Wednesday, 31 July 2013

Untuk fashionista ..

Hai,
Butik online kami ada jual baju yang cantik, stylish dan corak nya pun unik. Sesuai lah bagi anda yang nak bergaya dan cantik di hari lebaran ini. Masih sempat nak tempah lagi. Stok kami terhad, sekarang tinggal beberapa helai sahaja lagi mengikut saiz. Jenis kain nya ialah cotton dan terdapat dalam saiz S, M dan L. Seperti biasa kami selling fast setiap produk kami. Siapa cepat, dia dapat. Harga ialah RM70.00 sahaja termasuk penghantaran. Berminat, boleh komen kami di bahagian ruangan komen dibawah ini. Kami jual hanya dalam blog sahaja dan tidak terdapat dalam fanpage di Facebook. Jadi tolong tinggalkan komen dibawah entri ini sahaja ya. Raya dah nak dekat, boleh lah tempah awal. Jangan kasi lama :-)

Unice Printed Charming Top
RM70.00 (termasuk kos penghantaran)

Material:Cotton 
Size:Comes in sizes S, M, L 
Stretchable:Slightly 
Thickness:Normal 
Special Note:No 










Tuesday, 30 July 2013

Fungsi Whipping Cream & Perbezaan nya..



Whipping Cream, Masih keliru dengan kedua cream ini? Kedua-duanya adalah whipping cream (krim putar) yang mempunyai fungsi yang sama iaitu digunakan dalam penyediaan continental cake, dessert, ice-cream, topping.

Secara ringkas perbezaan antaranya adalah dari segi kandungan bahan, cara kegunaan dan penyimpanan 

1. Whipping Topping Cream atau di panggil Non-Diary Whip Cream 
Kandungan : Minyak Kernel Sawit, Sirap Jagung (baca bahan pada kotak) tiada kandungan lemak dari susu
Tekstur : Mudah kental apabila di pukul mengembang 2 x ganda, rasa manis
Kegunaan : Sebagai Topping dan Filling untuk kek continental seperti Black Forest, Fruit Flan, Banana Choc dan lain-lain.
Kaedah Penyimpanan : Simpan di tempat beku (Freezer), tahan 1 bulan selepas dibuka
Jenama di Pasaran : Rich's, Shine Road, Value Pride, Golden Peak
Dimana Saya boleh mencarinya ? :  Dikedai-kedai Bekalan Bakery, di Pasaraya jarang di dapati.

2. UHT Whipping Cream atau di panggil Dairy Whipping Cream @ Double Cream @ Thickened Cream
Kandungan : Pepejal susu
Tekstur : Lebih pekat dari susu segar (UHT full cream milk) tidak mengembang apabila dipukul, Rasa tawar
Kegunaan : Sebagai bahan campuran dalam membuat Cheese Cake, Tiramisu, Mousse, Dessert, Ice-cream dan Ganache (tidak sesuai untuk topping kek)
Kaedah Penyimpanan : Simpan dalam peti sejuk (Chiller) tidak perlu dibekukan, tahan 1 minggu selepas dibuka.
Jenama di Pasaran : Anchor, Emborg, Pauls,Shani, Greenfields, Bridel
Dimana Saya boleh mencarinya ? :  Dikedai-kedai Bekalan Bakery dan Pasaraya juga boleh di dapati.

UHT - Ultra High Temperature 

Lepas baca, jangan lupa klik di link ini ya.. Petronas Did It Again. Another Short Film For Raya 2013. Setiap klik anda, akan membantu saya. Terima kasih ya :-)

Thursday, 25 July 2013

::PROMOSI RAMADHAN 2013:: SNOW CHEESE CAKE & HORLICKS CHEESE CAKE

Salam, 
Pada bulan Ramadhan 2013 ini, kami ada promosi Snow Cheese cake & Horlicks Cheese cake. Untuk 1kg berharga RM55.00 sahaja. Harga sebenar ialah RM70.00. Snow Cheese cake & Horlicks Cheese cake kami adalah best seller kek yang sentiasa diminati ramai, ianya penuh dengan krim keju lazat dan taburan cheddar cheese yang enak. Promosi ini sah dalam bulan Ramadhan ini sahaja. Bagi yang ingin menempah untuk dijadikan juadah raya, boleh ambil pada malam takbir nanti. Kami tidak dapat menghantar tempahan Snow Cheese cake & Horlicks Cheese cake kepada anda atas sebab-sebab tertentu. Anda harus datang ambil sendiri kerumah kami. Jika berminat nak tempah, pm kami awal ya. 

