Monday, 15 July 2013

If You Always Wanted Extra Internet Quota at Home. This Is For You!

Malaysia Best Home Broadband 2012. P1 ForHome gives Extra 480GB Quota, FREE Phone + 300 Free Call Minutes. Enquire Now!!



Tempahan Kek Sebelum & Semasa Ramadhan..

Salam,
Hari ni dah masuk hari ke- 7 umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Alhamdulillah. Harap dapatlah kita semua berpuasa penuh, kecuali bagi kaum perempuan lah kan. Faham juga lah puasa memang tak semestinya penuh. Ok, oleh kerana dah lama tak update blog ni. Ada banyak kek tempahan kami yang tak sempat di muat kan kat sini. Baru lah kali ni dapat di upload. Kadang kala nak cepat cuma upload di Facebook dan Facebook page saja.
Tanpa lengah, jom tengok kek-kek tempahan pelanggan kami kat bawah ya. Ada yang bulan Jun punya tempahan ada juga yang bulan Julai ini juga. :-)


Fresh Fruit Cake
1kg- RM65.00
Ini adalah kek tempahan bekas pekerja restoran beliau saya. Kebetulan dia tau saya dah buat online bakery jadi konon nya dia pun nak mencuba kek buatan saya. Buah memang letak banyak kat dalam kek sebab dia request. Ni kek sempena birthday dia sebab tu ada tulisan nama Analisa. :-)






Rainbow cake (overlap)
1kg- RM90.00 (harga mengikut krim, krim nya ialah cheese cream)
Tempahan Dang Wangi di Facebook dari Sabah Hotel. Dia tempah kek ni untuk sambutan hari lahirnya bersama teman-temannya. Hari lahirnya yang jatuh pada 30hb Jun yang lalu. Terima kasih Dang Wangi, customer yang sangat comel.






Horlicks Cheesecake
1kg- RM70.00
Ini pula kek tempahan kawan hubby saya. Anak gadisnya menyambut hari lahir yang ke-17 tahun masa puasa hari pertama pada minggu yang lepas.  Sebenarnya inilah Horlicks Cheesecake saya yang pertama, dia nak saya buat kek ni dengan cheese cream sekali sebab anaknya suka horlicks. Lepas buat krim kek ni, bila di rasa sikit, memang manis jugalah sebab dah letak susu, letak horlicks lagi. Kedua-duanya pun manis. Kecuali jika customer request nak kurang manis, mungkin barulah saya kurangkan nya sedikit. Apapun kek ni memang sedap. Ada horlicks kan. Nyummy.


Tulisan tu, sepatutnya tiap 1 biskut boleh muat dua huruf tapi gara-gara kelam kabut sebab hubby saya telefon bilang dah nak sampai ke rumah, jadi bila saya tengah ambil gambar baru perasan, tulisan kek saya bersambung la pula yang nama Sharza tu. Nasiblah kawan hubby kata "ok la cantik juga". Fuuhh. Hehe. Biskut tu saya guna biskut oreo, saya tak charge la deco guna biskut. Kalau bakers yang lain tu, ada yang charge walaupun setakat deco macam tu saja. Lillah saja. Harap tuhan permudahkan lagi rezeki kita semua. 

Apapun, terima kasih lah pada kalian yang menempah ya. Kalau berminat nak tempah, boleh lah layari Facebook page saya dengan klik di sini.. The Zara Shopz . Atau boleh juga klik di Facebook Bagde yang tersedia di ruangan sebelah kanan blog ini. Nak tinggalkan komen kat sini pun boleh, tapi buat masa ni komen hanya untuk readers yang jadi followers blog ini saja, maka sudi-sudikan la jadi followers saya yang tak seberapa ni ya :-)








Monday, 3 June 2013

Popular di Facebook Page kami...

All time favourite...
Ya itulah yang sentiasa dicari dan popular di facebook page kami, selalu sahaja customer repeat order. Antara yang selalu repeat order untuk berkali-kalinya ialah:-

1- Snow Cheese cake
1/2 kg- RM40.00
1 kg- RM70.00
Sebab cream cheese diletak penuh serta ada taburan cheddar cheese yang lazat.






















2- Kek Chocolate Moist
1/2 kg- RM35.00
1 kg- RM55.00
1 1/2 kg- RM70.00
Dengan coklat ganache yang lazat serta lemak berkrim. Gabungan antara kek coklat lembap (moist) dan coklat ganache yang di tuang serta di salut di seluruh kek seperti rasa coklat sebenar. Whole of chocolate.





















