Friday 19 July 2013

Jom Belajar Buat Biskut Ala Famous Amos.

Salam ramadhan semua,
Kali ni saya nak cerita tentang biskut lagi. Ini bukan nya seperti biskut raya yang lain yang kebiasaan nya anda dengar seperti biskut Tat Gulung, biskut Almond London, biskut Cerelec dan sebagainya tetapi ianya biskut drop atau biskut penyet. Tahu tak apa itu biskut drop/biskut penyet? Biskut Penyet atau Biskut Drop merupakan biskut yang dihasilkan tanpa mengunakan acuan. Ia tidak berbentuk tetap. Ia juga mudah dibuat. Dan yang paling penting, ia sedap dan menyelerakan. Biskut ini juga mempunyai permintaan sepanjang masa. Tidak semestinya untuk hari raya saja.

Pernah dengar tak Famous Amos? Yang menjual biskut yang lazat dan rangup tu. Saya pun pernah membeli biskut Famous Amos ini setiap kali menjejakkan kaki ke Kota Kinabalu (KK), (kedai Famous Amos tidak ada di Sandakan, Sabah lagi). Rasanya yang enak dan crunchy sampai saya tak sedar ianya habis dimakan semasa menonton tv. 






Bayangkan anda makan satu beg plastik besar biskut Famous Amos jenis coklat cip. Rasa mentega dan cip coklat tu terlalu lazat sampai kita terfikir nak buat biskut yang serupa bukan saja dari segi rasa malahan rupa bentuk nya juga seperti Famous Amos. Nak buat tapi tak tahu resepi. Paling senang lagi tak perlu ikut kursus membuat biskut drop/biskut penyet ini diluar. Hanya menonton CD dan belajar dirumah saja. Menarik bukan?

Dapatkan CD panduan membuat biskut penyet ala Famous Amos disini Ketahui Rahsia Perniagaan Biskut Famous Amos. Jika anda ingin kelainan pada hari raya tahun ini. Apa kata anda buat biskut penyet/biskut drop ini pula. Ringkas dan lazat, tetamu yang bertandang kerumah anda pun mesti kata "Eh, macam biskut Famous Amos la". Masih ada masa untuk anda mempelajarinya. Kita masih ada 2 minggu lebih lagi hari berpuasa di bulan ramadhan ini. Boleh juga beli CD panduan ini untuk anak anda. Kanak-kanak pasti suka menyertai anda didapur sambil membuat biskut penyet/biskut drop ini tanpa rasa susah menggunakan acuan lagi. Pasti mereka juga teruja menunggu biskut siap dimasak. 

Bagi yang ingin menambah sumber pendapatan, dan ingin berniaga dalam bidang makanan. Apa kata anda mulakan perniagaan anda dengan menjual biskut ala Famous Amos. Di Sandakan pun tak ada lagi jualan biskut macam ni. Manalah tahu anda orang pertama yang memulakan nya. Manalah tahu juga, disitulah punca rezeki anda. Tak rugi duit, masa dan tenaga. Kerana bukan saja boleh dijual sebagai biskut raya malahan permintaan nya sepanjang masa. Kemahiran yang anda miliki hasil pembelajaran daripada CD panduan tersebut dapat anda manfaatkan dalam perniagaan anda kelak. Insyallah.

Untuk info lanjut mengenai panduan membuat biskut ala Famous Amos yang lazat dan rangup sila klik sini.. Ketahui Rahsia Perniagaan Biskut Famous Amos .

p/s: selamat berpuasa dan selamat mempelajari panduan ya :-) Jangan lupa klik LIKE fanpage online bakeri kami di The Zara Shopz .

No comments:

Post a Comment