Wednesday 22 January 2014

Belajar Buat Kek ??

Salam,
Anda ingin belajar buat kek?
Tak tahu nak berguru dengan siapa?
Pada pendapat saya jika nak belajar kita kena rujuk pada yang pakar. Carilah mereka yang benar-benar pakar dalam bidang masing-masing. Pasti banyak ilmu yang bermanfaat yang bakal anda perolehi. Kebiasannya mereka yang pakar ni lebih bijak dan cerdik kerana mereka sudah melalui pengalaman dalam bidang masing-masing bertahun lamanya. Tanyalah apa sahaja yang anda tidak tahu dan kurang pasti, pasti mereka akan mengajar dengan telus dan ikhlas.

Kemunculan kelas-kelas mengajar membuat kek sekarang ni tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Banyak sangat kelas dengan pelbagai jenis kek dan tawaran harga yang kadang kala ianya tak masuk akal. Kebanyakkan daripada mereka pergi belajar dan balik terus pula buat kelas dan mengajar. Saya ibaratkan mereka ini bagaikan mesin fotostat. Jadi apa yang anda dapat adalah bahan copy sahaja. Kelas yang macam gini saya tak berapa galakkan untuk anda pilih sebab anda tak dapat banyak ilmu, kerana mereka yang mengajar ni pun kadang kala kurang mahir. Mereka hanya sampaikan apa yang mereka belajar sahaja. Saya pernah dengar dari pelanggan saya sendiri, katanya ada juga di Sandakan ni yang buat kelas mengajar secara personal. Itu saya memang tahu, dia juga pernah ajar rakan fb saya dahulu. Bukan mau provoke tapi ada baiknya belajar dari chef yang memang betul-betul pakar dalam bidang ini. Tepuk dada tanya selera anda sendiri, saya pun tak berani nak cakap panjang lebar, nanti saya di anggap menjatuhkan bisnes orang pula.

Untuk pengetahuan, saya tidak mengajar buat kek, buat personal class pun jauh sekali. Saya bukan lah chef yang hebat. Ada perbezaan antara chef dan penjual kek. Chef ialah orang yang berpuluh tahun pengalaman & cukup ilmunya. Mereka bukan sahaja sekadar menerima tempahan kuih muih & kek, mereka juga dikenali ramai sebagai guru malahan mereka pakar dalam bidang kulinari. Jauh beza pula dengan penjual kek, membuat dan menerima tempahan kek mengikut kek yang dikehendaki pelanggan, biasanya kebanyakan bakers atau penjual kek home made ini bukan lah lulusan dari bidang kulinari. Mereka belajar juga dari kursus yang disampaikan oleh chef dan belajar dari pengalaman sendiri.

Baru-baru ini saya terlupa bagi tips tentang kek kerana terlalu sibuk dengan tempahan, layan mesej atau chat bakal pelanggan, mencari design kek yang pelanggan mahu tengok, buat promosi katering dan sebagainya. Bila tidak sibuk online,  saya sibuk pula jaga baby, menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu dirumah. Hingga hampir terlupa orang minta tips dari kita. Tidak perlu melontar ayat pedas mahu kenakan orang, apa salahnya ingatkan kita semula. Tapi kalau tidak sabar & mahu cepat dapat ilmu dan tips berguna, cari lah chef yang betul-betul pakar. Simpan wang yang secukupnya, saya pernah dengar rakan saya belajar buat bunga untuk kek pun yuran nya RM500.00, jadi bersyukurlah kita bagi tips pun tanpa bayaran walau terlambat. Bukan bayaran yang kita minta, cukuplah kebaikan yang diberi, sudah memadai. Bagi yang belajar dengan chef, tahniah, anda bijak memilih dan tahu menilai ilmu yang berharga dari chef yang unik dan tidak dimiliki oleh orang lain.


Menuntut ilmu adalah taqwa
Menyampaikan ilmu adalah ibadah
Mengulang-ngulang ilmu adalah zikir
Mencari ilmu adalah jihad
~ Al Ghazali