Sebab jika sudah full order, kami tidak akan menerima tempahan lagi. Promosi ini adalah untuk kawasan Sandakan sahaja. Jangan lupa jadi follower kami di blog ini ya. Jika beli kek selepas raya nanti, follower akan dapat *diskaun pada setiap kek yang dibeli. Diskaun akan diumumkan kemudian. Tunggu update dari kami nanti ya. 
Boleh tinggalkan komen dibawah atau pm kami di facebook page kami disini.. The Zara Shopz
*diskaun hanya sah untuk kek 1kg dan keatas sahaja. 


Lepas baca, jangan lupa klik disini untuk tawaran promosi lain.. Buka Puasa with KFC for free!!


Wednesday, 24 July 2013

::Promosi:: >> Kek

Salam dan hai,

Sesiapa yang mahu Snow Cheese cake, Horlicks Cheese cake atau Nutty Mango Cheese cake berat 1/2kg. Pm ya. Dapat hari Sabtu 27hb Julai ni.Masa tu memang ada readymade punya. Hanya tinggal satu saja. Pm awal ya. :-)
Selain itu jangan lupa klik disini ya.. TRENDING] #MyRealLifeIs …. Share what it means to you. 



Tuesday, 23 July 2013

Tempahan customer dari fb..


Salam,
Bagaimana dengan puasa anda semua hari ni, harap ok juga. Tempoh hari saya ada terima tempahan dari rakan fb. Boleh lihat nya dibawah, manalah tahu anda berkenan juga nak menempah. Kalau anda menempah melalui blog kami, kami akan bagi diskaun juga. Yang penting anda jadi followers kami di blog kami. Kadangkala promosi dan diskaun hanya kami umumkan di blog sahaja dan bukan di facebook fanpage kami. Jadi jangan lepaskan peluang ya.

Bagi yang berminat nak bisnes online bakeri hanya dari rumah, boleh lah klik link dibawah untuk keterangan lanjut. Kami bukan sahaja membantu anda untuk mencari maklumat bagi memulakan perniagaan dari rumah malahan memberikan anda panduan bagaimana membuat kuih, kek, biskut dan coklat tampa perlu keluar rumah untuk berkursus lagi.

Untuk belajar membuat Kek Coklat yang lazat>>> Buat Kek Coklat 
Pelajari cara membuat Coklat Handmade>>> Rahsia Coklat Buatan Tangan
Rahsia Kejayaan Perniagaan Biskut>>> Resepi Biskut Famous Amos & Ketahui Rahsia Perniagaan nya

Tempahan daripada Puan Farizah Jatin di FB
KEK RED VELVET DENGAN KRIM KEJU
1kg
RM85.00



Tempahan daripada Ms. Venus Bazar Sepin di FB page kami.
KEK SNOW CHEESE
1kg
RM70.00




Tempahan daripada Ms. Fasya Luna di FB page kami.
KEK NUTTY MANGO CHEESE
1/2 kg
RM35.00






Tempahan daripada Puan Sue di personal FB.
KEK SNOW CHEESE
1kg
RM70.00

Untuk menempah, klik disini ya.. The Zara Shopz


















Sunday, 21 July 2013

Resepi Biskut Famous Amos & Ketahui Rahsia Perniagaan nya..

Salam dan hai semua,
*(untuk melihat resepi lain lagi, sila klik disini.. Ketahui Rahsia Perniagaan Biskut Famous Amos )
Saya nak berikan salah satu resepi rahsia biskut ala Famous Amos. Harap anda semua suka. Resepi ini di emel oleh seorang teman saya yang juga peniaga biskut. Kami bersama sememangnya menyukai biskut Famous Amos ini. Jadi bagi anda diluar sana yang meminati biskut Famous Amos sekarang ianya bukan rahsia lagi. 
Saya kongsikan bersama anda salah satu daripada pelbagai jenis biskut-biskut enak ala Famous Amos. Saya juga minta halalkan kepada empunya resepi nya ya untuk diletak pada blog saya ini. Nak lihat pelbagai lagi resepi biskut ala Famous Amos yang enak dan lazat boleh lah klik di link ini ya.. Ketahui Rahsia Perniagaan Biskut Famous Amos .

