Salam rakan-rakan Zara, mungkin masih ada yang keliru tentang kami. Yang kedai kek di Taman Mawar berdepan pasar (kini pindah ke depan kedai ayam TSJ) itu bukanlah kami. Kami menjual secara online iaitu Zara Cake & Katering Sandakan juga secara offline iaitu yang bernama Restoran Nurmarina bertempat di pusat bandar, berdekatan dengan stesen bas-bas mini, tingkat 1, paling senang cari restoran kami berada di atas Novelty sahaja. Pemilik kedai kek berdepan dengan kedai ayam TSJ tu ialah non muslim. Kami beragama Islam jadi jangan risau kerana kami penjual kek online muslim yang menitikberatkan makanan yang halal, suci & bersih. Kami juga tidak ada memelihara haiwan peliharaan yang haram seperti anjing juga haiwan peliharaan yang lain. Harap kekeliruan ini dapat kami jelaskan ya. Terima kasih kerana menempah dengan kami, moga Allah swt deraskan rezeki anda semua. Amin ya rabbil alamin.
Pada rakan bakeri yang lain, walaupun anda non muslim tapi jangan lah pelihara haiwan peliharaan yang haram bagi muslim, apatah lagi ada ramai juga pelanggan-pelanggan muslim membeli produk anda. Kena lah hormat pelanggan anda. Kak bukan mau becakap yang kurang elok tentang perniagaan orang lain, jauh sekali untuk menjatuhkan, tapi suami kak pernah berurusan datang ke rumah nya (depan pagar saja) rakan bakeri pemilik kedai kek di pasar Taman Mawar ini untuk membeli fresh cream dan kotak kek, depan pagarnya ada letak plat "Awas Anjing Garang". Lagi pula sepupu kakak pun tinggal berdepan saja dengan rumah nya. Rumah sepupu kakak ni corner, berdepan saja. Jadi tahu la memang ada pelihara anjing. Suci & bersih itu penting. Tapi terpulang lah pada pelanggan, nak membeli dimana pun atau menempah online. Customer is always right ya. Jika anda mementingkan produk yang halal, suci dan bersih, anda boleh fikirkan sendiri mana yang terbaik bagi anda. Tidak semestinya menempah dengan kami, ada ramai lagi rakan bakeri yang muslim & halal di Sandakan ini, ya tak? :-)
Oh ya, memandangkan bulan puasa semakin hampir, insyallah kami akan mengeluarkan produk biskut kami seperti biasa. Sudah 22 tahun kami menjual biskut raya bermula secara offline mengambil tempahan ahli keluarga dan rakan-rakan hinggalah ke era zaman IT seperti hari ini dimana produk perniagaan kini boleh juga dijual secara online. Kami berterima kasih pada pelanggan-pelanggan yang membeli biskut-biskut raya kami pada bulan puasa tahun lalu (2013). Rekod anda seperti nama dan nombor telefon anda akan kami semak semula untuk diberikan sampel biskut raya kami yang terbaru kali ini pula. Insyallah.
No comments:
Post a Comment