Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts

Tuesday, 20 August 2013

Salam Raya 2013..

Tersentuh melihat video ini, klik disini untuk melihat: Without saying a word this PETRONAS Merdeka video has just proven that all Malaysians are essentially the same inside.
Pertama di Malaysia. Jom tengok disini: MPV Hybrid pertama dan satu-satunya di Malaysia. Dah tengok?

Salam sejahtera,
Wah lama saya tidak update blog. Maklumlah seminggu sebelum raya, saya sudah sibuk dengan tempahan raya. Biskut-biskut perlu di packing, tempahan kek perlu di siapkan. Snow Cheese cake boleh la dikatakan best seller kek untuk raya 2013 tahun ini sebab kebanyakan pelanggan saya menempah Snow Cheese cake dan selebihnya Horlicks Cheese cake. Mujurlah semua pelanggan yang dikasihi telah mengambil tempahan mereka dirumah.

Bila sudah menjelang raya, raya pertama pula sibuk dengan rumah terbuka secara kecil-kecilan dirumah suami saya di Taman Mawar. Kemudian pada petangnya pula saya beraya di rumah-rumah keluarga sebelah suami di sekitar Kg. Karamunting.

Selepas beraya, saya bergegas lagi pulang ke rumah ibubapa saya di Taman Grandview kerana nak buat kek untuk dihidang pada tetamu. Kata rakan bakeri saya dalam online, Puan Shida, masa raya ni lah kita nak bagi rasa dan promosi kek kita pada tetamu yang datang bertandang ke rumah. Alhamdulillah mereka bagi feedback yang baik. Ada yang ingin menempah pada bulan seterusnya, ada pula yang minta laman sesawang Facebook page saya iaitu Zara Cake House Sandakan (The Zara Shopz) .

Pada malam raya kedua pula, saya bergegas kembali ke Taman Mawar sebab esoknya iaitu raya ketiga ialah rumah terbuka dirumah suami. Sebenarnya rumah terbuka kami ialah dua kali. Raya pertama untuk keluarga sahaja, raya ketiga untuk keluarga yang tak sempat datang raya pertama dan juga kawan-kawan suami saya serta kawan ipar saya. Saya mahu juga mengundang pelanggan-pelanggan tetap saya, tapi keadaan tak mengizinkan. Sangat sibuk dengan persiapan raya, kek dan anak perempuan saya yang berusia setahun 4 bulan.

Apapun, selamat hari raya aidilfitri. Masih belum terlambat untuk saya ucapkan, kan kita masih dalam bulan Syawal juga. :-) Maaf segala salah silap saya sepanjang anda berurusan dengan saya, manalah tahu ada yang mesej di Facebook page saya tapi saya tak balas. Ada pula yang saya tolak tempahan nya. Maklumlah saya tak berani ambil tempahan sekitar raya pertama hingga raya ketiga sebab masa itu lah saya sibuk yang amat sangat. Maaf banyak-banyak ya.

Ok bagi yang berminat nak belajar buat kek coklat tapi tak ada masa nak ikut kursus, boleh klik disini  Belajar Buat Kek Coklat .
Ingin belajar buat biskut penyet iaitu seperti biskut ala Famous Amos, ada beberapa jenis biskut yang boleh anda pelajari disini Resepi Biskut Famous Amos & Ketahui Rahsia Perniagaannya .
Nak belajar buat coklat handmade yang sedap dan cantik, untuk dijadikan hadiah pada orang tersayang atau untuk hantaran pertunangan mahupun perkahwinan, pelajarilah cara buat coklat handmade atau dalam bahasa Melayu, coklat buatan tangan disini Rahsia Coklat Buatan Tangan .

Thursday, 25 July 2013

::PROMOSI RAMADHAN 2013:: SNOW CHEESE CAKE & HORLICKS CHEESE CAKE

Salam, 
Pada bulan Ramadhan 2013 ini, kami ada promosi Snow Cheese cake & Horlicks Cheese cake. Untuk 1kg berharga RM55.00 sahaja. Harga sebenar ialah RM70.00. Snow Cheese cake & Horlicks Cheese cake kami adalah best seller kek yang sentiasa diminati ramai, ianya penuh dengan krim keju lazat dan taburan cheddar cheese yang enak. Promosi ini sah dalam bulan Ramadhan ini sahaja. Bagi yang ingin menempah untuk dijadikan juadah raya, boleh ambil pada malam takbir nanti. Kami tidak dapat menghantar tempahan Snow Cheese cake & Horlicks Cheese cake kepada anda atas sebab-sebab tertentu. Anda harus datang ambil sendiri kerumah kami. Jika berminat nak tempah, pm kami awal ya. 

