Tuesday 19 December 2017

Mengapa Kak Zara lama menyepi??

Assalamualaikum semua, moga sihat selalu, alhamdulillah masih diberi kesempatan bernafas dibumi Allah swt. Lama kan kami tidak bersiaran disini. Memang terlalu lama. Sebab asyik update di facebook page saja. Bukan nya lupa nak update disini tapi kebetulan desktop pun ada masalah. Bila check, alahai, cpu pula ada masalah. Macam motherboard saja masalah, nah kalau itu lah, tidak perlu lah di repair kan. Di repair pun di kedai sama juga harga macam harga beli baru juga tu. Hihi, jadi kami selama ni guna telefon saja .

Ni pun tengah update blog guna laptop office suami. Minta suami pinjam 1 malam saja, esok nya nak kembalikan ke office nya sudah. Ni gara-gara merindui nak update blog lah ni. Jadi sesiapa yang ada laptop, desktop ataupun netbook biar kecil sekalipun tu netbook, jangan lah sia-sia kan nya. Kerana zaman sekarang kerja semua hanya di hujung jari, betul tidak, even yang pelajar sekolah pun nak cari bahan di internet guna laptop/desktop juga kan.

Kalau guna telefon, sangat mudah nak update facebook page namun tidak mudah kalau buka dan update blogspot. Pernah cuba namun rumit sangat nak menaip tu ok lagi tapi nak upload gambar pun susah. At least ada lah bah gambar kan tersedia untuk pelanggan-pelanggan nak melihat nya.

Boleh saja ya rujuk di facebook page kami, disana sentiasa up to date  setiap hari. Jangan risau lah. 

Disana ada terus number whatsapp kami. Kami pun online setiap hari. Cuma tidak lah 24 jam online pula hihi. Biasa nya kami online whatsapp dan facebook page dari pagi sampai jam 9 malam saja. Kalau ada yang pm di fb atau mesej  whatsapp, kami tengok saja tapi keesokan nya baru reply. Ok asyik celoteh dari tadi ni hehe. Selamat beristirehat semua dan selamat malam. Jumpa lagi entri seterusnya.  Jumpa kita di fb page ya.

No comments:

Post a Comment