Showing posts with label biskutraya. Show all posts
Showing posts with label biskutraya. Show all posts

Tuesday, 19 December 2017

🍪MIn Kaffe Cookies Dengan Chip Coklat Lazat🍪


🍪PRE ORDER DI BUKA SEKARANG🍪

Selalu nya minum kopi MIN KAFFE saja kan. Ni kali sudah ada MIN KAFFE COOKIES WITH CHOCOLATE CHIPS. 

Sesuai dijadikan hadiah raya untuk family/sahabat atau untuk makan sendiri. Enak dimakan, berkhasiat lagi untuk tubuh badan. 

Pasti ramai yang sudah tahu khasiat kopi

MIN KAFFE kan, jom la try biskut nya. Dan rasai keenakan nya.

Pm/whatsapp: 📲 Tekan Sini Untuk Terus Ke Whatsapp

Rumah Kuih Kak Rohamah 🍩 🥧 🍰

Assalamualaikum, kali ni nak kenal kan biskut-biskut, kerepek dan kuih keluaran kami. Alhamdulillah sejak update di fb tempoh hari, ramai juga yang pm, ada yang nak minta pos ke Lahad Datu, Kota Kinabalu dan Tawau.  Ada juga yang dibawa ke Kinabatangan oleh pelanggan, ada yang kerumah nak beli direct dengan kami. Hah jom cuci-cuci mata tengok gambar-gambar dibawah mana tahu ada yang berkenaan. Dulu nama nya Mama’s delight, sekarang ditukar ke Rumah Kuih Kak Rohamah. Sebab chef nya Kak Rohamah. Nama saja tukar ya, perisa, masih macam dulu juga tiada perubahan.

Boleh lah whatsapp kami: Tekan sini untuk terus ke Whatsapp Kami

Atau pm di fb page: Zara Cake Katering Sandakan








Biskut Bawang


Biskut Nuget Oren

Biskut Red Velvet

Biskut Cerelec

REMPEYEK SANDAKAN 
Ikan bilis segar + Kacang panggang yg rangup.. 
Harga:
500gm: RM18
1kg: RM35

RANGUP, ENAK UNTUK MINUM PETANG, MAKAN SEMASA PERJALANAN JAUH DALAM KERETA, ATAU UNTUK MAJLIS.. untuk tempahan awal: 📲www.wasap.my/60178630054 Rohamah

🍤POPIA SIMPUL UDANG🍤
OPEN ORDER sekarang 📲www.wasap.my/60178630054 Rohamah 

Harga:
250gm- Rm12
500gm- Rm24
1kg- Rm45

KRUP KRUP SEDAP BIKIN KUDAPAN UNTUK SEKELUARGA ATAU UNTUK HIDANGAN SEMASA PELBAGAI MAJLIS



Sunday, 12 July 2015

Ramadhan, Biskut Raya & Tempahan Anda :-)

Salam ramadhan semua, alhamdulillah sampai juga puasa kita semua kan. Kalau yang uzur atau sakit tu jangan lah paksa berpuasa sebab sekarang di Sandakan ini tidak menentu cuaca nya kejap hujan kejap panas lagi lepas tu berangin pula di waktu malam. Suami saya pun demam selesma sakit tekak lagi. Suara pun mahu hilang-hilang. Banyakkan minum air sahaja. Serta makan ubat mengikut penyakit yang di hidapi, insyallah dengan izin Allah swt harap yang sakit akan sembuh juga. 
Sekarang jam 12.25 pagi & kami masih menyusun biskut raya. Ada juga yang kami hantar ke Chau Sui Teck, BDC. 

Disana mereka kira 1 balang Rm25.50 tetapi jumlah tidak menentu. Jika direct pada kami, anda boleh membeli mengikut kepada berapa biji yang anda kehendaki. Boleh delivery juga. Cuma tempahan biskut raya kami buka sehingga 15hb Julai pada hari Rabu minggu hadapan sahaja. 

Tempahan kek pula akan kami buka semula pada minggu kedua di hari raya. Apapun anda boleh whatsapp saya di 012-8440271. Setakat ini tempahan kek kami masih dibuka lagi, ada yang ambil pada 14hb Julai, pada malam takbir & pada pagi hari raya kedua. Jika berminat nak buat majlis hari lahir atau untuk makan-makan sekeluarga, boleh lah tempah awal melalui whatsapp di 012-8440271ya, nama saya kak Marina. CEPAT SEBELUM TERLAMBAT :-)

::Ada Instagram kah::
Boleh FOLLOW kami di Instagram, sila cari ig: zaracakekatering 
Terima kasih. 

Tuesday, 16 September 2014

Jom Belajar Buat Kek & Biskut di Rumah..

Salam sayang pembaca,
Kami ada dapat panggilan juga ada terima mesej dari facebook page kami untuk mengikuti kursus buat kek juga membuat biskut. Maaf ya buat masa ini, kami tidak menganjurkan apa-apa kursus yang berkaitan lagi. Kami cuma menerima tempahan kek, biskut, kuih dan katering sahaja. Tetapi jangan risau, anda boleh belajar sendiri dirumah melalui dvd yang sudah sedia ada. Untuk melihat kandungan web atau ingin menempah dvd, anda boleh klik di page kami di sini>> Panduan Membuat Kek & Biskut Popular.. .

Moga ilmu yang dipelajari dapat memberi manfaat kepada anda sama ada anda pelajarinya khas untuk diri sendiri, untuk keluarga atau untuk perniagaan bakeri anda. Selamat belajar :-)


Wednesday, 2 July 2014

::TEMPAHAN BISKUT RAYA 2014 KINI DIBUKA::

Tempahan Biskut Raya 2014 kini dibuka. Sedap, berkualiti, rangup & yang penting 100% Halal sebab kami ialah bakers/caterer Muslim. Homemade biskut raya dari Mama's Delight ini ada beberapa jenis iaitu: 


Sebahagian dari gambar-gambar biskut raya kami


~Biskut Tat Gulung : 45sen sebiji
~Biskut Tat Marie : 45sen sebiji
~Biskut Cerelec : 45sen sebiji
~Biskut Almond London : 45sen sebiji
~Biskut Nuget Oren : 45sen sebiji
~Biskut Nestum Inti Buah : 50sen sebiji
~Biskut Red Velvet : 45sen sebiji
~Biskut Bawang : 45sen sebiji
~Kuih Makmur Nespray : 45sen sebiji

Tahun lalu terjual sebanyak 700 balang di area Sandakan & luar dari daerah Sandakan. Itupun belum masuk tempahan online. Pelanggan kata sedap & rangup. Untuk penghantaran, minimum tempahan ialah 100 biji, jika 100 biji kebawah, pelanggan harus datang ambil sendiri ya. Booking & bayar awal lagi bagus bagi memudahkan kami menyediakan tempahan anda.

Untuk menempah, hubungi Puan Rohamah di talian 013-8916531 ( call sahaja, sms tidak di layani ) atau tempah online di facebook page kami: The Zara Shopz
WeChat ID: zaracakedankatering
Twitter: @thezarashopz
Instagram: zaracakekatering
Atau saya, Kak Marina di 012-8440271 (boleh terima Whatsapp/sms juga).