Entri kali ini peribadi sikit, biasanya saya pos entri yang berkaitan dengan tempahan, promosi & tips kan. Kali ini mengenai sambutan hari lahir bapa kami heehe. Ini lah bapa kami yang menyambut hari lahir nya yang ke 56 tahun. Tapi kata orang nampak muda masih hehe. Awal kahwin kan zaman dulu biasa lah. Itu la kami semua besar panjang, kahwin beranak pinak. Si bapa pun sudah bergelar datuk dan ada cucu. Ok kali ini, kitaorang buat kek Mangga, kebetulan si beliau ni pun suka kek buah yang guna fresh cream, jadi kita buat lah kek Mangga dengan krim segar bugar :-)
|
Kek Mangga lazat.. |
|
Nyum..nyum.. |
|
Selamat Hari Lahir Bapa 10hb Ogos 2014.. |
Lepas sahaja selesai pemotongan kek, apa lagi di gasak lah oleh adik, anak saya & pakcik, kebetulan masa tu ada pakcik datang dari Sukau, Kinabatangan. Makanlah kek kami yang simple dimple ini. Kalau mahu selit tempahan macam kek di atas, Whatsapp/sms sahaja Marina ke
012-8440271. Tempahan kek atau melihat gambar-gambar kek, cupcake, kuih, creampuff dan lain-lain, boleh klik sini:
Zara Cake & Katering Sandakan .
Untuk katering, boleh hubungi Kak Rohamah di talian
013-8916531. Kami ada restoran jual bermacam jenis masakan yang lazat. Terletak di belakang bangunan Milimewa di pusat bandar Sandakan. Kami di tingkat 1, menghadap laut. Senang cari, kami di atas kedai bakeri Novelty itu. :-)
|
menu baru pertengahan tahun 2014 |
Menu ni ikut hari, nanti akan di beritahu kelak hari bila akan ada. Ramai yang bertanya namun kami tidak buat setiap hari. Kata pelanggan kami yang pernah makan di restoran berkata.. "terlampau sedap, tak cukup sepiring" hehe. Hubungi sahaja Kak Rohamah di
013-8916531 ya, untuk pertanyaan mengenai katering atau menu di atas bila lagi ada bilang hehehe nanti jumpa lagi di lain entri ya, selamat berhujung minggu & terima kasih jadi pembaca setia kami. Salam..
No comments:
Post a Comment