Showing posts with label online bakery on facebook page. Show all posts
Showing posts with label online bakery on facebook page. Show all posts

Tuesday, 19 December 2017

SANDAKAN UFO TAT/COW DUNG PILE/ UFO TART HOMEMADE

Sandakan Ufo tat Rm1.20 sebiji, minimum order 20 biji.

Assalamualaikum wbt, kami sentiasa buka tempahan untuk Sandakan Ufo tat ya tapi kami tiada kedai juga tiada readymade. Perlu tempah dulu baru kami ada buat.

Sebab ada yang tanya, "kak kedai dimana?"  "Kak, boleh beli ufo tat sekarang?"

Hah, kak nak ingat kan saja ya, kak tiada kedai mahupun readymade Ufo tat, kalau berminat, boleh whatsapp awal: Tekan Sini Untuk Terus Whatsapp Kami .
Atau pm di fb page ya: Zara Cake Katering Sandakan

Creampuff Kastad Rm10/1 box ada 12 biji. Minimum order 2 box ya. 


*TEMPAHAN PERLU DIBUAT 3-4 HARI SEBELUM TARIKH DIKEHENDAKI YA, TEMPAHAN LAST MINIT TIDAK AKAN DITERIMA*


*UNTUK PELANGGAN LUAR DARI SANDAKAN, SABAH PULA, BOLEH WHATSAPP KAMI DULU JIKA BOLEH ATAU TIDAK UNTUK KAMI AMBIL TEMPAHAN ANDA YA.*

Tuesday, 3 January 2017

Our Customer's Cake Selection..

Assalamualaikum wbt and hi everyone,

Today we upload some photos from our customer's order on November and December 2016. A big thank you all and enjoyed for those loving the art of our cakes. For our new customers, you can choose our cake from this selection. Or whatsapp to 0128440271 and you can send your sample photos of cakes or cupcakes to us. My name is Marina will serve your orders. Thank you. :-)


































Happy New Year 2017 From Us..

Assalamulaiakum wbt dan salam sayang semua,
Agak lama juga kami tidak kemaskini blog ya. Bersyukur kepada Allah swt kerana masih diberi peluang bernafas alhamdulillah. Semakin bertambah tempahan dan rezeki. Dan terima kasih kami kepada semua para pelanggan kami yang menempah kek, kuih, ufo tat dan pelbagai lagi jualan kami sepanjang tahun 2016 tahun lepas.

Semoga Allah swt deraskan rezeki anda semua amin ya rabbil alamin. Selamat tahun baru 2017, semoga tahun ini membawa keberkatan kepada kita semua ya. Insyallah.
Untuk mengemaskini blog ini, mungkin tahun 2017 ni kami akan menggunakan dwibahasa ya. (Bahasa Inggeris & Bahasa Melayu). Ini kerana ada pelawast blog ini yang kebanyakan nya dari negara luar juga. Jadi kiranya boleh lah juga pelawat atau pembaca blog dari negara luar melawat blog kami.




Tuesday, 16 September 2014

Jom Belajar Buat Kek & Biskut di Rumah..

Salam sayang pembaca,
Kami ada dapat panggilan juga ada terima mesej dari facebook page kami untuk mengikuti kursus buat kek juga membuat biskut. Maaf ya buat masa ini, kami tidak menganjurkan apa-apa kursus yang berkaitan lagi. Kami cuma menerima tempahan kek, biskut, kuih dan katering sahaja. Tetapi jangan risau, anda boleh belajar sendiri dirumah melalui dvd yang sudah sedia ada. Untuk melihat kandungan web atau ingin menempah dvd, anda boleh klik di page kami di sini>> Panduan Membuat Kek & Biskut Popular.. .

