Showing posts with label kota kinabalu. Show all posts
Showing posts with label kota kinabalu. Show all posts

Wednesday, 7 January 2015

Happy New Year 2015 !!

Assalamualaikum, masih belum terlewat nak ucapkan selamat tahun baru 2015 pada semua pelanggan, rakan-rakan, keluarga dan semua yang mengenali diri kami. Alhamdulillah, kini Zara Cake & Katering (ZCK) sudah mencapai usia 4 tahun. Bermula dari 2012 p, from zero to hero aiseh ada lagi bah kan haha.



Ok kuih Tat Ufo dibawah ini merupakan tempahan pertama pada tahun ini. Tempahan dari Cik Juliana, di ambil dirumah dan dibawa ke Kota Kinabalu (KK). Terima kasih sis juga sanabat ku. Tempah 30 biji kuih Tat Ufo yang disukai ramai. Tempahan seterusnya pada minggu ini. Maka itulah dapat kemaskini blog sekejap saja sebab sibuk dengan tempahan. Nanti kan resepi kami Pie Ayam paling mudah & tidak banyak bahan tapi lazat dan menyelerakan. 



Tunggu juga kemunculan produk terbaru kami ya.... Farah Quinn kata "apa ya", kata Fazura "oh my gucci".. Zara Piza. Insyallah sedap & murah. Apapun untuk senarai perisa piza, anda boleh lihat di WeChat kami ya: zaracakedankatering . 



Stuffed Crust Piza by ZaraCakeKatering


Monday, 19 May 2014

Tempahan Kek Hari Guru 2014 dari Kak Haslinda.

Salam semua pembaca,
Apa khabar? Kak pun baru online hari ini itupun sudah tengah malam. Kak agak sibuk sikit pada minggu lepas. Sebab ada tempahan kek sempena sambutan hari guru yang di adakan di Sk Pulau Libaran sebanyak 4 biji & selain itu juga ada menerima tempahan yang lain. Terima kasih pada kak Haslinda dari Tmn Merpati, batu 7, Sandakan. Terima kasih banyak-banyak sebab selalu repeat order. 
Ok sebelum tu kak mahu beritahu, pada sesiapa yang nak ikut bengkel masakan yang dikendalikan oleh selebriti chef iaitu Dato' Fazlee Yakob, anda boleh menyertai nya dengan mendaftar secara solo atau berkumpulan di sini: Bengkel Masakan bersama Dato' Fazlee Yakob . 

Kak bagi link tersebut bagi memudahkan anda semua mengetahui info nya dan untuk mendaftar. Anda akan di ajar cara-cara membuat aiskrim, reka resepi baru menggunakan aiskrim dan pelbagai lagi aktiviti lain. Bahagian Sabah, mereka akan buat di Kota Kinabalu, bertempat di Giant Putatan.  Jom lah ikut bersama kami. Jangan lepaskan peluang, bukan senang nak berjumpa dengan pemenang Masterchef Selebriti musim pertama tu :-) 

Ok la pembaca sekalian, jom layan gambar dibawah. Tempahan hari guru pada minggu yang lalu. Kalau berminat nak menempah, jangan malu jangan segan. Boleh hubungi kakak melalui sms atau whatsapp kak saja ok :-) Whatsapp/sms: 012-8440271 Kak Marina, inbox/pm di facebook page: Zara Cake & Katering Sandakan . 
Atau hantar saja komen di cbox berwarna biru sebelah kanan blog ini. Insyallah, kak akan balas punya. Kan kak tiap hari online juga :-)


Kek Snow Cheese


Kek Red Velvet


Kek Coklat Oreo



Kek Mango Cheese



4 biji kek sekaligus tempahan kak Haslinda, terima kasih selalu repeat order ya kak :-)



Siap-siap untuk dihantar :-)