Tuesday 20 August 2013

Salam Raya 2013..

Tersentuh melihat video ini, klik disini untuk melihat: Without saying a word this PETRONAS Merdeka video has just proven that all Malaysians are essentially the same inside.
Pertama di Malaysia. Jom tengok disini: MPV Hybrid pertama dan satu-satunya di Malaysia. Dah tengok?

Salam sejahtera,
Wah lama saya tidak update blog. Maklumlah seminggu sebelum raya, saya sudah sibuk dengan tempahan raya. Biskut-biskut perlu di packing, tempahan kek perlu di siapkan. Snow Cheese cake boleh la dikatakan best seller kek untuk raya 2013 tahun ini sebab kebanyakan pelanggan saya menempah Snow Cheese cake dan selebihnya Horlicks Cheese cake. Mujurlah semua pelanggan yang dikasihi telah mengambil tempahan mereka dirumah.

Bila sudah menjelang raya, raya pertama pula sibuk dengan rumah terbuka secara kecil-kecilan dirumah suami saya di Taman Mawar. Kemudian pada petangnya pula saya beraya di rumah-rumah keluarga sebelah suami di sekitar Kg. Karamunting.

Selepas beraya, saya bergegas lagi pulang ke rumah ibubapa saya di Taman Grandview kerana nak buat kek untuk dihidang pada tetamu. Kata rakan bakeri saya dalam online, Puan Shida, masa raya ni lah kita nak bagi rasa dan promosi kek kita pada tetamu yang datang bertandang ke rumah. Alhamdulillah mereka bagi feedback yang baik. Ada yang ingin menempah pada bulan seterusnya, ada pula yang minta laman sesawang Facebook page saya iaitu Zara Cake House Sandakan (The Zara Shopz) .

Pada malam raya kedua pula, saya bergegas kembali ke Taman Mawar sebab esoknya iaitu raya ketiga ialah rumah terbuka dirumah suami. Sebenarnya rumah terbuka kami ialah dua kali. Raya pertama untuk keluarga sahaja, raya ketiga untuk keluarga yang tak sempat datang raya pertama dan juga kawan-kawan suami saya serta kawan ipar saya. Saya mahu juga mengundang pelanggan-pelanggan tetap saya, tapi keadaan tak mengizinkan. Sangat sibuk dengan persiapan raya, kek dan anak perempuan saya yang berusia setahun 4 bulan.

Apapun, selamat hari raya aidilfitri. Masih belum terlambat untuk saya ucapkan, kan kita masih dalam bulan Syawal juga. :-) Maaf segala salah silap saya sepanjang anda berurusan dengan saya, manalah tahu ada yang mesej di Facebook page saya tapi saya tak balas. Ada pula yang saya tolak tempahan nya. Maklumlah saya tak berani ambil tempahan sekitar raya pertama hingga raya ketiga sebab masa itu lah saya sibuk yang amat sangat. Maaf banyak-banyak ya.

Ok bagi yang berminat nak belajar buat kek coklat tapi tak ada masa nak ikut kursus, boleh klik disini  Belajar Buat Kek Coklat .
Ingin belajar buat biskut penyet iaitu seperti biskut ala Famous Amos, ada beberapa jenis biskut yang boleh anda pelajari disini Resepi Biskut Famous Amos & Ketahui Rahsia Perniagaannya .
Nak belajar buat coklat handmade yang sedap dan cantik, untuk dijadikan hadiah pada orang tersayang atau untuk hantaran pertunangan mahupun perkahwinan, pelajarilah cara buat coklat handmade atau dalam bahasa Melayu, coklat buatan tangan disini Rahsia Coklat Buatan Tangan .

No comments:

Post a Comment