Moga ilmu yang dipelajari dapat memberi manfaat kepada anda sama ada anda pelajarinya khas untuk diri sendiri, untuk keluarga atau untuk perniagaan bakeri anda. Selamat belajar :-)


Monday, 11 August 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014 dari kami :-)

Salam hormat pada pembaca semua,
Mungkin ada yang rasa pelik sikit kenapa kami baru nak ucapkan selamat hari raya pada anda semua di minggu ketiga dalam bulan raya ini. Sebenarnya kami amat sibuk sepanjang bulan puasa. Hinggalah hari-hari terkahir ramadhan di saat menjelang perayaan kami amat sibuk menyiap dan mengaturkan tempahan para pelanggan tercinta. Pada raya kedua pula, kami menyiapkan tempahan kek perkahwinan tempahan Encik Nonoi untuk majlis perkahwinan adik perempuan yang bertempat di SMK Merpati, batu 7, Sandakan. Selepas minggu pertama raya, minggu kedua pula saya di serang sakit. Doktor suruh berehat, mungkin juga gara-gara kurang masa rehat sepanjang bulan ramadhan hingga saat-saat akhir menjelang nya perayaan. 

Baru lah kali ini, saya sihat tetapi pembantu (babysitter) sakit pula. Macam berganti saja. Mujurlah tiada lagi tempahan kek mingggu ini. Apapun selamat hari raya aidilfitri kami ucapkan tahun ini. Mesti seronok raya pembaca sekalian pada kali ini, juga kami gembira kerana biskut-biskut kami habis di jual. Terima kasih kepada para pembeli, mudahan Allah swt deraskan rezeki anda semua, termasuklah yang tengah baca entri saya ini, insyallah amin-amin. 

Ok disini saya selitkan tempahan kek perkahwinan yang ditempah khas oleh Encik Nonoi untuk majlis perkahwinan adik perempuan nya. Encik Nonoi tempah masa awal bulan puasa itu lagi. Ini ialah kek blueberi fresh cream. Untuk pertanyaan harga, boleh klik facebook page kami di sini: Zara Cake & Katering Sandakan .
Atau Whatsapp/sms: Kak Marina di 012-8440271 ya. Untuk katering kahwin/bertunang/berhantar/hari lahir/kenduri-kendara atau sarapan/minum petang pejabat, boleh hubungi Puan Rohamah di 013-8916531 (Call sahaja, sms tidak di layani kerana di khuatiri sibuk dan tidak terbaca)

Alhamdulillah selesai juga dengan jayanya. Terima kasih juga pada abang ipar saya, abang Ahmad Pg. Abdullah & suami saya Azmain Matnor kerana menjayakan projek kek kahwin ini :-)


kek bahagian atas

bahagian atas

di kawasan majlis kahwin

tema pink hijau..

Terima kasih pada pengantin baru, selamat menjalani kehidupan yang baru :-)







Monday, 23 June 2014

Kek Fondant Mickey Club House, Kek Hantaran Hello Kitty & Biskut Raya2014.

Salam & hai semua,
Nah kali ni kak nak upload gambar kek fondant pula tempahan Puan Sheryl dari Indah Jaya, Batu 4. Agak berbulan juga kak tidak menguli fondant ini. Mula-mula kak risau juga & hampir tidak mahu terima, maklumlah takut tangan keras pula nak menguli kan sudah berbulan namun kak yakin boleh buat juga. Jadi terhasil lah air tangan kakak sendiri. Kek fondant Mickey Mouse Club House. Perisa kek ialah kek Hazelnut. Anak kakak pun minat Mickey Club House, selalu dia tengok di Disney Junior ch. 613 kat Astro. Kek ini seberat 1kg lebih gitu. Hari lahir Baby Niyaz yang ke- 1 tahun :-)


Kek fondant Mickey Club House 1kg tempahan Puan Sheryl 


Kek fondant Mickey Club House yang kedua pula ialah seberat 2kg iaitu tempahan dari adik Puan Sheryl pula. Kami hantar kek ni ke McDonalds IJM, batu 6 sebab pelanggan nak buat majlis hari lahir disana. Happy birthday Nursherilyn yang ke- 11 tahun :-) Ramai yang birthday bulan Jun, termasuk anak buah kakak sekali iaitu si Fadhil :-) 


kek 2kg tempahan dari adik Puan Sheryl, sambut birthday di McD, IJM batu 6. 