Resepi Biskut Famous Amos.



Bahan-bahan: 

1 cawan butter
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung jagung
1 s/k soda bicarbonat
1 cawan gula halus
1 cawan gula perang
2 1/2 cawan oat yg dimesin halus (sukat oat dan kemudian dimesin hingga halus)
12 oz. chocolate chips (eryne gune brand Hershey)
1/2 s/k garam
9 oz. chocolate Cadbury (parut)
2 biji telur
1 s/k baking powder
1 1/2 cawan chopped nuts (eryne gune walnut, almond & hazel)
1 s/k vanilla

Cara: 

1. Pukul butter dan gula hingga gebu.
2. Masukkan telur dan vanilla, campurkan tepung, oat, garam, baking powder dan soda bikarbonat.
3. Masukkan chocolate chips Hershey, Cadbury bar (yg dah di parut) dan kekacang, sebatikan semua bahan dan gaul rata.
4. Kemudian sudukan ke dalam loyang dlm jarak 2 inci.
5. Bakar dalam 15min pd suhu 170 degree celcius.


Untuk info lanjut, sila klik disini.. Ketahui Rahsia Perniagaan Biskut Famous Amos .


Friday, 19 July 2013

Jom Belajar Buat Biskut Ala Famous Amos.

Salam ramadhan semua,
Kali ni saya nak cerita tentang biskut lagi. Ini bukan nya seperti biskut raya yang lain yang kebiasaan nya anda dengar seperti biskut Tat Gulung, biskut Almond London, biskut Cerelec dan sebagainya tetapi ianya biskut drop atau biskut penyet. Tahu tak apa itu biskut drop/biskut penyet? Biskut Penyet atau Biskut Drop merupakan biskut yang dihasilkan tanpa mengunakan acuan. Ia tidak berbentuk tetap. Ia juga mudah dibuat. Dan yang paling penting, ia sedap dan menyelerakan. Biskut ini juga mempunyai permintaan sepanjang masa. Tidak semestinya untuk hari raya saja.

Pernah dengar tak Famous Amos? Yang menjual biskut yang lazat dan rangup tu. Saya pun pernah membeli biskut Famous Amos ini setiap kali menjejakkan kaki ke Kota Kinabalu (KK), (kedai Famous Amos tidak ada di Sandakan, Sabah lagi). Rasanya yang enak dan crunchy sampai saya tak sedar ianya habis dimakan semasa menonton tv. 






Bayangkan anda makan satu beg plastik besar biskut Famous Amos jenis coklat cip. Rasa mentega dan cip coklat tu terlalu lazat sampai kita terfikir nak buat biskut yang serupa bukan saja dari segi rasa malahan rupa bentuk nya juga seperti Famous Amos. Nak buat tapi tak tahu resepi. Paling senang lagi tak perlu ikut kursus membuat biskut drop/biskut penyet ini diluar. Hanya menonton CD dan belajar dirumah saja. Menarik bukan?

Dapatkan CD panduan membuat biskut penyet ala Famous Amos disini Ketahui Rahsia Perniagaan Biskut Famous Amos. Jika anda ingin kelainan pada hari raya tahun ini. Apa kata anda buat biskut penyet/biskut drop ini pula. Ringkas dan lazat, tetamu yang bertandang kerumah anda pun mesti kata "Eh, macam biskut Famous Amos la". Masih ada masa untuk anda mempelajarinya. Kita masih ada 2 minggu lebih lagi hari berpuasa di bulan ramadhan ini. Boleh juga beli CD panduan ini untuk anak anda. Kanak-kanak pasti suka menyertai anda didapur sambil membuat biskut penyet/biskut drop ini tanpa rasa susah menggunakan acuan lagi. Pasti mereka juga teruja menunggu biskut siap dimasak. 

