Monday, 2 June 2014

Kek Perkahwinan & Kek Mango Cheese :-)

Jarang kak tampil bergambar, baru kali ini. Bukan apa, kak bukan suka sangat bergambar untuk di muat naik pada public tapi kata orang, bukan juga selalu hehe. Adakah orang-orang Sandakan yang mengenali kakak? Hehe, pasti ada, pasti juga tidak ada kan. Tapi kalau terserempak dengan kakak, tegur saja. Kata kan saja bahawa kenal kakak dari blog :-)

Ok gambar kakak dibawah ini ialah bersama dengan kek perkahwinan tempahan pelanggan melalui Whatsapp. Kak tidak ingat nama nya, maaf lah ya. Biasanya di Whatsapp, hanya keluar nombor telefon sahaja kecuali kalau kak save contact number tu, mungkin keluar lah nama dalam skrin tu kan. 

Ini ialah kek perkahwinan 3 tier yang ditempah oleh pelanggan dari Ulu Dusun, batu 30, Sandakan. Kek yang di tempah ialah perisa red velvet & krim yang digunakan ialah buttercream. Tema kek nya ialah pink-blue turqoise gitu. Alhamdulillah, selesai juga dengan jaya nya. Kak tidak sempat snap gambar kek ini satu persatu, terus 1 kali gambar sekaligus kerana kesuntukan masa. Apapun terima kasih dan Selamat Pengantin Baru pada penempah ya. :-) terima kasih sis.

Untuk pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kakak di mana-mana laman sosial yang tertera. 
Whatsapp/sms: 012-8440271 Kak Marina. (Kak lebih suka bermesej berbanding call sebab ada masa nya kak sibuk dengan kerja, kadangkala call yang ada, tidak terjawab. Sms atau whatsapp kakak, insyallah kakak akan jawab sepantas yang boleh ya) 
Twitter: @thezarashopz
Instagram: zaracakekatering
WeChat ID: zaracakedankatering


tempahan kek perkahwinan pelanggan dari Whatsapp, Ulu Dusun, batu 30, Sandakan. Terima kasih sis. Tema pink-blue turqoise :-)


Kek Mango Cheese/Mango Cheese cake 
Ini pula ialah kek tempahan rakan kakak semasa di universiti dahulu sekitar penghujung tahun 2009. Dulu kitaorang rakan rapat juga, bila ingat dia, teringat lah pula zaman remaja. Kebetulan selepas tempahan kek kahwin, kawan kakak ini tempah kek mango cheese pula, alhamdulillah siap juga cepat, mujurlah ada buah mangga fresh. Baru sampai di pasar Taman Mawar, jika tidak, risau juga kakak memikirkan mana mahu dapatkan buah mangga. Almaklumlah kawasan Taman Mawar ini kalau dahulu, sukar sangat mahu cari buah fresh. Mahu pergi ke bandar, terlalu jauh lah pula. Mujurlah ada ya. Terima kasih Encik Edzdrian sebab menempah kek dengan saya. Insyallah, jikalau ada rezeki itu kalau sudah sampai jodoh, jangan lupa tempah kek tunang/hantaran/kahwin kah hehehe. Gurauan seorang teman lah katakan. Moga Allah swt permudahkan segala urusan nya, insyallah. Amin ya rabbil alamin. :-) 

Kek Mango Cheese tempahan Encik Edzdrian dari Karamunting, sahabat sama-sama belajar di OUM dulu.Terima kasih ya :-) 

No comments:

Post a Comment