Lepas tu, minggu yang sama. Kak ambil tempahan kek Snow Cheese pula dari saudari Rahana di WeChat kemudian kami beralih chat ke Whatsapp. Di permukaan kek, saudari ini minta letak Hello Kitty fondant head & warna tema ialah unggu. Tahniah pada Encik Nazri & Cik Nana yang telah melangsungkan pertunangan pada minggu yang lalu ya. Moga Allah swt berkati kedua insan ini :-) 


terima kasih sis, ini kek Snow Cheese yang diwarnakan unggu mengikut tema majlis mereka






Kak tetap buka tempahan kek pada bulan Ramadhan ini juga, berkenaan pula restoran kami dibandar ditutup untuk 1 bulan selama puasa ini. Tahun lalu kami buka restoran untuk berjual setengah hari tapi sukar mahu bagi komitmen pada biskut, jadi tahun ini kami bercadang kasi tutup dulu. Kalau mahu tempah kek atau biskut raya, boleh Whatsapp/sms kak di 012-8440271 ya. Atau WeChat ID: zaracakedankatering. Boleh juga inbox atau pm kak di facebook page: Zara Cake & Katering Sandakan .

Monday, 3 February 2014

Semuanya Tentang Cheese Cake (Kek Keju) & Kek Pecan Butterscoth.

Tempahan Cik Haslinda dari Taman Merpati, terima kasih ya sis yang tidak henti-henti repeat order dari tahun lalu, moga bertambah rezeki mu kak :-)


Kek Snow Cheese & Kek Pecan Butterscotch 
1kg-1kg
Tempahan Cik Haslinda dari Tmn Merpati, batu 7. Terima kasih ya sis 
Untuk tempahan atau pertanyaan, sila hubungi Puan Marina: 012-8440271
Cara Membuat Tempahan & Pembayaran: http://thezarashopz.blogspot.com/p/terma-dan-syarat-1.html

Kek Pecan Butterscotch 
1kg
Tempahan Cik Haslinda dari Tmn Merpati, batu 7. Terima kasih 
Untuk tempahan atau pertanyaan, sila hubungi Puan Marina: 012-8440271
Cara Membuat Tempahan & Pembayaran: http://thezarashopz.blogspot.com/p/terma-dan-syarat-1.html

Kek Snow Cheese 
1kg
Tempahan Cik Haslinda dari Tmn Merpati, batu 7. Terima kasih 
Untuk tempahan atau pertanyaan, sila hubungi Puan Marina: 012-8440271
Cara Membuat Tempahan & Pembayaran: http://thezarashopz.blogspot.com/p/terma-dan-syarat-1.html

Tempahan Puan Fealy dari Taman Mawar, terima kasih :-)

Mango Cheese cake
1kg
Tempahan Puan Fealy dari Tmn Mawar. Terima kasih puan 
Untuk pertanyaan atau tempahan, sila hubungi Puan Marina: 012-8440271
Cara Membuat Tempahan & Pembayaran:http://tinyurl.com/nvpcu4n

Snow Cheese cake Nemo
1kg
Tempahan Puan Fealy dari Tmn Mawar.
Untuk pertanyaan atau tempahan, sila hubungi Puan Marina: 012-8440271
Cara Membuat Tempahan & Pembayaran:http://tinyurl.com/nvpcu4n

Mango Cheese cake & Snow Cheese Cake Nemo
1kg-1kg setiap sebiji
Tempahan Puan Fealy dari Tmn Mawar. Terima kasih puan 
Untuk pertanyaan atau tempahan, sila hubungi Puan Marina: 012-8440271
Cara Membuat Tempahan & Pembayaran:http://tinyurl.com/nvpcu4n



Tempahan Cik Bibie dari Bukit Garam, Kinabatangan. Terima kasih sis ;-)

Snow Cheese cake 2 biji
1kg-1kg
Tempahan Cik Bibie dari Bukit Garam, Kinabatangan. Terima kasih ya 
Untuk pertanyaan atau tempahan, sila hubungi Puan Marina: 012-8440271
Cara Membuat Tempahan & Pembayaran:http://tinyurl.com/nvpcu4n

Snow Cheese cake
1kg 
Tempahan Cik Bibie dari Bukit Garam, Kinabatangan. Terimas kasih ya 

Snow Cheese cake 2
1kg 
Tempahan Cik Bibie dari Bukit Garam, Kinabatangan. Terima kasih ya sis 

Inginkan kek-kek seperti diatas, anda boleh hubungi Puan Marina di 012-8440271 atau boleh juga inbox/pm di facebook page kami di: Zara Cake & Katering Sandakan (The Zara Shopz) .