Wednesday, 26 March 2014

::Kek Black Forest::



Isi dalam kek ada ceri hitam yang lazat :-)


Siapa suka kek Black Forest? Angkat tangan anda hehe.. 

Secara asasnya Black Forest adalah beberapa lapisan kek sponge coklat dengan ceri hitam dan krim putar (fresh cream). Kek ini di fros dengan krim putar serta dihias dengan ceri merah serta parutan coklat.
Asal usul kek ini datang dari satu kawasan bernama Black Forest atau dalam bahasa German, Schwarzwald pada tahun 1915. Kawasan Black Forest merupakan tempat pengeluaran arak berasaskan ceri. Versi asal kek ini adalah kombinasi ceri yang dimasak, kek coklat, krim dan arak ceri.
Nama lain bagi kek Black Forest : Black Forest gâteau : Schwarzwälder Kirschtorte : Black Forest cherry torte.

Rasa, Gabungan rasa coklat yang lemak berkrim bersama masam-masam manis buah ceri. Sedaaap!

Siapa mahu kek Black Forest boleh tempah dengan kami. Boleh Whatsapp/SMS ke 012-8440271 nama Puan Marina. Atau lawati facebook page kami, klik disini: 
Untuk pertanyaan atau tempahan melalui inbox/pm/mesej. Tempahan haruslah 1 minggu sebelum tarikh dikehendaki ya. Jika yang last minit order, sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh anda kehendaki. Self pickup buat masa ini. Untuk penghantaran, harus menempah awal supaya kami boleh  urus kereta maklum lah kereta kami digunakan untuk restoran yang sentiasa sibuk setiap hari. Tapi kalau datang ambil sendiri lagi baik :-)

Harga:
Kek Black Forest
1/2kg: RM60.00
1kg: RM85.00


No comments:

Post a Comment