Tuesday 30 July 2013

Fungsi Whipping Cream & Perbezaan nya..



Whipping Cream, Masih keliru dengan kedua cream ini? Kedua-duanya adalah whipping cream (krim putar) yang mempunyai fungsi yang sama iaitu digunakan dalam penyediaan continental cake, dessert, ice-cream, topping.

Secara ringkas perbezaan antaranya adalah dari segi kandungan bahan, cara kegunaan dan penyimpanan 

1. Whipping Topping Cream atau di panggil Non-Diary Whip Cream 
Kandungan : Minyak Kernel Sawit, Sirap Jagung (baca bahan pada kotak) tiada kandungan lemak dari susu
Tekstur : Mudah kental apabila di pukul mengembang 2 x ganda, rasa manis
Kegunaan : Sebagai Topping dan Filling untuk kek continental seperti Black Forest, Fruit Flan, Banana Choc dan lain-lain.
Kaedah Penyimpanan : Simpan di tempat beku (Freezer), tahan 1 bulan selepas dibuka
Jenama di Pasaran : Rich's, Shine Road, Value Pride, Golden Peak
Dimana Saya boleh mencarinya ? :  Dikedai-kedai Bekalan Bakery, di Pasaraya jarang di dapati.

2. UHT Whipping Cream atau di panggil Dairy Whipping Cream @ Double Cream @ Thickened Cream
Kandungan : Pepejal susu
Tekstur : Lebih pekat dari susu segar (UHT full cream milk) tidak mengembang apabila dipukul, Rasa tawar
Kegunaan : Sebagai bahan campuran dalam membuat Cheese Cake, Tiramisu, Mousse, Dessert, Ice-cream dan Ganache (tidak sesuai untuk topping kek)
Kaedah Penyimpanan : Simpan dalam peti sejuk (Chiller) tidak perlu dibekukan, tahan 1 minggu selepas dibuka.
Jenama di Pasaran : Anchor, Emborg, Pauls,Shani, Greenfields, Bridel
Dimana Saya boleh mencarinya ? :  Dikedai-kedai Bekalan Bakery dan Pasaraya juga boleh di dapati.

UHT - Ultra High Temperature 

Lepas baca, jangan lupa klik di link ini ya.. Petronas Did It Again. Another Short Film For Raya 2013. Setiap klik anda, akan membantu saya. Terima kasih ya :-)

No comments:

Post a Comment