Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Wednesday, 25 March 2015

Resepi Kek Snow Cheese Zara

Salam semua,
Sebenarnya entri ni lama sudah kami nak publish, tapi kekangan masa menyebabkan kami jarang update blog. Insyallah, resepi yang tersedia ni, jika di ikuti dengan betul, kek akan menjadi. Ada masa boleh belajar dan buat sendiri, namun jika tiada masa, sibuk bekerja atau penat/letih yalah kan mana tahu penat masak lagi, sediakan makanan lauk pauk untuk tetamu semasa majlis lagi, jadi boleh lah tempah dengan kami ya. Whatsapp ke 012-8440271. Kami area Sandakan, Sabah. 

Resepi Snow Cheese Cake (sangat sedap) 
1 cawan tepung hongkong (boleh dibeli dikedai yang menjual bahan biskut/kek) 
1/2 cawan tepung jagung 
3/4 cawan gula kastor 
1 sudu teh baking powder 
2 sudu besar ovalette 
6 biji telur (dari 6 biji telur tadi, 2 biji dibuang putihnya) 
1/4 cawan air dari peti sejuk  
1/3 cawan mentega (dicairkan) 

Cara: 
1. Satukan semua bahan (kecuali mentega cair) dan dipukul dengan kelajuan sederhana hingga  gebu dan putih anggaran 5 - 7 minit.  
2.  Masukkan mentega cair dan dipukul lagi anggaran 3 - 5 minit. 
3. Alaskan loyang dengan kertas minyak. Tuangkan adunan tadi.  
4. Panaskan ketuhar terlebih dulu. Bakar  pada suhu 150'C selama 50 minit. 
5. Sejukkan kek. 

Bahan Cream: 250g Cream Cheese (saya gunakan jenama Tatura) 1 cawan susu pekat manis. Satukan bahan krim di atas dan dipukul dengan kelajuan sederhana hingga pekat dan kental. 

Bahan Hiasan: 1 buku (250g) cheddar cheese diparut halus. 

Cara penyediaan: 1. Sejukkan kek terlebih dahulu selepas dibakar, potong kek menjadi dua lapisan. 
2. Sapukan cream cheese diatas lapisan pertama.   
3. Lapiskan dengan bahagian kek yang lagi satu , sapukan baki cream cheese melitupi keseluruhan kek. 
4. Parutkan cheddar cheese dan tabur sepenuhnya pada kek. 
5. Sejukkan dalam peti ais selama 1 - 2 jam sebelum dipotong. Sangat sedap dan mudah membuatnya. Selamat mencuba. 

Bagi anda yang ingin mempelajari lebih mendalam lagi seperti kek Marble Cheese, Kek Cheese Momento atau kek Cheese Meleleh dalam kontena, boleh lah klik disini ya>> Tips & Panduan Membuat Kek Cheese Kesukaan Ramai .

Monday, 18 August 2014

Jom Klik Si Tanda Biru..

Salam pembaca, saya ada jumpa satu website, mungkin ini di kira baru sebab mereka meminta link mereka untuk di promosikan. Website ini khas untuk wanita boleh juga pada lelaki, terdapat pelbagai tips dapur, resepi, kesihatan, gaya hidup, kecantikan & pengurusan kewangan di dalam web ini. Bagus juga ni untuk bacaan kita di masa lapang, kalau asyik buka facebook pun bosan juga kan. Bah, jom klik yang bertanda biru di bawah ini ya:
Subscriber Page

Lepas klik, jangan lupa daftar, ada dapat bonus audio bernilai RM500 tau dengan ebook-ebook percuma, confirm anda suka kan nya. Siapalah yang tidak mahu benda percuma kan :-)

Salam selamat malam, jumpa lagi di entri yang lain.

Sunday, 17 August 2014

Tips Menjaga Berat Badan Cara Percuma & Kek Yang Tidak Menggemukkan :-)

Salam,
Hari ni hari Isnin, hari mula bekerja, hehe. Tapi saya macam biasa, kerja kemas rumah, cuci baju, bagi makan baby sebab pembantu masih sakit lagi. Harap sembuhlah dia cepat, bukan orang lain juga, pembantu saya ni sepupu saya juga. Mujurlah minggu ni tidak banyak tempahan, mahu ambil banyak pun tapi keadaan kesihatan sepupu saya masih belum stabil lagi. Sabar sahaja lah, harap cepat lah dia pulih. Amin2x..

