Showing posts with label online bakeri. Show all posts
Showing posts with label online bakeri. Show all posts

Tuesday, 19 December 2017

SANDAKAN UFO TAT/COW DUNG PILE/ UFO TART HOMEMADE

Sandakan Ufo tat Rm1.20 sebiji, minimum order 20 biji.

Assalamualaikum wbt, kami sentiasa buka tempahan untuk Sandakan Ufo tat ya tapi kami tiada kedai juga tiada readymade. Perlu tempah dulu baru kami ada buat.

Sebab ada yang tanya, "kak kedai dimana?"  "Kak, boleh beli ufo tat sekarang?"

Hah, kak nak ingat kan saja ya, kak tiada kedai mahupun readymade Ufo tat, kalau berminat, boleh whatsapp awal: Tekan Sini Untuk Terus Whatsapp Kami .
Atau pm di fb page ya: Zara Cake Katering Sandakan

Creampuff Kastad Rm10/1 box ada 12 biji. Minimum order 2 box ya. 


*TEMPAHAN PERLU DIBUAT 3-4 HARI SEBELUM TARIKH DIKEHENDAKI YA, TEMPAHAN LAST MINIT TIDAK AKAN DITERIMA*


*UNTUK PELANGGAN LUAR DARI SANDAKAN, SABAH PULA, BOLEH WHATSAPP KAMI DULU JIKA BOLEH ATAU TIDAK UNTUK KAMI AMBIL TEMPAHAN ANDA YA.*

Tuesday, 3 January 2017

Our Customer's Cake Selection..

Assalamualaikum wbt and hi everyone,

Today we upload some photos from our customer's order on November and December 2016. A big thank you all and enjoyed for those loving the art of our cakes. For our new customers, you can choose our cake from this selection. Or whatsapp to 0128440271 and you can send your sample photos of cakes or cupcakes to us. My name is Marina will serve your orders. Thank you. :-)


































Happy New Year 2017 From Us..

Assalamulaiakum wbt dan salam sayang semua,
Agak lama juga kami tidak kemaskini blog ya. Bersyukur kepada Allah swt kerana masih diberi peluang bernafas alhamdulillah. Semakin bertambah tempahan dan rezeki. Dan terima kasih kami kepada semua para pelanggan kami yang menempah kek, kuih, ufo tat dan pelbagai lagi jualan kami sepanjang tahun 2016 tahun lepas.

Semoga Allah swt deraskan rezeki anda semua amin ya rabbil alamin. Selamat tahun baru 2017, semoga tahun ini membawa keberkatan kepada kita semua ya. Insyallah.
Untuk mengemaskini blog ini, mungkin tahun 2017 ni kami akan menggunakan dwibahasa ya. (Bahasa Inggeris & Bahasa Melayu). Ini kerana ada pelawast blog ini yang kebanyakan nya dari negara luar juga. Jadi kiranya boleh lah juga pelawat atau pembaca blog dari negara luar melawat blog kami.




Thursday, 14 April 2016

The Sweets Cakes

Salam sayang semua..
Waduh punya lama kami tidak online sini kan hehe. Yalah sibuk memanjang saja. Kami ingat juga blog ni tapi maklum lah sendirian berhad saja😊
Sepanjang kami tiada update ni sudah agak banyak juga tempahan yang kami buat. Kami cuba untuk memuat naik gambar-gambar tempahan disini ya mana lah tahu ada yang berkenan. Boleh juga follow kami di Instagram.
Ig kami: zaracakedankatering. Whatsapp: 012-8440271 Kak Marina. Tempahan perlu 3-4 hari dari tarikh dikehendaki ya. Selepas payment baru tempahan akan dibuat. Dan kami terima full payment saja ya tiada deposit. Ini memudahkan kami untuk membuat persiapan awal. Jangan risau selepas pembayaran diterima, kami akan hantar alamat penuh kami sebagai bukti trusted seller. 😊😉
kek pertunangan Red Velvet krim Buttercream tempahan pelanggan dari Tmn Mawar Fasa 7.

Kek Coklat Cheese tempahan pelanggan dari Tmn Permata, batu 8. 

kek perkahwinan full fondant hantar di Dewan Smk Merpati, batu 7. 


Tuesday, 16 September 2014

Jom Belajar Buat Kek & Biskut di Rumah..

Salam sayang pembaca,
Kami ada dapat panggilan juga ada terima mesej dari facebook page kami untuk mengikuti kursus buat kek juga membuat biskut. Maaf ya buat masa ini, kami tidak menganjurkan apa-apa kursus yang berkaitan lagi. Kami cuma menerima tempahan kek, biskut, kuih dan katering sahaja. Tetapi jangan risau, anda boleh belajar sendiri dirumah melalui dvd yang sudah sedia ada. Untuk melihat kandungan web atau ingin menempah dvd, anda boleh klik di page kami di sini>> Panduan Membuat Kek & Biskut Popular.. .

Moga ilmu yang dipelajari dapat memberi manfaat kepada anda sama ada anda pelajarinya khas untuk diri sendiri, untuk keluarga atau untuk perniagaan bakeri anda. Selamat belajar :-)


Sunday, 17 August 2014

Kek Snow Cheese Taman Sejati Ujana & Panduan Belajar Buat Kek Cheese.

