Monday 15 July 2013

Tempahan Kek Sebelum & Semasa Ramadhan..

Salam,
Hari ni dah masuk hari ke- 7 umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Alhamdulillah. Harap dapatlah kita semua berpuasa penuh, kecuali bagi kaum perempuan lah kan. Faham juga lah puasa memang tak semestinya penuh. Ok, oleh kerana dah lama tak update blog ni. Ada banyak kek tempahan kami yang tak sempat di muat kan kat sini. Baru lah kali ni dapat di upload. Kadang kala nak cepat cuma upload di Facebook dan Facebook page saja.
Tanpa lengah, jom tengok kek-kek tempahan pelanggan kami kat bawah ya. Ada yang bulan Jun punya tempahan ada juga yang bulan Julai ini juga. :-)


Fresh Fruit Cake
1kg- RM65.00
Ini adalah kek tempahan bekas pekerja restoran beliau saya. Kebetulan dia tau saya dah buat online bakery jadi konon nya dia pun nak mencuba kek buatan saya. Buah memang letak banyak kat dalam kek sebab dia request. Ni kek sempena birthday dia sebab tu ada tulisan nama Analisa. :-)






Rainbow cake (overlap)
1kg- RM90.00 (harga mengikut krim, krim nya ialah cheese cream)
Tempahan Dang Wangi di Facebook dari Sabah Hotel. Dia tempah kek ni untuk sambutan hari lahirnya bersama teman-temannya. Hari lahirnya yang jatuh pada 30hb Jun yang lalu. Terima kasih Dang Wangi, customer yang sangat comel.






Horlicks Cheesecake
1kg- RM70.00
Ini pula kek tempahan kawan hubby saya. Anak gadisnya menyambut hari lahir yang ke-17 tahun masa puasa hari pertama pada minggu yang lepas.  Sebenarnya inilah Horlicks Cheesecake saya yang pertama, dia nak saya buat kek ni dengan cheese cream sekali sebab anaknya suka horlicks. Lepas buat krim kek ni, bila di rasa sikit, memang manis jugalah sebab dah letak susu, letak horlicks lagi. Kedua-duanya pun manis. Kecuali jika customer request nak kurang manis, mungkin barulah saya kurangkan nya sedikit. Apapun kek ni memang sedap. Ada horlicks kan. Nyummy.


Tulisan tu, sepatutnya tiap 1 biskut boleh muat dua huruf tapi gara-gara kelam kabut sebab hubby saya telefon bilang dah nak sampai ke rumah, jadi bila saya tengah ambil gambar baru perasan, tulisan kek saya bersambung la pula yang nama Sharza tu. Nasiblah kawan hubby kata "ok la cantik juga". Fuuhh. Hehe. Biskut tu saya guna biskut oreo, saya tak charge la deco guna biskut. Kalau bakers yang lain tu, ada yang charge walaupun setakat deco macam tu saja. Lillah saja. Harap tuhan permudahkan lagi rezeki kita semua. 

Apapun, terima kasih lah pada kalian yang menempah ya. Kalau berminat nak tempah, boleh lah layari Facebook page saya dengan klik di sini.. The Zara Shopz . Atau boleh juga klik di Facebook Bagde yang tersedia di ruangan sebelah kanan blog ini. Nak tinggalkan komen kat sini pun boleh, tapi buat masa ni komen hanya untuk readers yang jadi followers blog ini saja, maka sudi-sudikan la jadi followers saya yang tak seberapa ni ya :-)








No comments:

Post a Comment