Wednesday 24 August 2016

5 Tier Wedding Cake with Eiffel Tower theme..


Assalamualaikum wbt & hello everybody all Sandakan people & pembaca blog dimana saja anda berada hehe, salam pagi semua. Jom cuci mata tengok gambar kek perkahwinan fondant 5 tingkat ni. Tema tu Eiffel Tower wow menara Paris gitu hehe. Kek ini ditempah oleh Cik Moonyra Moi untuk adik perempuan nya yang merupakan pengantin pada malam party itu. Cik Moonyra menempah melalui facebook page kami: Zara Cake Katering Sandakan . 

Dan dihantar ke Dewan SMK Merpati, batu 7, Sandakan. Kata Cik Moonyra, para jemputan akan berkumpul pada jam 7 malam, jadi kek perlu berdiri pada jam 6.30 malam. Jadi kami pun bergegas lah ke dewan tersebut tepat pada jam 5 petang bergerak dari Taman Mawar, batu 5. 

Bunga tu kami guna bunga seribu dan bunga carnation & warna mengikut permintaan pelanggan iaitu hot pink. Alhamdulillah siap juga akhirnya dengan bantuan pakar hiasan dari Sim-Sim, si antie Shela syukur alhamdulillah. Kek ni berperisa butter cake, coklat moist cake dan red velvet cake. Campur-campur perisa. 

Kalau ada yang berminat nak menempah kek sebegini jangan segan silu ya sila whatsapp pada kak Marina di 012-8440271. Tempahan perlu awal tau, sekurang-kurang nya 1-2 bulan sebelum tarikh dikehendaki. Kalau 2-3 minggu sebelum pun whatsapp saja, mana tahu insyallah kami ada masa juga untuk buat. Mungkin bergantung kepada keadaan juga lah ya. Jika tiada tempahan lain masa tu insyallah akan diterima. 

Intro..

5 Tier Wedding Cake with Eiffel Tower theme..








sempat lagi kami bergambar di bawah pelaminan nya, ni kali tema Menara Paris juga Eiffel Tower hehe. Smart juga kreatif andaman nya ni. 


No comments:

Post a Comment