Cara Membuat Tempahan & Pembayaran

CARA MEMBUAT TEMPAHAN

Sila buat pertanyaan untuk tempah tarikh, tempahan boleh dibuat sekiranya ada kekosongan.

Tempahan 'emergency' boleh tanya terlebih dahulu melalui Whatsapp Zara Cake & Katering Sandakan ke nombor  012-8440271 jika ada kekosongan kami akan tunaikan. 

TEMPOH MEMBUAT TEMPAHAN
- Kek Kahwin
( 1 bulan awal @ lebih )
- Kek atau cupcake Harilahir, Hantaran, kek yang menggunakan Edible Image & lain-lain jenis kek
2 minggu @ lebih )

Untuk pertanyaan tentang kek @ keterangan lebih jelas, dapatlah sekiranya anda hubungi kami melalui Whatsapp di 012-8440271 Kak Marina kerana melalui whatsapp sangat cepat dan memudahkan. Sila klik LIKE Facebook page: Zara Cake & Katering Sandakan (The Zara Shopz) untuk gambar-gambar kek atau kuih terkini kerana kami sentiasa kemaskini facebook page kami sepanjang masa. 

PEMBERITAHUAN
- Sebarang kek kahwin , hari lahir , hantaran atau lain-lain lagi akan dikenakan deposit atau paling bagus pembayaran penuh bagi tujuan /setuju & booking date. Pembayaran penuh adalah memudahkan kami untuk persiapan awal.
- Kek atau kuih yang ditempah boleh di ambil di rumah kami atau di restoran kami di bandar ya. Nama restoran ialah Restoran Nurmarina yang terletak di belakang Milimewa, tingkat 1, atas Novelty. Bangunan kedai ialah berdekatan dengan pusat stesen bas-bas mini ya. 
- Pertanyaan berkenaan design kek hanya dilayan selepas pembayaran deposit .
- Sekiranya tempahan kek tidak dapat kami tunaikan berikut masalah kesihatan @ emergency, kami akan memulangkan kembali deposit .
- Tetapi sekiranya pembatalan tempahan dibuat oleh pelanggan secara last minit tanpa alasan munasabah, deposit atau pembayaran penuh tersebut tidak akan dipulangkan. Kira 'hangus' lah ya. Maaf.
- Tempahan anda hanya akan dimasukkan dalam 'list' setelah deposit atau pembayaran penuh diterima. 

PEMBAYARAN :

CIMB
Atas Nama: 
Noormarinah Binti Abdul Bak 
No. Akaun: 7038347740

- Bagi yang sudah deposit, perlu terus pembayaran penuh/Full payment ketika kek di ambil.
- Setelah deposit di tranfers / bank in , sila beritahu saya melalui Whatsapp/sms di 012-8440271 Kak Marina


::PENTING::
Jika anda sekadar bertanya harga & belum bersedia untuk menempah, pastikan anda memberitahu kami bahawa anda sekadar bertanya harga dan belum ingin menempah, agar kami boleh memberi masa yang sesuai untuk melayani inbox anda. Masa kami seperti anda juga iaitu agak terhad. Kerana kami membuat tempahan, melayani mesej-mesej dari pelanggan, mengemaskini facebook page, WeChat, Twitter, Instagram setiap hari, selain itu juga adakalanya kami berurusan di luar & dalam masa yang sama juga menunaikan tanggungjawab harian seperti menguruskan anak & rumah. Kami tidak dapat menjawab inbox terlalu lama hingga berhari-hari namun tiada tempahan dari anda. Masa itu emas. Kami juga mengejar waktu sama seperti anda. Terima kasih kerana memahami. Moga tuhan deraskan rezeki anda semua. Amin :-)

No comments:

Post a Comment