Bagus juga buat kerja-kerja rumah sendiri ni, boleh bantu turunkan berat badan ni hehe. Mahu makan ubat, baby masih susu badan. Jadi senaman & jaga pemakanan sahaja lah jawabnya, kos yang yang percuma kan. Sejak ada baby, saya jarang sudah keluar rumah, keluar pun kalau hantar tempahan kek atau beli bahan-bahan kuih. Sudah lama rasanya tidak lepak di kedai mamak pekena teh tarik. Sedapnya teh tarik apatah lagi kalau di tambah halia kan.

Salah satu cara kurus kan badan juga tu. Halia kan pembakar lemak. Cuba buat teh tarik sendiri dirumah dan letak halia, atau kalau mahu minum halia sahaja & letak 1 sudu gula (tapi pedas la lidah kan kalau guna teknik ni jadi bagus tambahkan teh bergula atau teh tarik kan). Amalkan setiap hari, di ikuti dengan pemakanan yang betul, insyallah, boleh berjaya kurang berat badan itu. Tapi jikalau tidak biasa, tidak perlu lah ambil halia, masih ada alternatif lain untuk kurus.

Gambar di ambil dari blog: http://kisahcintanasilemak.blogspot.com/

Saya pernah tanya doktor apakah cara nak sihat sambil turunkan berat badan, adakah memakan kek boleh cepat kasi naik berat badan? Atau dalam erti kata lain, cepat kasi gemuk? Sebab ada sesetengah orang berkata kek ni boleh kasi gemuk lah, banyak lemak lah (padahal ayam & daging lagi tinggi lemaknya) , takut makan krim aising tu nanti gemuk lah.

Jawapan doktor:

Sebetulnya kek tidak lah menggemuk kan, kerana ia bukan seperti makanan ruji kita iaitu nasi yang di perlu di makan setiap hari siang & malam. Pengambilan nasi yang harus di titikberatkan kerana bukan sahaja membantu menaikkan berat badan malahan boleh mengakibatkan kencing manis. Selain itu, kalau mahu masak, contohnya nak tumis sayur, gunalah minyak masak bermutu tinggi seperti minyak jagung atau minyak zaitun berbanding minyak murah tetapi diperbuat dari minyak sawit yang berlemak tinggi. Amalkan cara hidup sihat seperti bersenam. Kek bukan di makan setiap hari pun walaupun kandungan krim aising nya manis & berminyak. Betul juga, lagipun tidak pernah lagi ada dengar orang meninggal dunia akibat kemanisan kek, biasa nya mesti pasal nasi atau lauk pauk yang berminyak & berlemak hingga boleh menyebabkan kencing manis atau arteri tersumbat (kes sakit jantung).

Bila ada majlis sahaja atau nak sangat makan kek, barulah kita beli kek kan. Kalau mahu tempah kek kami pun, jangan risau, beritahu awal-awal, minta yang kurang gula atau kurang manis, boleh sahaja. Kena request awal tau: Zara Cake & Katering Sandakan . Itulah bagus nya homemade kek, boleh request kurang manis hehe pada adunan kek atau kurang manis pada krim.

Tips Untuk Yang Malas Bersenam..
Saya ni kalau bersenam, tunggu datang rajin baru lah dapat bersenam, kalau malas, saya ganti kan dengan membuat kerja-kerja di rumah seperti vakum bilik atau ruang tamu (confirm berpeluh sebab banyak guna tenaga dari lemak dalam badan), mencuci baju guna tangan (kalau ada masa terluang, kalau kejar masa, guna mesin basuh lah), mengemas dapur dan apa jua asal kan ada buat kerja & berpeluh. Kalau asyik tidur siang sahaja bila tiada tempahan, susah juga. Cukuplah tiada makan ubat atau ambil supplemen, kena lah berpantang. Ini lah dikatakan menjaga berat badan tanpa ubat, kos percuma hehe.