Sebab jika sudah full order, kami tidak akan menerima tempahan lagi. Promosi ini adalah untuk kawasan Sandakan sahaja. Jangan lupa jadi follower kami di blog ini ya. Jika beli kek selepas raya nanti, follower akan dapat *diskaun pada setiap kek yang dibeli. Diskaun akan diumumkan kemudian. Tunggu update dari kami nanti ya. 
Boleh tinggalkan komen dibawah atau pm kami di facebook page kami disini.. The Zara Shopz
*diskaun hanya sah untuk kek 1kg dan keatas sahaja. 


Lepas baca, jangan lupa klik disini untuk tawaran promosi lain.. Buka Puasa with KFC for free!!


Sunday, 21 July 2013

Resepi Biskut Famous Amos & Ketahui Rahsia Perniagaan nya..

Salam dan hai semua,
*(untuk melihat resepi lain lagi, sila klik disini.. Ketahui Rahsia Perniagaan Biskut Famous Amos )
Saya nak berikan salah satu resepi rahsia biskut ala Famous Amos. Harap anda semua suka. Resepi ini di emel oleh seorang teman saya yang juga peniaga biskut. Kami bersama sememangnya menyukai biskut Famous Amos ini. Jadi bagi anda diluar sana yang meminati biskut Famous Amos sekarang ianya bukan rahsia lagi. 
Saya kongsikan bersama anda salah satu daripada pelbagai jenis biskut-biskut enak ala Famous Amos. Saya juga minta halalkan kepada empunya resepi nya ya untuk diletak pada blog saya ini. Nak lihat pelbagai lagi resepi biskut ala Famous Amos yang enak dan lazat boleh lah klik di link ini ya.. Ketahui Rahsia Perniagaan Biskut Famous Amos .

Resepi Biskut Famous Amos.



Bahan-bahan: 

1 cawan butter
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung jagung
1 s/k soda bicarbonat
1 cawan gula halus
1 cawan gula perang
2 1/2 cawan oat yg dimesin halus (sukat oat dan kemudian dimesin hingga halus)
12 oz. chocolate chips (eryne gune brand Hershey)
1/2 s/k garam
9 oz. chocolate Cadbury (parut)
2 biji telur
1 s/k baking powder
1 1/2 cawan chopped nuts (eryne gune walnut, almond & hazel)
1 s/k vanilla

Cara: 

1. Pukul butter dan gula hingga gebu.
2. Masukkan telur dan vanilla, campurkan tepung, oat, garam, baking powder dan soda bikarbonat.
3. Masukkan chocolate chips Hershey, Cadbury bar (yg dah di parut) dan kekacang, sebatikan semua bahan dan gaul rata.
4. Kemudian sudukan ke dalam loyang dlm jarak 2 inci.
5. Bakar dalam 15min pd suhu 170 degree celcius.


Untuk info lanjut, sila klik disini.. Ketahui Rahsia Perniagaan Biskut Famous Amos .


Friday, 19 July 2013

Jom Belajar Buat Biskut Ala Famous Amos.

Salam ramadhan semua,
Kali ni saya nak cerita tentang biskut lagi. Ini bukan nya seperti biskut raya yang lain yang kebiasaan nya anda dengar seperti biskut Tat Gulung, biskut Almond London, biskut Cerelec dan sebagainya tetapi ianya biskut drop atau biskut penyet. Tahu tak apa itu biskut drop/biskut penyet? Biskut Penyet atau Biskut Drop merupakan biskut yang dihasilkan tanpa mengunakan acuan. Ia tidak berbentuk tetap. Ia juga mudah dibuat. Dan yang paling penting, ia sedap dan menyelerakan. Biskut ini juga mempunyai permintaan sepanjang masa. Tidak semestinya untuk hari raya saja.

Pernah dengar tak Famous Amos? Yang menjual biskut yang lazat dan rangup tu. Saya pun pernah membeli biskut Famous Amos ini setiap kali menjejakkan kaki ke Kota Kinabalu (KK), (kedai Famous Amos tidak ada di Sandakan, Sabah lagi). Rasanya yang enak dan crunchy sampai saya tak sedar ianya habis dimakan semasa menonton tv. 






