Sandakan Ufo Tat ini berasaskan daripada kek yang lembut dan berperisa vanila didahului dengan kastard yang berkrim manis. Anda boleh merasakan nya dengan satu kudapan, sangat lazat berkrim. Bagi saya, rasanya seperti mentega yang lazat umpama biskut mentega dengan aroma yang kaya dengan telur dan vanila. Sandakan Ufo Tat amat sesuai dimakan bersama secawan kopi atau teh panas. Kos kuih Tat UFO kira-kira RM1.50 setiap satu (harga adalah berbeza-beza bagi setiap kedai kopi Cina). Itu adalah harga dulu. Sekarang harganya kini mencecah antara Rm1.70 ke Rm1.80 untuk sebiji pada tahun 2016 ini berikutan dengan kenaikan harga barang/bahan bakeri. Lagipun ia tidak murah kerana ia mengambil banyak langkah-langkah tertib untuk membuat makanan istimewa ini. Ramai kata kuih ni sedap tapi sangat cerewet untuk disediakan.
Anda boleh mencari kuih Tat UFO ini dengan mudahnya di Sandakan. Banyak kedai-kedai kopi, terutamanya kedai kopi Cina yang menjual kuih ini. Bagi yang ingin mencuba yang halal & homemade dari rumah, bolehlah menempah dengan kami melalui facebook page atau whatsapp: 0128440271 Marina ya😊
Gambar ialah Kuih Ufo tempahan pelanggan kami. |
Sejarah asal kuih Tat UFO ini ialah apabila berlaku kesilapan lebih 50 tahun yang lalu. Pada tahun 1955, seorang tukang roti & kek berbangsa Cina Hainan yang dinamakan Fu Ah On (符 和 安) yang pada satu harinya dia telah membuat tat seperti biasa. Semasa beliau sibuk melayan pelanggan, kuih tat beliau telah terlebih bakar atau overbaked. Yang menghairankan nya, tat yang terbakar elok rasa nya. Kemudian dia memperkenalkan tat baru ini dan orang ramai menyukainya oleh itu ia menjadi kek tradisional yang unik di Sandakan sehingga ke hari ini. Ingin mencari yang halal & homemade serta buatan Muslim, tempah lah dengan kami, insyallah sedap & menyelerakan. 😊
No comments:
Post a Comment