Showing posts with label katering. Show all posts
Showing posts with label katering. Show all posts

Sunday, 27 April 2014

Resepi Ikan Kerapu Masak 3 Rasa.

Koleksi Resepi Lazat Di Sini
Salam readers dan rakan-rakan fb Zara,
Maaf lewat sikit kak pos resepi yang diminta. Maklum lah kak sibuk dengan tempahan. Pada adik Zara Lela & Nurfatihah. Boleh lah cuba resepi kak ni ya. Boleh juga anda share kan entri kak ni di fb kalian & kalau anda jadi follower di blog kak lagi memudahkan, boleh dapat update yang cepat tentang tips-tips atau resepi. Untuk yang ingin menyertai Bengkel Masakan bersama juara masterchef Musim Pertama, Dato Fazlee Yakob, klik disini ya>> Bengkel Masakan Bersama Dato' Fazlee Yakob di Sabah

Resepi Ikan Kerapu Masak 3 Rasa. 
BAHAN IKAN

1)Seekor ikan Kerapu (sebenarnya ikan lain pun boleh seperti ikan putih, ikan siakap, ikan merah gitu)
2)minyak masak (untuk goreng ikan)
3)sedikit tepung jagung (lumur pada ikan sebelum di goreng)
4)Garam (agak-agak dari anda sendiri)


BAHAN SOS

1) 1 tin kiub nenas (kalau buah nenas, bagus lagi, sedap rasanya, tapi kalau nak memudahkan & cepat, boleh guna kiub nenas dalam tin)
2) 6 biji bawang merah - dipotong dadu
3) 2 biji bawang putih - dicincang halus
4) 8biji cili padi - dipotong kecil
5) 1 inci halia - dihiris halus
6) 1 biji tomato - dipotong dadu
7) 5 sudu besar sos cili
8) 5 sudu besar sos ikan
9) Garam secukup rasa
10) Ajinomoto secukup rasa
11) Gula secukup rasa
12) Minyak masak


BAHAN HIASAN
-Beberapa helai daun limau purut
-Daun sup/daun bawang untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA 
A) kita bermula dengan BAHAN IKAN 1.  Ikan dibersihkan 
2.  Lumurkan ikan dengan garam, kemudian tepung jagung luar dan dalam.
3.  Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan ikan.

Bila siap bahan ikan. Toskan ikan dan ketepikan ya.


BAHAN SOS
B) Senang saja, asalkan ikut langkah-langkah yang betul.
1)Tuangkan sedikit minyak dalam kuali, Tumiskan cili padi, halia, serai & bawang putih.
2) Bila sudah naik bau mengharum, masukkan sos cili, dan sos ikan
3) Kemudian masukkan nenas dan tomato
4) Masukkan air sedikit. Tambahkan garam, gula dan ajinomoto dan cukup rasa.
5) Siap dan boleh tuang pada ikan tadi.


BAHAN HIASAN
C) bahan C ni terpulang pada kreativiti kalian ya. 
1) Taburkan daun sup/daun bawang. 




Untuk tempahan kek kontena, kek hari lahir, tunang/hantaran/perkahwinan, katering, roti jala, cupcake, creampuff atau ingin menjadi ejen kek kontena, boleh lah hubungi kak di Whatsapp/sms: 012-8440271. Atau inbox/pm di fb page: 
WeChat ID: zaracakedankatering
Twitter: @thezarashopz
Instagram ID: zaracakekatering





Monday, 3 February 2014

Tempahan Sekitar Pertengahan & Hujung Bulan Januari 2014.

Assalam, gambar-gambar dibawah ialah tempahan dari pelanggan-pelanggan best kami. Terima kasih ya semua. Semoga rezeki kalian semua sentiasa berlimpahan, amin-amin. Kerana masa yang terhad, kami gabungkan satu persatu dibawah satu entri ya ;-)


Tempahan 3 biji kek (1kg setiap satu) dari Cik Mardayani Tmn Merpati, Batu 7. Self pickup by her. Terima kasih sis. Mudahan murah rezeki kamu sekeluarga.

Snow Cheese cake
Tempahan Cik Mardayanie dari Tmn Merpati, Batu 7, Sandakan.

Red Velvet dengan cream cheese.
1kg 
Tempahan Cik Mardayani dari Tmn Merpati. Terima kasih 

Roti Jala
Tempahan Ms. Fauzianah, terima kasih sis 

Creampuff Inti Kastad
90 biji
Tempahan Cik Hazreen dari Tmn Pertama, Batu 6. Terima kasih 


Katering Pakej Nasi Minyak (2 lauk- ayam masak merah & daging dendeng, 1 sayur - acar timun) 
Tempahan Puan Ainun dari Tmn Merpati, Batu 7. Terima kasih.
Pavlova Buah
Tempahan Puan Nurul dari Segaliud  terima kasih.



Friday, 27 December 2013

Tempahan Katering Untuk Majlis Hari Lahir di Karamunting.

Salam, kali ni barulah dapat masukkan gambar ini. Katering Nasi Minyak kami dengan tambahan Mee Goreng Mamak. Boleh rujuk sini untuk tempahan>>Katering Esklusif & Katering Bajet. .
Terima kasih pada Puan Norhaini atas tempahan makanan dan kek Red velvet untuk majlis hari lahir anak perempuan nya yang ke- 7 tahun. :-)

Red Velvet
-Fresh Cream dengan fondant Hello Kitty
Sila tinggalkan komen di cbox untuk pertanyaan atau tempahan

::Katering Bajet::
Nasi Minyak dengan 2 lauk 1 sayur
+
Mee Goreng Mamak

Jom tempah Soto Banjar dengan kami..

Salam, apa khabar semua?
Kali ni saya sediakan Soto Banjar dan buat sambal nya sekali. Masa raya tahun lepas (2012) & raya tahun ini (2013) kami ada buat Soto Banjar sebagai hidangan untuk para tetamu. Kami ada juga katering Soto Banjar jika anda mahu tempah. Rasa nya sedap dan lazat disertakan dengan sambal sekali.
Sudah ramai customer kami yang tempah coto dari kami. Soto Banjar berbeza dengan coto biasa. Kuah Soto Banjar ini tiada kacang ya seperti kuah coto dan soto ini ada suhun dalam resepinya. Anda boleh juga tempah Coto daging atau Coto ayam dengan kami. Kuah coto pula memang berkacang. Coto seperti yang biasa anda jumap di bandar itu.
Untuk tempahan, anda boleh hubungi kami melalui nombor yang tertera diatas atau melalui facebook page kami: Zara Cake & Katering Sandakan (The Zara Shopz) .
Jom lihat gambar-gambar dibawah, kalau berminat, contact saja ya. Simbut sala kata orang Sungai :-)



Soto Banjar



Sedap kena dengan sambalnya.. sangat lazat



Sambal

Jom jadi followers kami, jangan lupa tinggalkan jejak anda di kotak biru cbox sebelah kanan ya.