Tuesday, 27 August 2013

Kek Minggu Ini: Rainbow Cake.. :-)

Ingin Baucer Percuma? Klik disini: Shoppers & Fashionista! Sertai untuk peluang menang RM500 baucar shopping!

Hai & salam semua,
Minggu ini ialah minggu terakhir pada bulan Ogos 2013. Begitu cepat masa berlalu, kita sudah pun ke pertengahan tahun.
Kami baru siapkan beberapa tempahan, tetapi kali ini kami masuk kan gambar kek yang best seller. Kata customer, sangat sedap. Terima kasih. Kek ini adalah tempahan saudari Shiela Masbah dari facebook page kami. Ia ditempah sempena hari lahirnya yang ke-25. Terima kasih ya sebab kata sedap.

Rainbow cake with fresh cream
Tempahan Cik Shiela Masbah
1kg
RM80.00

Ini adalah Rainbow cake dengan fresh cream. Fresh cream sememangnya lazat, kiranya krim yang lazat selepas cream cheese (krim keju). Berminat boleh tempah dengan kami di facebook page kami.. Zara Cake House Sandakan (The Zara Shopz) . Atau klik disini untuk melihat senarai harganya.. Rainbow Cake .


Apa itu Cinta 20 sen? Filem Aaron Aziz dan Neelofa atau drama di Tv3? Menjadi tanda tanya bagi anda? Jom klik disini, apakah ia  Cinta 20sen [2013] .

Tuesday, 20 August 2013

Salam Raya 2013..

Tersentuh melihat video ini, klik disini untuk melihat: Without saying a word this PETRONAS Merdeka video has just proven that all Malaysians are essentially the same inside.
Pertama di Malaysia. Jom tengok disini: MPV Hybrid pertama dan satu-satunya di Malaysia. Dah tengok?

Salam sejahtera,
Wah lama saya tidak update blog. Maklumlah seminggu sebelum raya, saya sudah sibuk dengan tempahan raya. Biskut-biskut perlu di packing, tempahan kek perlu di siapkan. Snow Cheese cake boleh la dikatakan best seller kek untuk raya 2013 tahun ini sebab kebanyakan pelanggan saya menempah Snow Cheese cake dan selebihnya Horlicks Cheese cake. Mujurlah semua pelanggan yang dikasihi telah mengambil tempahan mereka dirumah.

Bila sudah menjelang raya, raya pertama pula sibuk dengan rumah terbuka secara kecil-kecilan dirumah suami saya di Taman Mawar. Kemudian pada petangnya pula saya beraya di rumah-rumah keluarga sebelah suami di sekitar Kg. Karamunting.

Selepas beraya, saya bergegas lagi pulang ke rumah ibubapa saya di Taman Grandview kerana nak buat kek untuk dihidang pada tetamu. Kata rakan bakeri saya dalam online, Puan Shida, masa raya ni lah kita nak bagi rasa dan promosi kek kita pada tetamu yang datang bertandang ke rumah. Alhamdulillah mereka bagi feedback yang baik. Ada yang ingin menempah pada bulan seterusnya, ada pula yang minta laman sesawang Facebook page saya iaitu Zara Cake House Sandakan (The Zara Shopz) .

Pada malam raya kedua pula, saya bergegas kembali ke Taman Mawar sebab esoknya iaitu raya ketiga ialah rumah terbuka dirumah suami. Sebenarnya rumah terbuka kami ialah dua kali. Raya pertama untuk keluarga sahaja, raya ketiga untuk keluarga yang tak sempat datang raya pertama dan juga kawan-kawan suami saya serta kawan ipar saya. Saya mahu juga mengundang pelanggan-pelanggan tetap saya, tapi keadaan tak mengizinkan. Sangat sibuk dengan persiapan raya, kek dan anak perempuan saya yang berusia setahun 4 bulan.

Apapun, selamat hari raya aidilfitri. Masih belum terlambat untuk saya ucapkan, kan kita masih dalam bulan Syawal juga. :-) Maaf segala salah silap saya sepanjang anda berurusan dengan saya, manalah tahu ada yang mesej di Facebook page saya tapi saya tak balas. Ada pula yang saya tolak tempahan nya. Maklumlah saya tak berani ambil tempahan sekitar raya pertama hingga raya ketiga sebab masa itu lah saya sibuk yang amat sangat. Maaf banyak-banyak ya.

Ok bagi yang berminat nak belajar buat kek coklat tapi tak ada masa nak ikut kursus, boleh klik disini  Belajar Buat Kek Coklat .
Ingin belajar buat biskut penyet iaitu seperti biskut ala Famous Amos, ada beberapa jenis biskut yang boleh anda pelajari disini Resepi Biskut Famous Amos & Ketahui Rahsia Perniagaannya .
Nak belajar buat coklat handmade yang sedap dan cantik, untuk dijadikan hadiah pada orang tersayang atau untuk hantaran pertunangan mahupun perkahwinan, pelajarilah cara buat coklat handmade atau dalam bahasa Melayu, coklat buatan tangan disini Rahsia Coklat Buatan Tangan .

Thursday, 1 August 2013

Desa Fresh Mart kini dibuka di Taman Mawar, Sandakan.

WIN RM1,111.00!! CLICK HERE ON HOW TO WIN!

Salam semua,
Sesiapa yang tinggal di Taman Mawar memang cukup beruntung kerana selain Chau Sui Teck supermarket, kini Desa Fresh Mart sudah dibuka di Taman Mawar. Rasanya tidak lah jauh sangat nak berbelanja. Selain menjual daging dan ayam, mereka juga ada jual daging kambing, yang best nya ayam pun sudah kena potong-potong sedia. Boleh pilih sama ada nak drumstick kah, sayap ayam kah atau sebagainya. Selain susu UHT putih dan coklat juga ada susu kambing dan madu keluaran Desa. Cukup cantik dan menarik. Kelebihan Desa Fresh Mart ini ialah ianya halal.
Ok saya sertakan sedikit gambar dibawah untuk tatapan kalian.






Susu kambing yang bahagian atas rak itu..









::TOPIK TERHANGAT::