Showing posts with label new year 2014. Show all posts
Showing posts with label new year 2014. Show all posts

Tuesday, 7 January 2014

Kek Snow Cheese Tempahan Encik Pg. Rahim dari Mahkamah Sandakan.


Salam dan selamat petang semua, harap anda semua sihat selalu. 
Kali ini Kek Snow Cheese tempahan Encik Pg. Rahim dari Mahkamah Sandakan kelmarin. Berat 1kg setiap satu biji kek. Kek cawan Coklat Moist dengan buttercream bersaiz S ialah percuma. Terima kasih Encik Pg. Rahim kerana menempah kami. Anda inginkan cupcake percuma? Sila tinggalkan komen pada kotak biru cbox disebelah kanan blog kami ini ya. (silabaca syarat dibawah) 

Kek Snow Cheese: 1kg - RM45.00 , 1/2kg - RM28.00










*Untuk mendapatkan cupcake percuma, pembelian haruslah 2kg dan keatas, tidak kira anda beli sekilo-sekilo (seperti gambar dibawah) atau genap 2kg dalam sebiji. Anda harus menempah 1 minggu sebelum tarikh dikehendaki. Cupcake percuma akan diberikan untuk yang datang ambil sendiri sahaja. Deposit atau bayaran penuh adalah perlu untuk memudahkan urusan. Tanpa deposit atau bayaran penuh, tempahan tidak akan dilayan. Harap maklum. :-)


Monday, 6 January 2014

1hb Januari 2014, tempahan Cik Nur Azella dari Facebook page.


Terima kasih kepada Cik Nur Azella yang berada di Kota Kinabalu kerana memilih kami untuk menyediakan kek hari lahir kedua ibubapanya. Unik sekali kedua-dua ibubapa nya yang tinggal  di Taman Nasalim, Sandakan telah menyambut hari lahir mereka pada tarikh yang sama. Happy birthday bagi pihak kami ya, so sweet.


Terima kasih Cik Nur Azella dengan order nya ya :-)

Lepas baca, jom klik di sini>> Promosi & Diskaun Makanan Sempena Tahun Baru Cina 2014 .

Tempahan Kek Sempena Sambutan Tahun Baru 2014.

Salam, baru malam ni kami dapat update blog. Banyak gambar-gambar yang akan diselitkan nanti. Sekarang ialah kek Rainbow bersama 100 biji cupcake Oreo & 100 biji cupcake Red Velvet tempahan dari Cik Shiela. Kek Rainbow seberat 2kg dan cupcake saiz S. Semuanya ialah fresh cream.

Sebelum ini, ada juga tempahan nya iaitu kek hari lahir nya yang kami buat iaitu kek Rainbow dengan fresh cream. Terima kasih pada Cik Shiela dan rakan-rakan nya. Semoga anda dan rakan diberkati Allah swt. Amin. Terima kasih sebab repeat order ya ;-)

Gambar dibawah kami cantumkan untuk memudahkan anda melihat ;-)


Untuk tempahan kek atau katering, boleh tinggalkan komen anda di kotak biru sebelah kanan blog iaitu cbox ya. Insyalah kami akan melayani anda secepat mungkin :-)
Untuk cara menempah, boleh klik disini ya>> Cara Membuat Tempahan & Pembayaran

Selamat Tahun Baru 2014 !!

 


Salam, masih sempat lagi untuk kami ucapkan Selamat Tahun Baru 2014 pada pelanggan setia kami juga pada bakal pelanggan dan juga pada semua rakan-rakan di Facebook kami, Twitter, WeChat, Facebook page dan di blog kami ini. Meninggalkan masa lalu 2013 yang begitu banyak kenangan pahit juga manis nya. Penghujung tahun lalu sekitar hujung Disember 2013, kami banyak juga menerima tempahan kek untuk majlis perkahwinan, majlis hari lahir juga untuk sambutan tahun baru para pelanggan kami. Sebab itulah baru kali ini kami dapat update blog kami pada hari ini. 

Terima kasih kerana menyokong kami selama ini walaupun kami hanya berniaga secara online. Kepercayaan anda semua amat kami hargai. Moga tahun baru ini memberi keberkatan kepada kita semua. Insyallah. Amin. :-)