p/s: semua yang saya taip di atas adalah berdasarkan pengalaman saya bertanya kepada doktor & pengalaman saya menjaga berata badan dengan cara saya sendiri. Jika pembaca rasa ada yang tidak ngam atau kurang sesuai, maaf lah, mungkin ada cara terbaik lagi di luar sana dalam cara menjaga berat badan atau cara nak kurus. Maklum lah kos juga kalau beli ubat atau supllemen yang berharga ratusan ringgit ni. Muka & kulit pun mahu jaga juga. Kita perempuan ni banyak sangat nak di jaga, kecuali yang sanggup labur wang, kalau banyak duit lain lah ceritanya hehe. Tapi jikalau mahu pakai krim sapu 7 beli supplemen untuk kurus, bagus juga, lagi cepat turun berat badan. Kalau mahu cara percuma, macam yang saya taip di atas tadi. Apapun terpulang lah pada individu masing-masing. Nak baca tips lain, sila klik di sini ya: Cara Diet Yang Betul Tanpa Risiko .

sekian.. jumpa lagi di entri lain ya.

Wednesday, 22 January 2014

Belajar Buat Kek ??

Salam,
Anda ingin belajar buat kek?
Tak tahu nak berguru dengan siapa?
Pada pendapat saya jika nak belajar kita kena rujuk pada yang pakar. Carilah mereka yang benar-benar pakar dalam bidang masing-masing. Pasti banyak ilmu yang bermanfaat yang bakal anda perolehi. Kebiasannya mereka yang pakar ni lebih bijak dan cerdik kerana mereka sudah melalui pengalaman dalam bidang masing-masing bertahun lamanya. Tanyalah apa sahaja yang anda tidak tahu dan kurang pasti, pasti mereka akan mengajar dengan telus dan ikhlas.

Kemunculan kelas-kelas mengajar membuat kek sekarang ni tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Banyak sangat kelas dengan pelbagai jenis kek dan tawaran harga yang kadang kala ianya tak masuk akal. Kebanyakkan daripada mereka pergi belajar dan balik terus pula buat kelas dan mengajar. Saya ibaratkan mereka ini bagaikan mesin fotostat. Jadi apa yang anda dapat adalah bahan copy sahaja. Kelas yang macam gini saya tak berapa galakkan untuk anda pilih sebab anda tak dapat banyak ilmu, kerana mereka yang mengajar ni pun kadang kala kurang mahir. Mereka hanya sampaikan apa yang mereka belajar sahaja. Saya pernah dengar dari pelanggan saya sendiri, katanya ada juga di Sandakan ni yang buat kelas mengajar secara personal. Itu saya memang tahu, dia juga pernah ajar rakan fb saya dahulu. Bukan mau provoke tapi ada baiknya belajar dari chef yang memang betul-betul pakar dalam bidang ini. Tepuk dada tanya selera anda sendiri, saya pun tak berani nak cakap panjang lebar, nanti saya di anggap menjatuhkan bisnes orang pula.

Untuk pengetahuan, saya tidak mengajar buat kek, buat personal class pun jauh sekali. Saya bukan lah chef yang hebat. Ada perbezaan antara chef dan penjual kek. Chef ialah orang yang berpuluh tahun pengalaman & cukup ilmunya. Mereka bukan sahaja sekadar menerima tempahan kuih muih & kek, mereka juga dikenali ramai sebagai guru malahan mereka pakar dalam bidang kulinari. Jauh beza pula dengan penjual kek, membuat dan menerima tempahan kek mengikut kek yang dikehendaki pelanggan, biasanya kebanyakan bakers atau penjual kek home made ini bukan lah lulusan dari bidang kulinari. Mereka belajar juga dari kursus yang disampaikan oleh chef dan belajar dari pengalaman sendiri.

