Showing posts with label promosi. Show all posts
Showing posts with label promosi. Show all posts

Monday, 12 May 2014

::PROMOSI SEMPENA HARI GURU 2014::






Terma & Syarat:

-Tetapan tarikh tempahan dari anda akan masuk dalam list kami selepas bayaran diterima, kami akan mendahulukan para pelanggan yang membayar awal sahaja. Kek harus ditempah 3 hari sebelum tarikh diambil. TIDAK BOLEH DIHANTAR/DI AMBIL DULU BARU BAYAR. 

-Harga yang dipaparkan ialah harga promosi, selepas promosi, harga kek kembali kepada harga asal. 

-Harga yang dinyatakan ialah pada kek dan hiasan kek seperti dalam gambar sahaja TIDAK TERMASUK
lain-lain caj seperti penghantaran, tambahan hiasan buah, gula-gula kartun, hiasan bunga, fondant nama & lain-lain. Caj tambahan akan dikenakan jika ada tambahan lain seperti yang dinyatakan tadi. 

-Plat plastik "Happy Mothers day" akan kami gantikan dengan fondant & ditulis menggunakan buttercream, sila rujuk contoh pada gambar A2.

Untuk tempahan, hubungi Kak Marina di 012-8440271 (nombor ini boleh terima Whatsapp)
WeChat ID: zaracakedankatering


Wednesday, 11 December 2013

Salam kembali wahai blog..

Bagaimana cerita kejayaan CEO dan artis Malaysia yang anda dengar sebelum ini? Klik disini, anda pasti terkejut. 

Assalamualaikum wbt,
Syukur pada Allah swt kerana masih memberikan nafas dan nyawa pada kami. Alhamdulillah. Begitu lama kami tidak update blog ini, ada juga sedikit pembaharuan dilakukan disini. Maklumlah, ada maklumat yang sudah lama perlu di delete kan. Selama ini, kami hanya update di facebook page dan personal facebook sahaja. Anda boleh lihat Facebook page kami di sini ya>> Zara Cake & Katering Sandakan (The Zara Shopz) .

Kadangkala kami padat dengan tempahan, kadangkala bila sudah bercuti, itulah kesempatan untuk berehat. Ada masa-masa tertentu untuk rehat kerana selama ini bekerja siang & malam untuk memastikan yang terbaik pada pelanggan. Terlalu banyak tempahan semasa bulan Oktober & November 2013 yang lalu. Banyak gambar kek kami juga beberapa gambar katering hanya di facebook page kami. Anda boleh klik disini untuk melihat>> Tempahan Pelanggan vol.2 & Cheese Cake Corner .
Insyallah, jikalau ada kesempatan. Gambar-gambar kek pada bulan Disember ini akan kami muatnaik disini. Jutaan terima kasih kepada yang menempah. Jika ada sampel makanan, insyallah kami akan berikan secara percuma kepada pelanggan yang sudah pernah membeli dengan kami. Insyallah.

Tidak sangka juga, masa begitu cepat berlalu. Tup tap tup, sudah masuk bulan Disember 2013.
Ada beberapa minggu lagi kita akan menutup tirai 2013 kan. Pada yang merancang untuk berkahwin atau bertunang/berhantar pada tahun hadapan (2014) dan ingin mencari kek & katering, boleh lah rujuk pada kami. Insyallah, anda boleh cuba best seller food kami iaitu nasi minyak dengan daging dendeng, setiap kali katering, pasti pelanggan kami akan menempah nasi minyak kami. Menggunakan beras Basmathi, berbentuk panjang. Tidak rugi jika anda menempah katering kami kerana kami juga akan menyediakan kek percuma untuk bakal pengantin yang ingin berkahwin dan cupcake doorgift untuk tetamu pengantin yang bertandang. Anda boleh food tasting jika benar-benar mahukan katering kami, tetapi haruslah membuat janji temu agar kami dapat membuat persediaan. Ok lah sampai disini sahaja, salam dan jumpa lagi di entri lain ya :-)

Jangan lupa untuk klik Promosi Sempena Krismas & Diskaun Sebelum 2014.  anda pasti teruja.