Monday 3 June 2013

Popular di Facebook Page kami...

All time favourite...
Ya itulah yang sentiasa dicari dan popular di facebook page kami, selalu sahaja customer repeat order. Antara yang selalu repeat order untuk berkali-kalinya ialah:-

1- Snow Cheese cake
1/2 kg- RM40.00
1 kg- RM70.00
Sebab cream cheese diletak penuh serta ada taburan cheddar cheese yang lazat.






















2- Kek Chocolate Moist
1/2 kg- RM35.00
1 kg- RM55.00
1 1/2 kg- RM70.00
Dengan coklat ganache yang lazat serta lemak berkrim. Gabungan antara kek coklat lembap (moist) dan coklat ganache yang di tuang serta di salut di seluruh kek seperti rasa coklat sebenar. Whole of chocolate.





















3- Mini Pavlova
8 pcs- RM35.00
Rasa macam marshmallow dengan kelazatan fresh cream serta taburan buah-buahan. Buah kadangkala ikut musim juga, maklum lah kalau di Sandakan ni jarang benar ada jual buah Strawberri dan Kiwi, jika ada musimnya barulah boleh letak atas pavlova, sebab pavlova sangat manis jadi sesuai letak buah-buah masam, tetapi jika tidak ada buah Strawberri dan buah Kiwi, kebiasaan nya kami gantikan dengan cocktail fruit dan nenas, sedap rasa masam vs manis.























Kalau nak tempah, sila klik di link ini ya.. Zara Cake House Sandakan (The Zara Shopz)

Sunday 2 June 2013

Kembali setelah berbulan menyepi...

Salam semua,
Cukup lama saya tak update blog, bukan nya apa, saya sentiasa update di Facebook page Zara Cake House (The Zara Shopz) dan jarang benar update di sini. Kesibukan semasa bulan lepas iaitu sempena Hari Ibu juga dengan minggu-minggu yang seterusnya membuatkan saya lupa nak masuk blog semula. Bila dah kurang sibuk ni, barulah saya dapat masuk blog-blog saya semula. Sebenarnya saya ada dua blog, iaitu wordpress dan blogspot ini. Wordpress saya adalah blog saya dalam bahasa Inggeris. Kebanyakan pembaca dari luar negara, jadi saya bahagikan kepada dua. Blogspot ini untuk pelanggan yang saya kasihi juga untuk semua yang sudi membaca blog kek saya yang tak seberapa ni. 
Memandangkan dah lama tak update blog, jadi banyak gambar-gambar jualan kek saya yang tak sempat masuk kat blog ni. Insyallah jika ada kesempatan, saya akan masukkan kesemua sekali, tu pun akan ambil masa, maklumlah guna ipad saja, bukan nya lappy atau desktop, ada desktop pun tapi rosak. Tak macam wordpress, ada apps nya yang tersendiri jadi senang nak update pantas, bukan macam blog , puas saya nak cari apps nya untuk di download tapi tak jumpa langsung dalam App store. Atau saya yang tak pandai cari mungkin tak pastilah. Sambil-sambil taip blog, sambil tu juga minum susu segelas dan makan puding roti bakar. Puding sangat sedap bila dimakan semasa sejuk. Nyuummmyy.