Bagi yang ingin menambah sumber pendapatan, dan ingin berniaga dalam bidang makanan. Apa kata anda mulakan perniagaan anda dengan menjual biskut ala Famous Amos. Di Sandakan pun tak ada lagi jualan biskut macam ni. Manalah tahu anda orang pertama yang memulakan nya. Manalah tahu juga, disitulah punca rezeki anda. Tak rugi duit, masa dan tenaga. Kerana bukan saja boleh dijual sebagai biskut raya malahan permintaan nya sepanjang masa. Kemahiran yang anda miliki hasil pembelajaran daripada CD panduan tersebut dapat anda manfaatkan dalam perniagaan anda kelak. Insyallah.

Untuk info lanjut mengenai panduan membuat biskut ala Famous Amos yang lazat dan rangup sila klik sini.. Ketahui Rahsia Perniagaan Biskut Famous Amos .

p/s: selamat berpuasa dan selamat mempelajari panduan ya :-) Jangan lupa klik LIKE fanpage online bakeri kami di The Zara Shopz .

Thursday, 18 July 2013

Mari Belajar Buat Coklat..

Salam,
Siapalah yang tidak menggemari Ferrero Rosche. Coklat mahal dari Italy tu kan. Ianya coklat jenis truffle, dalam nya ada kacang dan waffle disaluti dengan coklat cair dan di oles dengan kekacang. Sedap nya bukan alang-alang tapi harga pun cantik juga. Itulah kebanyakkan dari kita, ingin kan makanan yang enak dan lazat berkrim seperti coklat tapi nak membelinya pun berfikir lagi dua kali. Maklumlah harga Ferrero Rosche ni dalam lingkungan RM29.00 hingga RM42.00 bergantung kepada saiz kotak dan isi nya. (Harga di setiap kedai tidak sama).

Apa kata anda buat coklat sendiri dirumah, jimat masa dan tenaga lagi. Bermacam jenis coklat yang boleh anda buat, bukan saja untuk makan sendiri bah kan boleh juga dibuat sebagai sumber pendapatan. Tapi nak buat tu pun bukan semudah ABC. Kena ada ilmu asas dan pengetahuan nya juga. Saya pernah buat coklat pertama kali dahulu, dah la tak menjadi malahan hangus lagi, sedih betul. Terus buang kat tong sampah. Kini dah senang nak belajar, tak perlu keluar rumah ambil kursus lagi. Bukan nya semua kita ni sentiasa ada masa kan. Saya syorkan kepada anda CD Coklat Buatan Tangan .

Ianya merupakan keluaran anak tempatan yang kini semakin mendapat tempat dihati penggemar coklat juga pada bakers seperti saya. Nak tahu lebih lanjut, boleh lah klik disini.. Cara Buat Coklat . CD ini sudah pernah saya beli dan insyallah berbaloi untuk dipelajari. Tak rugi anda belinya, gunakan  untuk kegunaan sendiri atau untuk memantapkan lagi perniagaan. Bagi saya, ianya sesuai lah bagi yang nak memulakan perniagaan baru secara kecil-kecilan ataupun sebagai penambah jualan. Insyallah, berhasil.

Wednesday, 17 July 2013

Masa bersama Biskut Raya!!

Salam,
Dalam bulan puasa ni, tempahan biskut semakin banyak, alhamdulillah. Kami sudah bertahun-tahun lamanya menjual biskut raya secara offline bermula pada tahun 1993 lagi kepada ahli keluarga & rakan-rakan. Kemudian baru diperkenalkan kepada orang ramai. Itupun tidak semua yang tahu, sehinggalah ianya dipasarkan secara online.
Jualan online biskut raya pula baru dilancarkan pada tahun yang lalu. Hari ni buat biskut Tat Gulung, yang merupakan best seller dalam pasaran offline mahupun pasaran online kami. Rasanya yang sedap menggunakan Buttercup, lembut dan wangi bila dibakar. Berikut adalah gambar dibawah iaitu pembuatan biskut Tat Gulung dari kami. Buat dirumah, buatan muslim, bersih, suci dan halal.  Untuk tempahan, boleh klik disini ya.. The Zara Shopz . Tempah awal ya sebab 3-4 hari sebelum hari raya, kami terpaksa tutup tempahan kerana memberi laluan untuk tempahan kek pula. :-)

Adunan yang banyak didalam bekas yang besar..



Biskut-biskut mentah, sedia untuk dimasak..