Bayangkan anda makan satu beg plastik besar biskut Famous Amos jenis coklat cip. Rasa mentega dan cip coklat tu terlalu lazat sampai kita terfikir nak buat biskut yang serupa bukan saja dari segi rasa malahan rupa bentuk nya juga seperti Famous Amos. Nak buat tapi tak tahu resepi. Paling senang lagi tak perlu ikut kursus membuat biskut drop/biskut penyet ini diluar. Hanya menonton CD dan belajar dirumah saja. Menarik bukan?

Dapatkan CD panduan membuat biskut penyet ala Famous Amos disini Ketahui Rahsia Perniagaan Biskut Famous Amos. Jika anda ingin kelainan pada hari raya tahun ini. Apa kata anda buat biskut penyet/biskut drop ini pula. Ringkas dan lazat, tetamu yang bertandang kerumah anda pun mesti kata "Eh, macam biskut Famous Amos la". Masih ada masa untuk anda mempelajarinya. Kita masih ada 2 minggu lebih lagi hari berpuasa di bulan ramadhan ini. Boleh juga beli CD panduan ini untuk anak anda. Kanak-kanak pasti suka menyertai anda didapur sambil membuat biskut penyet/biskut drop ini tanpa rasa susah menggunakan acuan lagi. Pasti mereka juga teruja menunggu biskut siap dimasak. 

Bagi yang ingin menambah sumber pendapatan, dan ingin berniaga dalam bidang makanan. Apa kata anda mulakan perniagaan anda dengan menjual biskut ala Famous Amos. Di Sandakan pun tak ada lagi jualan biskut macam ni. Manalah tahu anda orang pertama yang memulakan nya. Manalah tahu juga, disitulah punca rezeki anda. Tak rugi duit, masa dan tenaga. Kerana bukan saja boleh dijual sebagai biskut raya malahan permintaan nya sepanjang masa. Kemahiran yang anda miliki hasil pembelajaran daripada CD panduan tersebut dapat anda manfaatkan dalam perniagaan anda kelak. Insyallah.

Untuk info lanjut mengenai panduan membuat biskut ala Famous Amos yang lazat dan rangup sila klik sini.. Ketahui Rahsia Perniagaan Biskut Famous Amos .

p/s: selamat berpuasa dan selamat mempelajari panduan ya :-) Jangan lupa klik LIKE fanpage online bakeri kami di The Zara Shopz .

Wednesday, 17 July 2013

Masa bersama Biskut Raya!!

Salam,
Dalam bulan puasa ni, tempahan biskut semakin banyak, alhamdulillah. Kami sudah bertahun-tahun lamanya menjual biskut raya secara offline bermula pada tahun 1993 lagi kepada ahli keluarga & rakan-rakan. Kemudian baru diperkenalkan kepada orang ramai. Itupun tidak semua yang tahu, sehinggalah ianya dipasarkan secara online.
Jualan online biskut raya pula baru dilancarkan pada tahun yang lalu. Hari ni buat biskut Tat Gulung, yang merupakan best seller dalam pasaran offline mahupun pasaran online kami. Rasanya yang sedap menggunakan Buttercup, lembut dan wangi bila dibakar. Berikut adalah gambar dibawah iaitu pembuatan biskut Tat Gulung dari kami. Buat dirumah, buatan muslim, bersih, suci dan halal.  Untuk tempahan, boleh klik disini ya.. The Zara Shopz . Tempah awal ya sebab 3-4 hari sebelum hari raya, kami terpaksa tutup tempahan kerana memberi laluan untuk tempahan kek pula. :-)

Adunan yang banyak didalam bekas yang besar..



Biskut-biskut mentah, sedia untuk dimasak..



Pembakaran biskut di oven Singer..


The Zara Shopz atau add kami di personal Facebook: Zara Cake House Sandakan :-)




















Saturday, 18 August 2012

Raya 2012..

We wish a Selamat Hari Raya Aidilfitri to our beloved followers, customers on our Facebook and also the people out there too. We hope that you all enjoy this raya with a family and a loved ones. For those who have purchased our pre loved items, thank you so much. It is so nice to dealing with you. We were closed our blogshop for Hari Raya break (first and 2nd raya) and come back in this 3rd raya. So stay tuned with us because after raya, we will added more new items for you all. Thank you again and of course, we will not forget, Maaf Zahir & Batin.


From, 
The Zara Shopz team.