Wednesday 26 March 2014

::Kek Black Forest::



Isi dalam kek ada ceri hitam yang lazat :-)


Siapa suka kek Black Forest? Angkat tangan anda hehe.. 

Secara asasnya Black Forest adalah beberapa lapisan kek sponge coklat dengan ceri hitam dan krim putar (fresh cream). Kek ini di fros dengan krim putar serta dihias dengan ceri merah serta parutan coklat.
Asal usul kek ini datang dari satu kawasan bernama Black Forest atau dalam bahasa German, Schwarzwald pada tahun 1915. Kawasan Black Forest merupakan tempat pengeluaran arak berasaskan ceri. Versi asal kek ini adalah kombinasi ceri yang dimasak, kek coklat, krim dan arak ceri.
Nama lain bagi kek Black Forest : Black Forest gâteau : Schwarzwälder Kirschtorte : Black Forest cherry torte.

Rasa, Gabungan rasa coklat yang lemak berkrim bersama masam-masam manis buah ceri. Sedaaap!

Siapa mahu kek Black Forest boleh tempah dengan kami. Boleh Whatsapp/SMS ke 012-8440271 nama Puan Marina. Atau lawati facebook page kami, klik disini: 
Untuk pertanyaan atau tempahan melalui inbox/pm/mesej. Tempahan haruslah 1 minggu sebelum tarikh dikehendaki ya. Jika yang last minit order, sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh anda kehendaki. Self pickup buat masa ini. Untuk penghantaran, harus menempah awal supaya kami boleh  urus kereta maklum lah kereta kami digunakan untuk restoran yang sentiasa sibuk setiap hari. Tapi kalau datang ambil sendiri lagi baik :-)

Harga:
Kek Black Forest
1/2kg: RM60.00
1kg: RM85.00


Saturday 15 March 2014

::EJEN KEK KONTENA DIPERLUKAN::

Salam semua, lama kami tidak update blog kami. Semoga anda semua sihat walafiat hendaknya. Dalam beberapa minggu ini, kami agak sibuk sikit dengan tempahan kek kontena yang bertubi-tubi dari ejen. Harga kek kontena kami amatlah murah berbanding harga kek kontena lain di pasaran. Sama ada untuk makan sendiri, jamuan, majlis, hadiah atau untuk dijual. Kami tetap menjual nya murah menggunakan harga ejen juga :-)
Kami memerlukan beberapa ejen lagi untuk beberapa tempat. Jika anda bekerja di pejabat, hospital, atau anda memiliki restoran, kedai fotostat, kedai runcit atau apa sahaja. Anda boleh menjualnya ditempat kerja anda atau di restoran/kedai milik anda. Anda boleh markup harga mengikut dari harga anda sendiri. Kek kontena kami ialah yang besaiz besar berharga RM10.00 sahaja. Manakala yang bersaiz kecil berbentuk bulat ialah RM5.00. Isi kek adalah penuh dan cheese pun banyak.
Pada minggu ini sahaja, kek kontena kami habis dijual sebanyak 50 kontena minggu ini, lepas tu ejen tempah lagi 70 kontena untuk dijual di pasar tamu & di kampung. Sesiapa nak jadi ejen & sila hubungi Puan Marina di 012-8440271 (nombor ini boleh terima Whatsapp juga). Atau inbox kami di facebook ya :-)
Ejen kami di Beluran pun jual RM18.00, habis dijual dan repeat order setiap minggu. Pendapatan nya lebih RM800.00 seminggu. Anda bila lagi? JOM BERSAMA MENJANA PENDAPATAN SAMPAI RM2k-RM3k SEMINGGU KALAU RAJIN USAHA, INSYALLAH. 


Kek dalam kontena adalah penuh dan cheese pekat yang banyak :-) tak rugi borong dengan kami.