Kembali setelah berbulan menyepi...
Salam semua,
Cukup lama saya tak update blog, bukan nya apa, saya sentiasa update di Facebook page Zara Cake House (The Zara Shopz) dan jarang benar update di sini. Kesibukan semasa bulan lepas iaitu sempena Hari Ibu juga dengan minggu-minggu yang seterusnya membuatkan saya lupa nak masuk blog semula. Bila dah kurang sibuk ni, barulah saya dapat masuk blog-blog saya semula. Sebenarnya saya ada dua blog, iaitu wordpress dan blogspot ini. Wordpress saya adalah blog saya dalam bahasa Inggeris. Kebanyakan pembaca dari luar negara, jadi saya bahagikan kepada dua. Blogspot ini untuk pelanggan yang saya kasihi juga untuk semua yang sudi membaca blog kek saya yang tak seberapa ni.
Memandangkan dah lama tak update blog, jadi banyak gambar-gambar jualan kek saya yang tak sempat masuk kat blog ni. Insyallah jika ada kesempatan, saya akan masukkan kesemua sekali, tu pun akan ambil masa, maklumlah guna ipad saja, bukan nya lappy atau desktop, ada desktop pun tapi rosak. Tak macam wordpress, ada apps nya yang tersendiri jadi senang nak update pantas, bukan macam blog , puas saya nak cari apps nya untuk di download tapi tak jumpa langsung dalam App store. Atau saya yang tak pandai cari mungkin tak pastilah. Sambil-sambil taip blog, sambil tu juga minum susu segelas dan makan puding roti bakar. Puding sangat sedap bila dimakan semasa sejuk. Nyuummmyy.
No comments:
Post a Comment