Baru-baru ini saya terlupa bagi tips tentang kek kerana terlalu sibuk dengan tempahan, layan mesej atau chat bakal pelanggan, mencari design kek yang pelanggan mahu tengok, buat promosi katering dan sebagainya. Bila tidak sibuk online,  saya sibuk pula jaga baby, menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu dirumah. Hingga hampir terlupa orang minta tips dari kita. Tidak perlu melontar ayat pedas mahu kenakan orang, apa salahnya ingatkan kita semula. Tapi kalau tidak sabar & mahu cepat dapat ilmu dan tips berguna, cari lah chef yang betul-betul pakar. Simpan wang yang secukupnya, saya pernah dengar rakan saya belajar buat bunga untuk kek pun yuran nya RM500.00, jadi bersyukurlah kita bagi tips pun tanpa bayaran walau terlambat. Bukan bayaran yang kita minta, cukuplah kebaikan yang diberi, sudah memadai. Bagi yang belajar dengan chef, tahniah, anda bijak memilih dan tahu menilai ilmu yang berharga dari chef yang unik dan tidak dimiliki oleh orang lain.


Menuntut ilmu adalah taqwa
Menyampaikan ilmu adalah ibadah
Mengulang-ngulang ilmu adalah zikir
Mencari ilmu adalah jihad
~ Al Ghazali


Saturday, 7 September 2013

Tips Jimat Minyak Kereta, Jom Baca Sini..


Salam sejahtera kepada pembaca blog The Zara Shopz. Moga semuanya sihat walafiat dan baik-baik selalu. Selain promosi jualan kami, gambar-gambar kuih muih & kek serta resepi. Di sini saya ingin kongsikan juga kepada anda semua iaitu Tips Jimat Minyak. Untuk pengetahuan, baru-baru ini kita semua dikejutkan dengan kenaikan harga minyak sebanyak RM0.20, mungkin bagi sesetengah orang, tidak lah mereka kisah sangat kerana sekadar naik RM0.20 sahaja, sehingga hal ini menjadi pertengkaran di Facebook. 

Mungkin lain orang, lain lah pendapat nya. Namun, kerajaan sudah tentukan nya, kita sebagai rakyat harus akur dengan apa yang berlaku. Semua pun akan terasa, adil la bagi kita semua. Bila minyak sudah naik harga. Lepas ni semua barang pun akan naik harga. Pasti ada yang terfikir juga untuk mencari sumber pendapatan sampingan. 

Apa kata anda cuba bisnes online? Untuk info, klik di sini>> Peluang Buat Duit Dengan Handphone.. Ianya mudah dan hanya buat di rumah. Belum cuba belum tahu. Dalam diam, saya ikuti bisnes ini. Ia membantu saya menambah pendapatan hingga ratusan ringgit. Saya pernah dengar yang orang lain sudah sampai ribuan ringgit. Mana lah tahu, anda juga seperti kami. Bila lagi nak rebut peluang kan :-) . Tips jimat minyak ini saya dapat dari emel saya yang dikirimkan oleh Encik Umar iaitu pengasas Bengkel Usahawan Super Mudah.my. Selamat membaca & moga memberi manfaat pada semua. :-)

1. Penuhkan minyak
Apabila tangki minyak penuh, ruang untuk udara menjadi kurang. Minyak meruap dengan pantas. Isi minyak dengan perlahan. Jangan tekan nozzle tu kuat sangat. Minyak yang bercampur dengan udara akan lebih cepat terbakar.

2. Kurangkan laju
Bawa dengan kelajuan yang konsisten. Kalau 70, cuba kekal 70 saja. Jangan tekan minyak selalu secara mendadak.

3. Tayar
Bila kita gunakan tayar yang saiznya lebih lebar, lebih minyak akan digunakan. Ini kerana lebih tenaga diperlukan untuk menggolek rintangan tayar yang lebar.

4. Letakkan kereta di tempat teduh
Kereta akan mudah kembali sejuk selepas kita mulakan pemanduan.

5. Angin tayar
Selalu periksa angin tayar. Kapisiti angin yang betul akan melancarkan putaran tayar dan mengurangkan penggunaan minyak.

6. Kurangkan beban
Bersihkan kereta. Apa saja barang yang tak diperlukan keluarkan daripada kereta. Tahukah Rina bebanan sebanyak 50 kg akan menggunakan 2% minyak?

7. Naik basikal
Anda akan lebih sihat dan bertenaga.

Kongsikan tips jimat minyak ini kepada keluarga dan rakan-rakan anda ya. Jangan lupa untuk menyokong blog kami ini dengan menjadi follower kami ataupun LIKE Facebook page kami dengan klik di link ini >> Zara Cake House Sandakan (The Zara Shopz) .