Wednesday 25 March 2015

Resepi Kek Snow Cheese Zara

Salam semua,
Sebenarnya entri ni lama sudah kami nak publish, tapi kekangan masa menyebabkan kami jarang update blog. Insyallah, resepi yang tersedia ni, jika di ikuti dengan betul, kek akan menjadi. Ada masa boleh belajar dan buat sendiri, namun jika tiada masa, sibuk bekerja atau penat/letih yalah kan mana tahu penat masak lagi, sediakan makanan lauk pauk untuk tetamu semasa majlis lagi, jadi boleh lah tempah dengan kami ya. Whatsapp ke 012-8440271. Kami area Sandakan, Sabah. 

Resepi Snow Cheese Cake (sangat sedap) 
1 cawan tepung hongkong (boleh dibeli dikedai yang menjual bahan biskut/kek) 
1/2 cawan tepung jagung 
3/4 cawan gula kastor 
1 sudu teh baking powder 
2 sudu besar ovalette 
6 biji telur (dari 6 biji telur tadi, 2 biji dibuang putihnya) 
1/4 cawan air dari peti sejuk  
1/3 cawan mentega (dicairkan) 

Cara: 
1. Satukan semua bahan (kecuali mentega cair) dan dipukul dengan kelajuan sederhana hingga  gebu dan putih anggaran 5 - 7 minit.  
2.  Masukkan mentega cair dan dipukul lagi anggaran 3 - 5 minit. 
3. Alaskan loyang dengan kertas minyak. Tuangkan adunan tadi.  
4. Panaskan ketuhar terlebih dulu. Bakar  pada suhu 150'C selama 50 minit. 
5. Sejukkan kek. 

Bahan Cream: 250g Cream Cheese (saya gunakan jenama Tatura) 1 cawan susu pekat manis. Satukan bahan krim di atas dan dipukul dengan kelajuan sederhana hingga pekat dan kental. 

Bahan Hiasan: 1 buku (250g) cheddar cheese diparut halus. 

Cara penyediaan: 1. Sejukkan kek terlebih dahulu selepas dibakar, potong kek menjadi dua lapisan. 
2. Sapukan cream cheese diatas lapisan pertama.   
3. Lapiskan dengan bahagian kek yang lagi satu , sapukan baki cream cheese melitupi keseluruhan kek. 
4. Parutkan cheddar cheese dan tabur sepenuhnya pada kek. 
5. Sejukkan dalam peti ais selama 1 - 2 jam sebelum dipotong. Sangat sedap dan mudah membuatnya. Selamat mencuba. 

Bagi anda yang ingin mempelajari lebih mendalam lagi seperti kek Marble Cheese, Kek Cheese Momento atau kek Cheese Meleleh dalam kontena, boleh lah klik disini ya>> Tips & Panduan Membuat Kek Cheese Kesukaan Ramai .