saya taip di atas adalah berdasarkan pengalaman saya bertanya kepada doktor & pengalaman saya menjaga berata badan dengan cara saya sendiri. Jika pembaca rasa ada yang tidak ngam atau kurang sesuai, maaf lah, mungkin ada cara terbaik lagi di luar sana dalam cara menjaga berat badan atau cara nak kurus. Maklum lah kos juga kalau beli ubat atau supllemen yang berharga ratusan ringgit ni. Muka & kulit pun mahu jaga juga. Kita perempuan ni banyak sangat nak di jaga, kecuali yang sanggup labur wang, kalau banyak duit lain lah ceritanya hehe. Tapi jikalau mahu pakai krim sapu 7 beli supplemen untuk kurus, bagus juga, lagi cepat turun berat badan. Kalau mahu cara percuma, macam yang saya taip di atas tadi. Apapun terpulang lah pada individu masing-masing. Nak baca tips lain, sila klik di sini ya: Cara Diet Yang Betul Tanpa Risiko .

sekian.. jumpa lagi di entri lain ya.

Kek Snow Cheese Taman Sejati Ujana & Panduan Belajar Buat Kek Cheese.

Salam sayang pembaca,
Selamat berhujung minggu ya, kan hari ni hari ahad, saya tidak kemana-mana hari ini, kebetulan sepupu pun tidak sihat. Memandangkan juga tiada tempahan pada hari ini & esok Isnin 18hb Ogos, maka saya pun ambil kesempatan kemas sikit dapur, bersihkan peralatan, cuci baju, kasut sekolah adik dan segala macam kerja. Maklum lah minggu depan ada tempahan Durian Cheese cake & kek perkahwinan 2 tingkat. Alhamdulillah, tahun ini banyak dapat tawaran buat kek kahwin, berbanding tahun lalu sebab tahun lalu orang belum berapa kenal sangat dengan kami, tahun ini alhamdulillah orang mulai tahu kewujudan kami. 

Selama ini kami berniaga offline sahaja iaitu Restoran Nurmarina, berpusat di bandar, belakang Milimewa, tingkat 1, di atas Novelty. Bangunan yang berdekatan dengan stesen bas-bas mini di Sandakan ini. Ada juga terima tempahan kek, kuih, cupcake tetapi masa itu kami cuma berniaga offline bukan online.

Ok kali ini saya buat kek Snow Cheese tempahan Puan Nany dari Taman Sejati Ujana, batu 7. Semestinya di Sandakan, Sabah ya. Maklumlah ada yang fikir saya ni blogger dari semenanjung, tidak lah, saya orang Sandakan yang asli. Nama pun Zara Cake & Katering Sandakan. :-) Apapun terima kasih Puan Nany, mulanya dia mahu tempah creampuff namun saya terpaksa tolak, sebab saya risau keadaan kesihatan sepupu saya nanti tidak boleh jaga baby saya pula, tapi Puan Nany gantikan juga ke kek Snow Cheese. Saya hantar siap bagi biskut raya percuma lagi sebagai kudapan. Terima kasih puan :-) 

2 biji kek Snow Cheese tempahan Puan Nany dari Tmn Sejati Ujana, batu 7.

sempat lagi snap muka sebelum di packing..
Ada yang masih tertanya-tanya dengan saya mengenai panduan cara buat kek cheese. Sebenarnya saya pun tidak tahu lagi resepi kek cheese yang di tawarkan dalam dvd yang saya promosi kan, maka nya jikalau kita hendak menuntut ilmu, tidak seharusnya mahu ilmu percuma sahaja, adakalanya kena juga perolehi ilmu yang berbayar. Untuk menuntut apa jua ilmu, kena lah berusaha lebih sikit. Kami pun masa mula-mula berminat dengan bidang bakeri, kami bukan sekadar "Google search" sahaja, tetapi kami juga membeli ebook, dvd serta mengikuti kursus yang di anjurkan oleh pihak tertentu yang berkaitan dengan bidang bakeri. 

Panduan & tips percuma tetap diberikan, tetapi kalau ingin belajar dengan lebih mendalam, kena lah usaha sikit: Panduan Percuma Buat Kek Cheese .
Rajin usaha, tangga kejayaan. Yang bagus nya dalam link yang saya berikan di atas, bukan sahaja mereka ajar langkah demi langkah cara buat kek cheese, tetapi mereka juga mengajar anda melalui ebook bagaimana memasarkan produk makanan dalam internet. Boleh klik di sini ya: Panduan Percuma Buat Kek Cheese .