Showing posts with label tips cheese cream. Show all posts
Showing posts with label tips cheese cream. Show all posts

Wednesday, 25 March 2015

Resepi Kek Snow Cheese Zara

Salam semua,
Sebenarnya entri ni lama sudah kami nak publish, tapi kekangan masa menyebabkan kami jarang update blog. Insyallah, resepi yang tersedia ni, jika di ikuti dengan betul, kek akan menjadi. Ada masa boleh belajar dan buat sendiri, namun jika tiada masa, sibuk bekerja atau penat/letih yalah kan mana tahu penat masak lagi, sediakan makanan lauk pauk untuk tetamu semasa majlis lagi, jadi boleh lah tempah dengan kami ya. Whatsapp ke 012-8440271. Kami area Sandakan, Sabah. 

Resepi Snow Cheese Cake (sangat sedap) 
1 cawan tepung hongkong (boleh dibeli dikedai yang menjual bahan biskut/kek) 
1/2 cawan tepung jagung 
3/4 cawan gula kastor 
1 sudu teh baking powder 
2 sudu besar ovalette 
6 biji telur (dari 6 biji telur tadi, 2 biji dibuang putihnya) 
1/4 cawan air dari peti sejuk  
1/3 cawan mentega (dicairkan) 

Cara: 
1. Satukan semua bahan (kecuali mentega cair) dan dipukul dengan kelajuan sederhana hingga  gebu dan putih anggaran 5 - 7 minit.  
2.  Masukkan mentega cair dan dipukul lagi anggaran 3 - 5 minit. 
3. Alaskan loyang dengan kertas minyak. Tuangkan adunan tadi.  
4. Panaskan ketuhar terlebih dulu. Bakar  pada suhu 150'C selama 50 minit. 
5. Sejukkan kek. 

Bahan Cream: 250g Cream Cheese (saya gunakan jenama Tatura) 1 cawan susu pekat manis. Satukan bahan krim di atas dan dipukul dengan kelajuan sederhana hingga pekat dan kental. 

Bahan Hiasan: 1 buku (250g) cheddar cheese diparut halus. 

Cara penyediaan: 1. Sejukkan kek terlebih dahulu selepas dibakar, potong kek menjadi dua lapisan. 
2. Sapukan cream cheese diatas lapisan pertama.   
3. Lapiskan dengan bahagian kek yang lagi satu , sapukan baki cream cheese melitupi keseluruhan kek. 
4. Parutkan cheddar cheese dan tabur sepenuhnya pada kek. 
5. Sejukkan dalam peti ais selama 1 - 2 jam sebelum dipotong. Sangat sedap dan mudah membuatnya. Selamat mencuba. 

Bagi anda yang ingin mempelajari lebih mendalam lagi seperti kek Marble Cheese, Kek Cheese Momento atau kek Cheese Meleleh dalam kontena, boleh lah klik disini ya>> Tips & Panduan Membuat Kek Cheese Kesukaan Ramai .

Sunday, 23 February 2014

Cara Mencairkan Cream Cheese untuk Kek Kontena/Bekas Plastik.

Salam sejahtera, sudah lama tidak menaip di blog ini. Ada pun masuk blog tapi sekadar update gambar-gambar tempahan sahaja. Kadangkala ada juga dapat mesej dari teman fb nak minta resepi dan tips tetapi masa tidak mengizinkan, sebenarnya bukan saya tidak mahu balas di inbox semasa online fb. Cuma saya rasa ada baiknya saya menulis di blog ini. Bukan semua orang boleh baca dan manfaat kan nya jika sekadar di kongsikan dalam inbox fb. Harap-harap dapatlah kongsikan pada semua. 
Kepada kak Mami Acai, maaf lah banyak-banyak. Kadangkala minta resepi atau tips, saya tak balas. Jangan marah ya kak. Maklumlah semua kerja saya buat, walaupun ada pembantu tapi kalau baru 2 orang (1 jaga baby, 1 pula pembantu dapur) mana lah cukup. Balas inbox, komen di personal fb juga di fb page, WeChat, Twitter & Instagram pun ada. Bukan niat nak pasang semua social network tapi sebelum berniaga online, dahulu saya ada sudah Twitter dan Instagram, cuma saya tukarkan nama saja sebab dari nama personal ke perniagaan kan. 
Ok untuk nak buat kek kontena atau kek dalam bekas plastik, apatah lagi nak curahkan cream cheese di dalam bekas plastik tersebut. Cream cheese tu perlulah cair sikit. Maksud saya, cair sikit bukan lah letak air tapi letak UHT Whipping Cream. 


Ia boleh didapati di mana-mana supermarket. Tapi anda perlu sekata kan nya dengan kemanisan cream cheese tu, nanti letak banyak, sudah hilang pula la manis nya. Kalau saya, saya seimbangkan supaya cair-cair sikit, saya cuba dulu untuk merasa nya sikit, jika tidak manis, tambahkan susu pekat. Saya biasanya guna UHT Whipping Cream jenama Anchor sebab ianya sedap, jenama lain pun boleh, terpulang pada anda, asalkan ianya UHT Whipping Cream
Ala macam kita nak buat kek Snow Cheese. Kan cream cheese atau krim kejunya putarkan dengan susu pekat. Bezanya untuk nak letak dalam bekas plastik atau kontena tu, kena cair sikit itu krim keju guna UHT Whipping Cream. Kalau anda letak pekat-pekat pada kek kontena, cepat lah habis cream cheese anda. Lagi pula kalau berderet-deret kek kontena yang anda ingin sediakan untuk makan sendiri atau jualan. Nanti tidak cukup pula cream cheese. Maka ikut dari kita pandai main agak kan nya atau tidak. Harap anda faham ya. Boleh tinggalkan komen pada ruangan box kecil warna biru sebelah kanan :-) saya akan cuba update tips lain lagi, insyallah. Sudah jam 2 pagi, esok saya ada tempahan kek barbie doll lagi. :-)