Salam semua,
Cantik kah, gambar kucing & ikan atas coffee latte ni? Jom klik sini, kalau nak tau tentang keunikan coffee>> Koleksi Gambar Kopi Yang Unik
Oleh kerana tempahan yang dibuat tinggal sikit lagi, maka sis berhenti seketika untuk menaip sambil berbekal kan kek coklat moist lebihan dari kek hari lahir sepupu juga air special iaitu air sejuk. Hehe. Baru-baru ini pun ada jugalah sis sedikit berperang dengan emosi. Kena tipu oleh bakal pelanggan. Barang sudah dibeli standby, last-last di cancel. Kecil hati+terkilan+marah la juga, terkilan kerana yang ingin menempah ni pun bukan nya orang lain, ada juga kaitan keluarga walau bau-bau bacang, tapi biarlah, Allah swt adalah Maha Adil lagi Mengetahui :-)
Terima kasih sis ucapkan pada yang benar-benar ingin belajar buat kek dengan sis. Sis memang mahu buta kelas. Baby sudah ada orang yang tetap jaga. Cuma ada beberapa faktor yang tidak dapat di elakkan iaitu faktor persekitaran yang sempit, tiada pembantu & belum ada masa yang sesuai. Maklum la semua ini harus di titik beratkan juga bagi menjamin keselesaan pelanggan atau pelajar.
Sudah ramai yang bertanya sis, ada pm/inbox di fb page, ada yang chat di WeChat, ada yang mesej di Twitter.
Koleksi Resepi Lazat & Bengkel Masakan Di Sini
Koleksi Resepi Lazat & Bengkel Masakan Di Sini
Sis bukan lah kedekut ilmu tetapi faktor-faktor tersebut tidak dapat di elak kan. Ada juga sis dengar, orang ajar buat kek di Tmn Indah Jaya, kata orang, rumahnya pun sempit juga seperti rumah sis di Tmn Mawar ini, tapi bagi sis, masing-masing lah kan dengan cara sendiri. Terus terang sis susah mau buat kelas kalau pula sempit, baby nanti bangun dari tidur, nanti kacau-kacau pelajar alahai. Maka sis tidak buat lagi kelas. Tapi kadangkala sis bagi resepi juga bagi yang berkenaan. Sebenarnya tidak ramai penjual yang manu kongsi resepi rahsia mereka. Bagi sis, ilmu itu datang dari Allah swt, rezeki pun dari Dia. Cuma kadangkala sis ada minta tolong share kan entri blog sis, tak di share kan pula sama ada di fb atau Twitter si peminta resepi, kadang itu yang bikin terkilan juga hehe :-) Sama ada entri blog sis ini ataupun link yang sis sertakan minta di klik, harap dapatlah ditunaikan. Rasanya biarlah kita kongsi ilmu dan pengetahuan tu sama-sama.
Sis akan cuba menjawab pertanyaan rakan-rakan jikalau ada pertanyaan, insyallah, melainkan kalau sudah sis sibuk didapur dan ada pertanyaan masuk, nah lambat la sis reply tu. Maklum la 1 orang kan. Jangan kecil hati ya, bukan sis sengaja, biar lambat pun, sis tetap reply juga. Insyallah.