Showing posts with label tempahan hari bapa. Show all posts
Showing posts with label tempahan hari bapa. Show all posts

Tuesday, 17 June 2014

Kek Hari Bapa 2014/Father's Day cake 2014

Salam, ini ialah tempahan kek Hari Bapa yang lalu.
Kak tidak ambil banyak tempahan, almaklum lah badan seorang saja tiada pembantu. Yang menempah dengan kakak pun teman-teman di fb personal kakak (bukan di fb page atau fb Zara Cake & Katering Sandakan) & pelanggan terdahulu juga di WeChat. Terima kasih sebab repeat order. Kalau macam tahun lalu, kak ambil banyak tempahan tapi tahun ini kurang sikit sebab sibuk buat biskut raya untuk sampel :-)

Jom tengok gambar-gambar kek kakak ya. :-)

tempahan Puan Anie dari Kg. Batu Putih, batu 7 Sandakan.


Kek Mango Cheese tempahan Puan Lydia


Tempahan Cik Juliana dari Kota Kinabalu untuk bapa tersayang di Taman Rajawali


Kek Red Velvet (fresh cream dan blueberi) tempahan Puan Faranisa


Ini kak buat creampuff sebanyak 100 biji tempahan Puan Ta'mahal dari facebook kakak. Terima kasih lah sis. Sebenarnya kak ada ambil gambar cuma bukan gambar dalam kotak tapi gambar tengah susun kuih ni :-) hehehe. Ini Creampuff Inti Kastad ya. Nyummy sebab creamy. :-) 

Creampuff 100 biji tempahan Puan Ta'mahal, Jabatan Imigresen Sandakan. terima kasih sis ;-)




Monday, 9 June 2014

Tempahan Hari Bapa 2014 & Perbezaan Harga WM dan EM.

Salam pembaca,
Baru kali ini kak menulis di blog semula. Terlebih dahulu kak ingin meminta maaf sebab kak tidak beritahu yang kak mengambil cuti dari sebarang tempahan seminggu yang lalu. Kebiasaan nya bila kak ingin cuti. Kak akan umum kan di facebook & facebook page. Kebetulan ipar kakak bersalin, jadi kak pun pulang ke rumah beliau di Taman Grandview sambil melawat & membantu. Ada beberapa orang yang cancel order dengan kakak hari ini iaitu katering selepas raya dan kek birthday pada minggu yang lalu. Terima kasih kerana memahami kakak ya. Dan terima kasih juga yang mesej kakak mengenai tempahan, di cancel secara hormat. Tidak apa, kak ok juga, kak pun sibuk memanjang selama di rumah beliau hingga tiada masa untuk online. Ada pun online kejap-kejap sahaja. Lihat sahaja lah sekarang ini, baru on blog dan kemaskini blog :-) 

Kini kak buka tempahan kek untuk Hari Bapa 2014. Macam biasa lah kak tidak ambil terlalu banyak tempahan. Cukup kuota, kak akan tutup. Sebab kak seorang sahaja, nanti risau pula tidak dapat handle bila terlalu banyak :-) Tempahan dibuka hingga 12hb Jun ini sahaja bersamaan dengan hari Khamis. Yang sudah buat pembayaran awal sahaja akan kak masuk kan dalam list. Yang tiada lagi membuat pembayaran sehingga genap tarikh 12hb Jun, kak tidak akan terima sudah ya. Kecuali untuk tempahan sekitar minggu depan yang bermula pada 17hb Jun ya. :-)
Kelmarin dulu, ada orang nak menempah creampuff dengan kakak. Katanya mahal. Dia bandingkan harga creampuff di Kelantan dengan di Sabah. Alasan nya bahan mentah lebih kurang juga dan bukan lah naik 100%. Maaf lah ya dik, nama nya juga WM (west Malaysia) & EM (east Malaysia). Memanglah berbeza. Dua negeri yang berbeza, harga pun berbeza. Konsepnya senang sahaja, kalau ada bajet, baru kita membeli, kalau tiada bajet, kita diam-diam sahaja lah. Mengapa perlu membanding kan harga kakak dengan sana WM juga. Kalau anda nak tahu, kak ni jenis orang yang suka makan di luar. Tapi kak pun tengok bajet juga, ada bajet, pergi. Tiada bajet, makan dirumah sahaja. Ini semua dari diri kita sendiri. Tidak jadi order tidak apa, tapi biar dengan cara yang baik, bukan tahu complaint pula. Soal bahan mentah dia utamakan, penggunaan elektrik & air, dia tidak sebut pula. Ingatlah, kalau kami ni menipu harga, tidak lah perniagaan kami ni berpanjangan hingga 13 tahun berestoran, katering, jual kuih, kek segala. Think before talk ya girl. 
Biasalah, ada juga orang macam gini. :-)

Oh ya bulan puasa semakin hampir. Ada 19 hari lagi. Moga Allah swt sentiasa memberkati kita semua :-) amin ya rabbil alamin.

Tidak sabar rasanya menunggu kedatangan bulan Ramadhan ini :-)