Apa khabar? Kak pun baru online hari ini itupun sudah tengah malam. Kak agak sibuk sikit pada minggu lepas. Sebab ada tempahan kek sempena sambutan hari guru yang di adakan di Sk Pulau Libaran sebanyak 4 biji & selain itu juga ada menerima tempahan yang lain. Terima kasih pada kak Haslinda dari Tmn Merpati, batu 7, Sandakan. Terima kasih banyak-banyak sebab selalu repeat order.
Ok sebelum tu kak mahu beritahu, pada sesiapa yang nak ikut bengkel masakan yang dikendalikan oleh selebriti chef iaitu Dato' Fazlee Yakob, anda boleh menyertai nya dengan mendaftar secara solo atau berkumpulan di sini: Bengkel Masakan bersama Dato' Fazlee Yakob .
Kak bagi link tersebut bagi memudahkan anda semua mengetahui info nya dan untuk mendaftar. Anda akan di ajar cara-cara membuat aiskrim, reka resepi baru menggunakan aiskrim dan pelbagai lagi aktiviti lain. Bahagian Sabah, mereka akan buat di Kota Kinabalu, bertempat di Giant Putatan. Jom lah ikut bersama kami. Jangan lepaskan peluang, bukan senang nak berjumpa dengan pemenang Masterchef Selebriti musim pertama tu :-)
Ok la pembaca sekalian, jom layan gambar dibawah. Tempahan hari guru pada minggu yang lalu. Kalau berminat nak menempah, jangan malu jangan segan. Boleh hubungi kakak melalui sms atau whatsapp kak saja ok :-) Whatsapp/sms: 012-8440271 Kak Marina, inbox/pm di facebook page: Zara Cake & Katering Sandakan .
Atau hantar saja komen di cbox berwarna biru sebelah kanan blog ini. Insyallah, kak akan balas punya. Kan kak tiap hari online juga :-)
No comments:
Post a Comment