Salam sayang pembaca,
Selamat berhujung minggu ya, kan hari ni hari ahad, saya tidak kemana-mana hari ini, kebetulan sepupu pun tidak sihat. Memandangkan juga tiada tempahan pada hari ini & esok Isnin 18hb Ogos, maka saya pun ambil kesempatan kemas sikit dapur, bersihkan peralatan, cuci baju, kasut sekolah adik dan segala macam kerja. Maklum lah minggu depan ada tempahan Durian Cheese cake & kek perkahwinan 2 tingkat. Alhamdulillah, tahun ini banyak dapat tawaran buat kek kahwin, berbanding tahun lalu sebab tahun lalu orang belum berapa kenal sangat dengan kami, tahun ini alhamdulillah orang mulai tahu kewujudan kami. 

Selama ini kami berniaga offline sahaja iaitu Restoran Nurmarina, berpusat di bandar, belakang Milimewa, tingkat 1, di atas Novelty. Bangunan yang berdekatan dengan stesen bas-bas mini di Sandakan ini. Ada juga terima tempahan kek, kuih, cupcake tetapi masa itu kami cuma berniaga offline bukan online.

Ok kali ini saya buat kek Snow Cheese tempahan Puan Nany dari Taman Sejati Ujana, batu 7. Semestinya di Sandakan, Sabah ya. Maklumlah ada yang fikir saya ni blogger dari semenanjung, tidak lah, saya orang Sandakan yang asli. Nama pun Zara Cake & Katering Sandakan. :-) Apapun terima kasih Puan Nany, mulanya dia mahu tempah creampuff namun saya terpaksa tolak, sebab saya risau keadaan kesihatan sepupu saya nanti tidak boleh jaga baby saya pula, tapi Puan Nany gantikan juga ke kek Snow Cheese. Saya hantar siap bagi biskut raya percuma lagi sebagai kudapan. Terima kasih puan :-) 

2 biji kek Snow Cheese tempahan Puan Nany dari Tmn Sejati Ujana, batu 7.

sempat lagi snap muka sebelum di packing..
Ada yang masih tertanya-tanya dengan saya mengenai panduan cara buat kek cheese. Sebenarnya saya pun tidak tahu lagi resepi kek cheese yang di tawarkan dalam dvd yang saya promosi kan, maka nya jikalau kita hendak menuntut ilmu, tidak seharusnya mahu ilmu percuma sahaja, adakalanya kena juga perolehi ilmu yang berbayar. Untuk menuntut apa jua ilmu, kena lah berusaha lebih sikit. Kami pun masa mula-mula berminat dengan bidang bakeri, kami bukan sekadar "Google search" sahaja, tetapi kami juga membeli ebook, dvd serta mengikuti kursus yang di anjurkan oleh pihak tertentu yang berkaitan dengan bidang bakeri. 

Panduan & tips percuma tetap diberikan, tetapi kalau ingin belajar dengan lebih mendalam, kena lah usaha sikit: Panduan Percuma Buat Kek Cheese .
Rajin usaha, tangga kejayaan. Yang bagus nya dalam link yang saya berikan di atas, bukan sahaja mereka ajar langkah demi langkah cara buat kek cheese, tetapi mereka juga mengajar anda melalui ebook bagaimana memasarkan produk makanan dalam internet. Boleh klik di sini ya: Panduan Percuma Buat Kek Cheese .

Tuesday, 18 February 2014

Tempahan minggu ke 2 Bulan Februari 2014.

Salam sejahtera, wahai pembaca sekalian. Lama saya tidak update blog ini. Sibuk yang memanjang dengan tempahan setiap minggu, bila berkesempatan, barulah dapat update entri baru. Berikut ialah gambar tempahan-tempahan yang lalu. Cuma tempahan katering nasi minyak, sate dan roti jala sahaja , saya tidak sempat ambil gambar-gambarnya, masa itu sibuk didapur, saya juga lah chef dapur sendiri , saya juga yang tukang gambar hehe :-)

Tempahan kek Coklat Cheese Meleleh ini ialah ditempah oleh Encik Rugasan dari Tmn Permai, Batu 5. Kek ini khas untuk anak perempuan nya yang menyambut hari lahir ke 13 tahun. Selamat hari lahir dan menempuh ke alam remaja adik :-) terima kasih ya tempah kek kami.



Yang kek Coklat Moist & kek Snow Cheese ini pula ialah tempahan dari Ms. Pamela. Berat setiap kek ialah dalam setengah kilo berdasarkan dari permintaan Ms. Pamela. Terima kasih sebab repeat order berkali-kali ya sis. Sis ini dah 3 kali repeat order tau :-) terima kasih banyak-banyak ya sis. 




Seterusnya Pavlova Buah. Ini ialah tempahan dari Puan Shella, Taman Melanta.
Terima kasih puan, masa itu stok nenas dah habis. Jadi yang ada buah strawberi frozen dan buah kiwi sahaja. Alhamdulillah, terima kasih kerana memahami dan kerana menempah dengan kami. Biasa buah kami letak 3 jenis termasuk nenas tapi ada stok pun dah tak bagus. Hanya kiwi & strawberi frozen sahaja yang ada masa tu. Kebetulan saya tidak sempat tangkap gambar pavlova buah , mujurlah ada gambar dari customer yang dikirimkan ke WeChat kami. Terima kasih ya puan Shella. Foto pavlova buah daripada Puan Shella sendiri :-)




Pertanyaan atau tempahan katering, kek, biskut raya, puding, kek kontena cheese meleleh, creampuff, pavlova dll, hubungi Encik Azmain: 012-8106546 atau Puan Marina: 012-8440271 (nombor ini boleh whatsapp)
#WeChat ID: zaracakedankatering
#Instagram: zaracakekatering
Twitter : @thezarashopz