Monday 9 June 2014

Segala Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Isu DNA Babi Dalam Coklat Cadbury.

Rakyat Malaysia digemparkan dengan berita DNA babi yang terdapat dalam dua produk coklat Cadbury iaitu Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond.

[TERKINI] "Dulu Halal. Kini Halal. Esok Dan Seterusnya Halal," Kata Cadbury
Pengeluar coklat Cadbury Malaysia mengiklankan khidmat pesanan masyarakat (PSA) di kebanyakan akhbar arus perdana berbahasa Melayu untuk mendapatkan semula keyakinan umat Islam terhadap produk keluaran mereka.

Segalanya baik sudah, adakah sudah mencukupi? Terpulang bagi diri kita masing-masing. Kalau kak, berdasarkan dari keputusan Jakim sahaja, habis cerita :-)
Selain Itu, Cadbury Juga Mengeluarkan Tagline "Segalanya Baik. Kembali Ceria Bersama Kami." Di Dalam Iklan Akhbar Tempatan. Begitulah mesej yang disampaikan oleh pengeluar coklat Cadbury Malaysia yang terpampang di dada akhbar-akhbar utama Malaysia dalam usaha mereka menawan kembali hati pelanggan. 

Cadbury Malaysia Turut Mengeluarkan Hebahan Media (Press Release) Bagi Meyakinkan Pengguna Terhadap Integriti Dan Ketelusan Mereka Dalam Menyediakan Produk Yang Halal Untuk Dimakan. 

PELUANG TERAKHIR ANDA UNTUK DAPATKAN FREE SEAT DARI AIRASIA

Ada lagi kak nampak dari facebook mereka. Boleh lihat pada gambar dibawah: 

Baca ini, Sangat penting ..
Menurut laporan berita yang lain, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Dr Maszlee Malik seorang pensyarah Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) antara yang menyeru umat Islam di Malaysia supaya yakin dengan autoriti yang telah diberikan kepada JAKIM yang merupakan pihak berkuasa dalam hal seumpama ini di Malaysia. Kementerian Kesihatan tidak menolak kemungkinan berlaku pencemaran terhadap kedua-dua sampel coklat Cadbury yang diambil di pasaran untuk dianalisis di makmal sebelum ini. Bagi pendapat kakak, kak ikut arahan dari Jakim, kalau kata mereka halal, memang halal lah tu, tidak kan pula mereka mahu bohong kita kan. Insyallah coklat Cadbury halal & selamat untuk di makan. 

p/s: coklat kegemaran kakak ialah Cadbury Crunchy, sedap :-) simbut sala .. 

No comments:

Post a Comment