Wednesday, 11 June 2014

Resepi Sambal Tumis Telur Yang Lazat.

Salam pembaca, 
Hari ini kak masak masakan telur pula. Sebab orang rumah sudah bosan masak telur dadar sahaja jadi kakak pun teringatlah resepi yang beliau kakak ajar dulu masa kak masih sekolah menengah. Sedap dan menyelerakan. Apa lagi kami sekeluarga ni memang jenis suka belacan juga. 
Oh ya, kak nak masak Sambal Tumis Telur. Resepi ini boleh di cari dimana-mana dalam Google. Kalau terjumpa resepi kakak ni, alhamdulillah. :-) Boleh kongsikan dengan rakan-rakan di Facebook, Twitter, WeChat atau Line anda. Jadi pada adik-adik di luar sana, terutama yang masih sekolah tu, kalau bosan asyik masak telur mata, telur hancur atau telur dadar. Apa kata cuba resepi kakak ni ya. Jangan lupa share kan tau :-)

Separuh sudah kena kaut, nasib masih sempat di gambar :-)


Sambal Tumis Telur 

Bahan bahan 
5 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih 
1 biji bawang besar - hiris 
3-4 sudu besar cili kisar (cili kisar ini maksudnya cili kering yang di kisar, rendam dengan air panas atau rebus dulu, biar cili kering itu lembut, kemudian barulah dikisar. Kalau ada cili boh, boleh terus guna cili boh. Jimat masa juga) 
Sedikit belacan (terpulang pada anda, bagi kakak, kak letak belacan tu sebesar sudu kfc yang paling kecil itu & kak bancuh bersama air asam jawa, ikut cara masing-masinglah mahu letak macam mana)
Garam 
Gula (ini terpulang dari kita mahu letak atau tidak, kakak letak sedikit gula konon supaya tumisan itu berwarna merah. Memang betul fungsi nya begitu) 
Air asam jawa (bancuh sikit sahaja, kasi agak-agak ya, bancuh banyak nanti berbuang pula. Agak-agak untuk pakai 2 sudu makan ya)
Telur - rebus, kupas & goreng (goreng begitu sahaja, tidak perlu salut tepung kah segala, tidak perlu letak garam, nanti telur ni akan di gaul ke sambal tumis juga)

Cara cara 
Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih yang di kisar/potong sehingga garing dan wangi.

Masukkan cili kisar dan goreng dengan api perlahan sehingga betul betul garing. Masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal berwarna merah cantik. Masukkan garam, belacan dan air asam jawa. Kalau terlalu pekat, tambahkan air sedikit demi sedikit. 
Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris. Akhir sekali masukkan telur rebus yang telah digoreng. Sesuaikan rasa dan kepekatan. 

Angkat dan hidangkan panas-panas dengan nasi putih. Sebenarnya kakak malas sudah mahu masak nasi kuning sebab lapar sangat terhidukan lagi bau sambal nya masa menumis, perut pun masa tu sudah berkeroncong hehe. Lauk ni sesuai juga dihidangkan bersama nasi kuning, nasi lemak atau nasi minyak ya. Cubalah, lepas cuba, bagi feedback pada kakak pada rungan komen di bawah atau drop saja komen di di kotak berwarna biru disebelah kanan blog ini :-). Selamat mencuba. 

Nak tempah kek: 
Whatsapp/sms: 012-8440271 Kak Marina




No comments:

Post a Comment