Soalan Lazim

Antara Bakal Pelanggan (BK) dan kami.

BK: Salam, saya berminat nak menempah kek dengan pavlova, tapi sebelum itu boleh tak jika saya minta sampel pavlova dulu, saya nak rasa sedap kah tidak?
Kami: Salam juga, maaf kami tidak ada sampel pavlova, nama pun home made, bukan ada kedai bakeri, jadi kami tidak ada sampel bukan sahaja pavlova, juga pada kek, creampuff, kuih muih lain, kecuali biskut raya, itupun sampel biskut raya kami buat sebelum menjelang puasa, akan di edarkan pada pelanggan dan bakal pelanggan sebelum puasa nanti. 
BK: Saya nak tanya lauk itu, lauk ini untuk katering kahwin saya berapa harga? (sudah tahu harga-harga lauk, berdiam diri untuk beberapa hari)
Kami: Jika anda bertanya tentang lauk-pauk kami, tidak apa, tetapi janganlah sampai membuatkan kami tertunggu-tunggu selama beberapa hari. Ini pernah berlaku, seorang wanita bertanyakan itu dan ini untuk katering kahwin nya, kemudian kami tertunggu selama beberapa hari, sedangkan ada lagi tempahan bakal pelanggan lain perlu dilaksanakan, tapi kami tak berani ambil lagi tempahan lain, risau juga yang tempahan katering perkahwinan nya itu jadi pula, tetapi hujung-hujung tidak jadi juga. Kami terus Unfriend dia dari facebook kami. Bukan sahaja membuang masa kami, malahan seperti menipu.
Mujurlah tempahan lain, kami belum tolak masa itu. Kini kami mengambil langkah iaitu, pelanggan bertanya terutama tentang katering kami, kami akan jawab tetapi jika tiada jawapan MAHU atau TIDAK dari bakal pelanggan dalam masa 2 hari, maka pertanyaan katering anda dikira TIDAK JADI ya. Dan selepas 2 hari itu juga, kami tidak melayani apa-apa pun pertanyaan anda. Ia dikira anda sekadar ingin tahu, bukan hendak menempah. Maaf kerana banyak masa kami terbuang sahaja.
BK: Salam, saya nak tempah kek coklat moist, apa krim nya, berapa harga, nak tempah hari sekian.. tu boleh ka?
Kami: Bila kami jawab segala pertanyaan, kami tetap kan tarikh yang dikehendaki oleh bakal pelanggan, hujung-hujung tempahan nya dia cancel, maaf orang begini pun kami akan Unfriend atau Block. Jika tidak mula bertindak awal, kemungkinan besar, akan berlaku lagi perkara yang sama dimasa akan datang, ini pernah kami alami di facebook kami, orang yang sama, kata nak tempah kek untuk Hari Ibu lepas tu dia tundah minggu depan nya konon, tapi sampai hujung tahun pun tak tempah lagi. Hujung tahun orang yang sama juga nak tempah kek konon nya pengantin suruh, hujung-hujung tidak jadi juga. Konon nya pengantin tak jadi lah ambil.
BK: Sms tentang harga creampuff lepas tu mengata agak mahal. 
Kami: Pelanggan ini bertanya tentang harga creampuff kami kemudian katanya agak mahal. Lepas tu dia sama kan pula harga creampuff di Kelantan konon nya dia terbiasa dengan harga di Kelantan Rm30/100 biji. Mungkin 100 biji pun kecil-kecil bah lagi satu adakah patut dia sama kan harga barang di Sandakan & di Kelantan konon tidak jauh beza & bukan nya naik 100% pun. Minta maaf lah pada pelanggan atau bakal pelanggan yang lain jika kami cakap dia ni memang bodoh sangat. Sepanjang berniaga, dia saja la spesis yang kami pernah berurusan dengan gaya macam tu. 2 negeri yang berbeza harga boleh pula di sama kan nya. 
Konsep nya senang saja, ada duit baru beli, tiada duit diam saja la, buat apa bebel orang baru tu tidak mahu mengalah lagi tu. Kenapa saja tidak minta pos laju creampuff dari Kelantan ke Sandakan, Sabah ni, bukan kah disana murah konon :-) Moga pertama dan terkahir lah berurusan dengan orang macam ni. Pelik. (selepas kejadian tersebut, tidak sangka dapat juga tempahan creampuff 100 biji ditempah oleh pegawai Imigresen, thank you. Allah swt tahu kami berniaga jujur, alhamdulillah). 


Harap anda faham dengan masa kami yang agak terhad, kami pun sama seperti anda juga, menguruskan kehidupan, hal keluarga , urusan peribadi dan sebagainya. Malahan masih ada  lagi bakal pelanggan lain yang perlu dilayani, bukan anda seorang sahaja, kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih kerana memilih kami, moga Allah swt merahmati anda, amin ya rabbil alamin. :-)
Jangan lupa untuk LIKE kami di facebook page>> Zara Cake & Katering Sandakan (The Zara Shopz)
Sokongan anda amatlah dihargai. Tanpa anda, siapalah kami.