3- Mini Pavlova
8 pcs- RM35.00
Rasa macam marshmallow dengan kelazatan fresh cream serta taburan buah-buahan. Buah kadangkala ikut musim juga, maklum lah kalau di Sandakan ni jarang benar ada jual buah Strawberri dan Kiwi, jika ada musimnya barulah boleh letak atas pavlova, sebab pavlova sangat manis jadi sesuai letak buah-buah masam, tetapi jika tidak ada buah Strawberri dan buah Kiwi, kebiasaan nya kami gantikan dengan cocktail fruit dan nenas, sedap rasa masam vs manis.























Kalau nak tempah, sila klik di link ini ya.. Zara Cake House Sandakan (The Zara Shopz)

Sunday, 2 June 2013

Kembali setelah berbulan menyepi...

Salam semua,
Cukup lama saya tak update blog, bukan nya apa, saya sentiasa update di Facebook page Zara Cake House (The Zara Shopz) dan jarang benar update di sini. Kesibukan semasa bulan lepas iaitu sempena Hari Ibu juga dengan minggu-minggu yang seterusnya membuatkan saya lupa nak masuk blog semula. Bila dah kurang sibuk ni, barulah saya dapat masuk blog-blog saya semula. Sebenarnya saya ada dua blog, iaitu wordpress dan blogspot ini. Wordpress saya adalah blog saya dalam bahasa Inggeris. Kebanyakan pembaca dari luar negara, jadi saya bahagikan kepada dua. Blogspot ini untuk pelanggan yang saya kasihi juga untuk semua yang sudi membaca blog kek saya yang tak seberapa ni. 
Memandangkan dah lama tak update blog, jadi banyak gambar-gambar jualan kek saya yang tak sempat masuk kat blog ni. Insyallah jika ada kesempatan, saya akan masukkan kesemua sekali, tu pun akan ambil masa, maklumlah guna ipad saja, bukan nya lappy atau desktop, ada desktop pun tapi rosak. Tak macam wordpress, ada apps nya yang tersendiri jadi senang nak update pantas, bukan macam blog , puas saya nak cari apps nya untuk di download tapi tak jumpa langsung dalam App store. Atau saya yang tak pandai cari mungkin tak pastilah. Sambil-sambil taip blog, sambil tu juga minum susu segelas dan makan puding roti bakar. Puding sangat sedap bila dimakan semasa sejuk. Nyuummmyy. 

Monday, 15 April 2013

Birthday Cake Tempahan Dari Student SMK Sung Siew, Sandakan.






Ini ialah Chocolate Moist Cake seberat 1kg lebih tempahan dari pelajar SMK Sung Siew, Sandakan. Harga kek ialah RM70.00. Hadiah dari seorang gadis manis untuk sahabatnya yang bernama Aneeza. So sweet, teringat pula zaman saya sekolah dulu, saya pun sekolah kat SMK Sung Siew juga tingkatan 5A batch 2001. Masa birthday kawan dulu pernah juga saya belikan kek hari lahir yang ke 17 tahun untuk kawan saya. Sudah 12 tahun berlalu, semuanya berlaku dengan begitu pantas. Rindu sangat kenangan itu. Ok la sesiapa nak tempah kek macam ni, boleh la drop komen disini atau layari Facebook page saya dengan klik di sini The Zara Shopz . 

::Promosi:: Cupcake Gifts

Hai,
Kali ini kami ada buat promosi Cupcake Gifts iaitu cupcake yang dibungkus cantik untuk dijadikan hadiah. Kami tidak mengenakan caj untuk pembungkusan kerana packaging nya yang simple dan di ikat dengan riben. Boleh lihat contoh gambar dibawah.




Cupcake Gifts untuk customer comel di Sabah Hotel, Sandakan.
Gambar ehsan dari customer, Dang Wangi.


Gambar diatas ialah Oreo Cupcake 12 pcs- RM25.00. Namun demikian jika ada permintaan untuk eksklusif packaging berserta kad ucapan, anda harus tambah RM5.00 dan seperti biasa caj penghantaran sebanyak *RM2.00 akan dikenakan jika anda ingin kami hantar ke rumah atau pejabat anda atau kepada orang yang ingin anda hadiahkan. 

Untuk melihat senarai jenis cupcake dan harga, anda boleh klik di pages dalam blog ini iaitu Cupcake. Untuk tempahan atau pertanyaan, boleh komen kami disini atau layari Facebook page kami The Zara Shopz . 

*perubahan caj akan berlaku, caj penghantaran bergantung kepada lokasi anda, 

Tuesday, 12 March 2013

Red Velvet Cake order dari Yati di Tmn Mawar, Batu 5, Sandakan
-with buttercream (krim biasa)
1.2 kg
RM65.00








Thank you dear;-)