Pembakaran biskut di oven Singer..


The Zara Shopz atau add kami di personal Facebook: Zara Cake House Sandakan :-)




















Monday, 15 July 2013

Takkan tak nak Percutian Ski ke Korea kot? Ini caranya..


Experience COOL at The Curve on 12-14 July. Interesting activities await, as well as a ski trip to Korea. Ni bagi peminat Korea, memang sesuailah ikut peraduan online ni. Mudah saja dengan klik pada link ini.. Klik Di Sini Untuk Menang . Join jangan tak join. :-)

If You Always Wanted Extra Internet Quota at Home. This Is For You!

Malaysia Best Home Broadband 2012. P1 ForHome gives Extra 480GB Quota, FREE Phone + 300 Free Call Minutes. Enquire Now!!



Tempahan Kek Sebelum & Semasa Ramadhan..

Salam,
Hari ni dah masuk hari ke- 7 umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Alhamdulillah. Harap dapatlah kita semua berpuasa penuh, kecuali bagi kaum perempuan lah kan. Faham juga lah puasa memang tak semestinya penuh. Ok, oleh kerana dah lama tak update blog ni. Ada banyak kek tempahan kami yang tak sempat di muat kan kat sini. Baru lah kali ni dapat di upload. Kadang kala nak cepat cuma upload di Facebook dan Facebook page saja.
Tanpa lengah, jom tengok kek-kek tempahan pelanggan kami kat bawah ya. Ada yang bulan Jun punya tempahan ada juga yang bulan Julai ini juga. :-)


Fresh Fruit Cake
1kg- RM65.00
Ini adalah kek tempahan bekas pekerja restoran beliau saya. Kebetulan dia tau saya dah buat online bakery jadi konon nya dia pun nak mencuba kek buatan saya. Buah memang letak banyak kat dalam kek sebab dia request. Ni kek sempena birthday dia sebab tu ada tulisan nama Analisa. :-)






Rainbow cake (overlap)
1kg- RM90.00 (harga mengikut krim, krim nya ialah cheese cream)
Tempahan Dang Wangi di Facebook dari Sabah Hotel. Dia tempah kek ni untuk sambutan hari lahirnya bersama teman-temannya. Hari lahirnya yang jatuh pada 30hb Jun yang lalu. Terima kasih Dang Wangi, customer yang sangat comel.






Horlicks Cheesecake
1kg- RM70.00
Ini pula kek tempahan kawan hubby saya. Anak gadisnya menyambut hari lahir yang ke-17 tahun masa puasa hari pertama pada minggu yang lepas.  Sebenarnya inilah Horlicks Cheesecake saya yang pertama, dia nak saya buat kek ni dengan cheese cream sekali sebab anaknya suka horlicks. Lepas buat krim kek ni, bila di rasa sikit, memang manis jugalah sebab dah letak susu, letak horlicks lagi. Kedua-duanya pun manis. Kecuali jika customer request nak kurang manis, mungkin barulah saya kurangkan nya sedikit. Apapun kek ni memang sedap. Ada horlicks kan. Nyummy.


Tulisan tu, sepatutnya tiap 1 biskut boleh muat dua huruf tapi gara-gara kelam kabut sebab hubby saya telefon bilang dah nak sampai ke rumah, jadi bila saya tengah ambil gambar baru perasan, tulisan kek saya bersambung la pula yang nama Sharza tu. Nasiblah kawan hubby kata "ok la cantik juga". Fuuhh. Hehe. Biskut tu saya guna biskut oreo, saya tak charge la deco guna biskut. Kalau bakers yang lain tu, ada yang charge walaupun setakat deco macam tu saja. Lillah saja. Harap tuhan permudahkan lagi rezeki kita semua. 

Apapun, terima kasih lah pada kalian yang menempah ya. Kalau berminat nak tempah, boleh lah layari Facebook page saya dengan klik di sini.. The Zara Shopz . Atau boleh juga klik di Facebook Bagde yang tersedia di ruangan sebelah kanan blog ini. Nak tinggalkan komen kat sini pun boleh, tapi buat masa ni komen hanya untuk readers yang jadi followers blog ini saja, maka sudi-sudikan la jadi followers saya yang tak seberapa ni ya :-)